Jika FromSoftware mempunyai sebuah slogan pasti ia seperti “Kami memilih jalan yang paling sukar.” Lantas, slogan ini pun menjadi inspirasi kepada Youtuber Tyrannicon, yang berfikir, “Berapa banyak duit yang aku perlu guna untuk bunuh semua boss di Sekiro: Shadows Die Twice?”
Pemain boleh menyerang musuh menggunakan duit syiling di Sekiro: Shadows Die Twice dengan menggunakan Sen Throw Prosthetic Tool yang membenarkan pemain untuk membaling segenggam duit syiling pada musuh. Serangan ini mempunyai jarak yang lebih terhad berbanding shuriken throw, tetapi ia melakukan lebih banyak damage.
Untuk pencapaian ini, Tyrannicon jelaskan tentang peraturan permainan baling duit ini: bermula dengan 10,000 Sen, keadaan menang harus antara nyawa boss dikurangkan kepada sifar atau boss dalam keadaan death blow. Tyrannicon juga menggunakan mod yang membolehkan pemain menggunakan prosthetic tanpa kos spirit emblem. Ini kerana Sen Throw akan cepat menghabiskan spirit emblem.
Tyrannicon bermula dengan mengalahkan Gyoubu. Perlawanan tersebut bertahan sehingga 6 minit kerana jarak Sen Throw yang terhad. “Ini bukan satu teknik yang bagus umtuk guna pada boss; saya tidak mengesyorkan teknik ini,” Tyrannicon kata.
Gyoubu tewas pada nilai 685 sen, dan Lady Butterfly pula memerlukan kos 640 sen untuk memecahkan posture-nya. Video di atas hanya menunjukkan dua boss sahaja, tetapi sudah tentu masih ada ramai lagi. Dua hari lepas, Tyrannicon menambah Genichiro kepada senarai mangsanya, dengan nilai sebanyak 1,255 sen. Ini ialah nilai tertinggi antara lima boss yang beliau sudah kalahkan. Memang betul lah game ini ‘pay to win’.
Terdapat 15 boss dan 20 mini-boss di Sekiro: Shadows Die Twice. Buat masa ini, Tyrannicon telah belanja purata 776 pada lima boss, dengan kadar belanjaan meningkat bersama kesusahan setiap boss. Jika beliau masih kekal dengan pelan asal 10,000 sen, paling jauh dia boleh kalahkan pun sekurangnya 12.
Sumber -Youtube@Tyrannicon
@gamersantaimy
Discussion about this post