Gamer Santai
  • Berita
  • Temuramah
  • Review
  • Sister Sites
    • Wanuxi
    • Gamer Braves
    • GamerWK
    • Gamer555
No Result
View All Result
  • Berita
  • Temuramah
  • Review
  • Sister Sites
    • Wanuxi
    • Gamer Braves
    • GamerWK
    • Gamer555
No Result
View All Result
Gamer Santai
No Result
View All Result

Valorant bakal hadir di konsol! Info daripada posting kerja kosong Riot Games!

Razin Syafiq by Razin Syafiq
November 25, 2022
in Artikel, Berita, Epic Store, Konsol, PC, Shooter
0 0
0
Valorant bakal hadir di konsol! Info daripada posting kerja kosong Riot Games!
Share on FacebookShare on Twitter

Pada masa lalu, ada khabar angin mengatakan bahawa Valorant akan hadir ke konsol PlayStation dan Xbox. Walaupun ini hanya ura-ura, nampaknya Riot Games tanpa sengaja telah mengesahkan kewujudan projek ini kerana baru-baru ini, studio telah memuat naik posting jawatan kerja kosong untuk membangunkan Valorant di konsol.

Pertama kali dikeluarkan pada tahun 2020, Valorant menjadi salah satu game FPS kompetitif paling popular di pasaran. Tahun lepas, Riot Games mengesahkan bahawa Valorant akan menuju ke platform mobile dan dilaporkan akan mempunyai format yang sama seperti versi PC. Ini menimbulkan persoalan sama ada game itu akan diadaptasikan ke platform konsol.

Kembali ke topik asal!

Posting kerja kosong di laman web Riot Games untuk jawatan Game Design Manager bagi Valorant versi konsol memberi petunjuk bahawa game itu akan tiba di platform.

Valorant coming to consoles soon 👀 pic.twitter.com/eWn1EQqt15

— Full Squad Gaming (@fullsquadgaming) November 23, 2022

Menurut deskripsi kerja, Game Design Manager akan mengetuai pasukan untuk membangunkan sistem pertempuran Valorant pada konsol dan ditugaskan untuk menjangka keperluan pemain pada semua platform yang berkaitan.

Walaupun posting kerja kosong itu tidak mendedahkan platform konsol apa yang Valorant akan dikeluarkan, mereka menekankan bahawa Game Design Manager dikehendaki mematuhi prinsip reka bentuk yang sama untuk versi PC dan membawanya ke konsol.

Sejak kebelakangan ini, Riot Games bersikap lebih eksperimental dengan matlamat membuat game untuk pelbagai platform. Sebagai contoh, salah satu game terbesarnya, League of Legends, sudah mempunyai versi mobile iaitu League of Legends: Wild Rift.

Bukan itu sahaja, LoL juga mempunyai beberapa game spin-off, seperti RPG turn-based Ruined King: A League of Legends Story, fighting game yang dikenali sebagai Project L dan MMORPG yang buat masa ini tidak dinamakan. Jadi, memang tidak hairanlah Valorant pun akan dikeluarkan ke platform dan mana tahu, satu hari nanti mungkin akan dapat spin-off sendiri.

Buat sesiapa yang berminat, Valorant tersedia kini secara percuma untuk muat turun di PC.

MUAT TURUN DISINI!!!
VALORANT
Release Date: 2020-06-02
Microsoft Windows
VALORANT adalah penembak taktikal berasaskan watak 5v5 bersaing untuk PC, yang kini sedang dibangunkan di Riot Games. Akan dilancarkan di seluruh dunia pada musim panas 2020, VALORANT adalah permainan multiplayer yang tepat dan mematikan dengan pelbagai senjata, agen dengan kebolehan yang unik dan peta yang kompetitif untuk ribuan jam bermain.
Jangan lupa untuk ikuti kami di TikTok!
@gamersantaimy
Tags: KonsolPCVALORANT
Previous Post

Star Wars: Squadron kini PERCUMA di Epic Games Store! Claim sekarang!

Next Post

Tiket Avatar: The Way of Water bakal dijual bermula pada 8 Disember di GSC & TGV!

Razin Syafiq

Razin Syafiq

Dahulu, saya membesar seperti mana-mana kanak riang lain iaitu bersama komik, game, dan anime (Kreko, Utopia, Gempak, cd anime yang dijual kat kedai). Mula-mula, niat nak masuk bidang animasi sebab bersemangat, tapi terus tukar ke bidang game development sewaktu lanjut pelajaran. Entah bagaimana, saya kini berada dalam dunia journalism, dan memang jatuh cinta dengan industri ini. Banyak yang saya belajar, dan banyak yang saya ingin kongsi kepada awak semua di luar sana. Untuk hubungi saya, sila lawat mana-mana halaman media sosial yang diberi. Terima kasih kerana membaca penulisan, dan membenarkan saya berkembang maju. Sehingga kita berjumpa lagi!

Related Posts

RGG Studio Memperkenalkan Semula Stranger Than Heaven, Dahulu Dikenali Sebagai Project Century
Berita

RGG Studio Memperkenalkan Semula Stranger Than Heaven, Dahulu Dikenali Sebagai Project Century

June 7, 2025
Onimusha: Way of the Sword Tampilkan Musuh Dalam Game & Aksi Combat Epik
Berita

Onimusha: Way of the Sword Tampilkan Musuh Dalam Game & Aksi Combat Epik

June 7, 2025
Mundfish Umum Atomic Heart II – Bakal Lancar Pada 2026 Untuk Konsol & PC
Berita

Mundfish Umum Atomic Heart II – Bakal Lancar Pada 2026 Untuk Konsol & PC

June 7, 2025
Next Post
Tiket Avatar: The Way of Water bakal dijual bermula pada 8 Disember di GSC & TGV!

Tiket Avatar: The Way of Water bakal dijual bermula pada 8 Disember di GSC & TGV!

Discussion about this post

Discord Kami

Sertai Discord kami

Facebook Kami

YouTube Kami

Twitter/X Kami

Follow @GamerSantaiMY

Tweet to @GamerSantaiMY

Anime

Game MOBA ‘Dragon Ball: Gekishin Squadra’ Umum Network Test & Platform Tambahan
Berita

Game MOBA ‘Dragon Ball: Gekishin Squadra’ Umum Network Test & Platform Tambahan

June 5, 2025
Ejen Ali The Movie 2 Catat Rekod Baharu Dengan Kutipan RM34.2 Juta, Hanya Dalam 11 Hari!
Animasi

Ejen Ali The Movie 2 Catat Rekod Baharu Dengan Kutipan RM34.2 Juta, Hanya Dalam 11 Hari!

June 4, 2025
Pra-Pendaftaran Dibuka untuk RPG Open-World ‘The Seven Deadly Sins: Origin’
Berita

Pra-Pendaftaran Dibuka untuk RPG Open-World ‘The Seven Deadly Sins: Origin’

June 3, 2025
Filem Live Action ‘Under 18’ Dijangka Tiba Pada 2026
Filem

Filem Live Action ‘Under 18’ Dijangka Tiba Pada 2026

June 2, 2025
  • Tentang Kami
  • Hubungi Kami
  • Privacy & Policy

© 2017 - 2025 Digital Braves Media Group Sdn Bhd

Welcome Back!

Login to your account below

Forgotten Password?

Retrieve your password

Please enter your username or email address to reset your password.

Log In
No Result
View All Result
  • Berita
  • Temuramah
  • Review
  • Sister Sites
    • Wanuxi
    • Gamer Braves
    • GamerWK
    • Gamer555

© 2017 - 2025 Digital Braves Media Group Sdn Bhd