Gamer Santai
  • Berita
  • Temuramah
  • Review
  • Sister Sites
    • Wanuxi
    • Gamer Braves
    • GamerWK
    • Gamer555
No Result
View All Result
  • Berita
  • Temuramah
  • Review
  • Sister Sites
    • Wanuxi
    • Gamer Braves
    • GamerWK
    • Gamer555
No Result
View All Result
Gamer Santai
No Result
View All Result

Pencipta Rent-A-Girlfriend Pergi “Date” Dengan Figura Life-size Chizuru Mizuhara

Maira by Maira
November 25, 2022
in Anime, Artikel, Berita, Manga
0 0
0
Pencipta Rent-A-Girlfriend Pergi “Date” Dengan Figura Life-size Chizuru Mizuhara
Share on FacebookShare on Twitter

Rasanya ramai antara kita yang suka untuk mengumpul figura watak-watak daripada anime yang diminati. Kadang-kadang siap bawanya untuk “photoshoot”. Berbeza pula dengan pencipta siri manga Rent-a-Girlfriend, Reiji Miyajima. Nampaknya dia sempat keluar “date” dengan watak sirinya, Chizuru Mizuhara.

Rent-A-Girlfriend

Mungkin ada antara anda yang tidak tahu, Miyajima sebenarnya agak obses dengan watak yang direkanya itu. Sampai dengan peminat pun dia boleh iri hati kerana dapat meluangkan masa sehari bersama figura “life-size” Chizuru.

Rent-A-Girlfriend

Kalau anda ingin tahu, Kodansha ada menghasilkan figura life-size Chizuru dan membuka loteri, di mana pemenang dapat meluangkan masa sehari bersama figura itu di sebuah taman tema. Nampaknya pemenang baru sahaja diumumkan baru-baru ini, malah mengongsikan gambar-gambar bersama figura Chizuru di media sosial.

デートをしてきました。異論は認めません pic.twitter.com/nFiPNryIIl

— 宮島礼吏 Reiji Miyajima (@Miyajimareiji) November 21, 2022

Mangaka Rent-a-Girlfriend terus pergi ke tempat yang sama lalu mengambil gambar bersama figura itu dan kongsikannya dengan kapsyen seperti berikut:

“Saya telah pergi date. Tiada bantahan.”

Sumber: Twitter

Lain macam juga mangaka ini. Banyak lagi gambar-gambar lain yang dimuat naik olehnya di akaun Twitternya yang memaparkan Chizuru. Sampaikan ada juga peminat yang juga cemburu terhadapnya. Agak lawak juga situasi itu.

Bercerita tentang Rent-a-Girlfriend, ia merupakan sebuah siri manga harem yang popular. Ia diterbitkan pada 2017. Popularitinya melonjak dengan adaptasi anime sebanyak 3 musim, dengan musim ketiga masih dalam produksi. Berikut adalah sinopsis untuk siri tersebut.

Kisah anime ini menceritakan tentang Kazuya Kinoshita yang telah dibuang oleh kekasihnya, iaitu Mami Nanami setelah bercinta selama sebulan. Dia kemudian memilih untuk menggunakan dating apps untuk menyewa teman wanita bernama Chizuru Mizuhara, iaitu seorang gadis cantik dan menarik. Namun, Kazuya menganggap Chizuru tidak menarik, jadi dia memberikan penilaian yang rendah. Ketika Chizuru mengejeknya, Kazuya menyedari wanita ini lebih teruk dari apa yang dibayangkan, tetapi Chizuru telah menemaninya ketika nenek Kazuya dimasukkan ke hospital.

Untuk mendapatkan segala liputan menarik berkaitan anime daripada kami, sila klik pautan ini.

Jangan lupa untuk ikuti kami di TikTok!
@gamersantaimy
Tags: Reiji MiyajimaRent-a-Girlfriend
Previous Post

Novel Ringan Mushoku Tensei: Jobless Reincarnation tamat dengan jilid ke-26!

Next Post

Review: Call of Duty: Modern Warfare 2 – Ada potensi, tapi bug & glitch jadi halangan

Maira

Maira

Terperangkap dalam game gacha (grind sampai habis bateri fon). Game rhythm dan JRPG memang berpisah tiada. Kadang-kadang melukis sambil layan stream VTuber.

Related Posts

Upin & Ipin Universe Dedahkan Gameplay Baharu, Game Akan Keluar 2025!
Berita

Upin & Ipin Universe Dedahkan Gameplay Baharu, Game Akan Keluar 2025!

June 8, 2025
No Straight Roads 2 – Game Ikonik Buatan Malaysia Kembali Dengan Sekuel Pada 2026!
Berita

No Straight Roads 2 – Game Ikonik Buatan Malaysia Kembali Dengan Sekuel Pada 2026!

June 8, 2025
Previu Sonic Racing: CrossWorlds – Lumba Kart, Tapi Customization Luas!
Preview

Previu Sonic Racing: CrossWorlds – Lumba Kart, Tapi Customization Luas!

June 8, 2025
Next Post
Review: Call of Duty: Modern Warfare 2 – Ada potensi, tapi bug & glitch jadi halangan

Review: Call of Duty: Modern Warfare 2 - Ada potensi, tapi bug & glitch jadi halangan

Discussion about this post

Discord Kami

Sertai Discord kami

Facebook Kami

YouTube Kami

Twitter/X Kami

Follow @GamerSantaiMY

Tweet to @GamerSantaiMY

Anime

Game MOBA ‘Dragon Ball: Gekishin Squadra’ Umum Network Test & Platform Tambahan
Berita

Game MOBA ‘Dragon Ball: Gekishin Squadra’ Umum Network Test & Platform Tambahan

June 5, 2025
Ejen Ali The Movie 2 Catat Rekod Baharu Dengan Kutipan RM34.2 Juta, Hanya Dalam 11 Hari!
Animasi

Ejen Ali The Movie 2 Catat Rekod Baharu Dengan Kutipan RM34.2 Juta, Hanya Dalam 11 Hari!

June 4, 2025
Pra-Pendaftaran Dibuka untuk RPG Open-World ‘The Seven Deadly Sins: Origin’
Berita

Pra-Pendaftaran Dibuka untuk RPG Open-World ‘The Seven Deadly Sins: Origin’

June 3, 2025
Filem Live Action ‘Under 18’ Dijangka Tiba Pada 2026
Filem

Filem Live Action ‘Under 18’ Dijangka Tiba Pada 2026

June 2, 2025
  • Tentang Kami
  • Hubungi Kami
  • Privacy & Policy

© 2017 - 2025 Digital Braves Media Group Sdn Bhd

Welcome Back!

Login to your account below

Forgotten Password?

Retrieve your password

Please enter your username or email address to reset your password.

Log In
No Result
View All Result
  • Berita
  • Temuramah
  • Review
  • Sister Sites
    • Wanuxi
    • Gamer Braves
    • GamerWK
    • Gamer555

© 2017 - 2025 Digital Braves Media Group Sdn Bhd