Gamer Santai
  • Berita
  • Temuramah
  • Review
  • Sister Sites
    • Wanuxi
    • Gamer Braves
    • GamerWK
    • Gamer555
No Result
View All Result
  • Berita
  • Temuramah
  • Review
  • Sister Sites
    • Wanuxi
    • Gamer Braves
    • GamerWK
    • Gamer555
No Result
View All Result
Gamer Santai
No Result
View All Result

Jaringan Takuma Asano bawa gaya Blue Lock, Jerman ditundukkan oleh Jepun di World Cup 2022

safwan by safwan
November 24, 2022
in Anime, Artikel, Berita, Manga
0 0
0
Jaringan Takuma Asano bawa gaya Blue Lock, Jerman ditundukkan oleh Jepun di World Cup 2022
Share on FacebookShare on Twitter

Perlawanan Piala Dunia 2022 diantara negara Jerman dan Jepun semalam amat menyeronokkan kerana kita dikejutkan dengan “comeback” daripada pasukan Jepun sekali gus menewaskan pasukan lawannya. Apa yang lebih menyeronokkan adalah gol ke-2 pasukan Jepun daripada Takuma Asano di mana ia mempunyai situasi yang hampir sama seperti di dalam manga Blue Lock dan membuatkan ramai peminat anime dan juga manga menggila.

Pada awalnya, kita boleh lihat yang perlawanan ini berpihak kepada pasukan Jerman dengan mereka mendahului 1 gol di hadapan daripada jaringan penalti oleh Ilkay Gundogan. Walaupun pasukan Jepun telah berusaha dengan pelbagai percubaan pada separuh masa pertama, nampaknya mereka masih tidak berputus asa sehingga wisel ditiup.

Bersambung pada separuh masa kedua, kita boleh lihat yang pasukan Jerman mengawal permainan dengan lebih lama dan dapat membuat pelbagai serangan namun tidak membuahkan hasil. Manakala pasukan Jepun tetap bertahan sehingga minit yang ke 75′ di mana mereka membuat serangan dan dapat menghasilkan 1 gol cukup cantik hasil jaringan daripada Ritsu Doan.

Tidak sampai 15 min selepas itu, Takuma Asano menjaringkan gol solo dengan sangat dramatik sekali gus membawa pasukan Jepun naik ke kedudukan nombor 2 di bawah pasukan Sepanyol dalam kumpulan E.

BLUE LOCK IS REAL pic.twitter.com/WvsUQrSQ7L

— Storm (@KingStormTop1) November 23, 2022

Namun, ramai peminat Blue Lock mengatakan yang situasi yang dihadapi semasa gol ke-2 itu serupa seperti dalam manga di mana Takuma Asano berpeluang untuk menghantar bola kepada rakan sepasukannya, tetapi dia mengambil peluang untuk menendang bola dan gol yang dijaringkan itu sangat cantik buat pasukan Jepun.

Kalau korang nak tahu, baju jersi biru tradisional yang dipakai oleh pasukan Jepun semalam adalah hasil kolaborasi daripada pelukis Blue Lock dan juga Giant Killing dengan membawa motif origami. Kedua-dua manga tersebut adalah berdasarkan dunia bola sepak yang bertujuan untuk merevolusikan permainan atas padang, namun manga Blue Lock menggunakan pendekatan yang berbeza.

Twitter rasmi Blue Lock juga tidak melepaskan peluang dengan membuat post yang tertulis “Wow oh oh oh!!! Hebat!!!! Ego!!!”. Dengan lahirnya seorang penyerang yang mempunyai ego yang berkuasa, mungkin kita boleh lihat pasukan Jepun akan mara ke peringkat seterusnya dan berjaya ke pusingan akhir.

Ikuti Gamer Santai untuk mendapatkan lebih banyak berita menarik mengenai game, anime, teknologi dan banyak lagi daripada kami.

Jangan lupa untuk ikuti kami di TikTok!
@gamersantaimy
Tags: Blue LockGiant KillingPiala Dunia 2022Takuma AsanoWorld Cup 2022
Previous Post

God of War Ragnarok pecah rekod! Game launch paling terlaris dalam sejarah PlayStation!

Next Post

Spider-Man: Across the Spider-Verse akan tampil dengan 6 animasi unik – universe baru, animasi baru!

safwan

safwan

Peminat game dari kecik, tapi ilmu tak cukup. Sekarang masih penuhkan ilmu game di dada dan cuba menulis tentang game kegemaran. Game yang selalu main adalah Valorant dan mana-mana game action adventure.

Related Posts

Reviu DOOM: The Dark Ages – Zaman Berubah, Tapi Slayer Kekal Brutal!
Review

Reviu DOOM: The Dark Ages – Zaman Berubah, Tapi Slayer Kekal Brutal!

Reviu The Elder Scrolls IV: Oblivion Remastered – Legenda Lama, Diberi Nafas Baharu
Review

Reviu The Elder Scrolls IV: Oblivion Remastered – Legenda Lama, Diberi Nafas Baharu

DAN DA DAN: Evil Eye Akan Tayang di Pawagam Malaysia – Tarikh, Sinopsis & Bonus Eksklusif
Anime

DAN DA DAN: Evil Eye Akan Tayang di Pawagam Malaysia – Tarikh, Sinopsis & Bonus Eksklusif

May 9, 2025
Next Post
Spider-Man: Across the Spider-Verse akan tampil dengan 6 animasi unik – universe baru, animasi baru!

Spider-Man: Across the Spider-Verse akan tampil dengan 6 animasi unik - universe baru, animasi baru!

Discussion about this post

Discord Kami

Sertai Discord kami

Facebook Kami

YouTube Kami

Twitter/X Kami

Follow @GamerSantaiMY

Tweet to @GamerSantaiMY

Anime

Honkai: Star Rail x Fate/stay night [Unlimited Blade Works] Akan Bermula 11 Julai!
Berita

Honkai: Star Rail x Fate/stay night [Unlimited Blade Works] Akan Bermula 11 Julai!

May 4, 2025
Black Clover – Asta Kecundang, Tinggal Yuno Seorang Diri Melawan Lucius
Anime

Black Clover – Asta Kecundang, Tinggal Yuno Seorang Diri Melawan Lucius

May 2, 2025
Trailer Baru Ejen Ali The Movie 2 – Ali Beraksi Dalam Sut Satria, Ejen Rizwan Berpaling Tadah?
Filem

Trailer Baru Ejen Ali The Movie 2 – Ali Beraksi Dalam Sut Satria, Ejen Rizwan Berpaling Tadah?

May 2, 2025
Kisah Sebenar Uchiha Itachi – Bukan Penjahat, Tapi Wira Tragis
Fakta & Trivia

Kisah Sebenar Uchiha Itachi – Bukan Penjahat, Tapi Wira Tragis

May 1, 2025
Papa Zola: The Movie – Game On Akan Hadir Ke Pawagam Disember Ini!
Filem

Papa Zola: The Movie – Game On Akan Hadir Ke Pawagam Disember Ini!

May 1, 2025
Pengalaman Kami di One Piece Asia Hunt – Menggembara Bersama Kru Straw Hat
Jom Singgah!

Pengalaman Kami di One Piece Asia Hunt – Menggembara Bersama Kru Straw Hat

April 30, 2025
  • Tentang Kami
  • Hubungi Kami
  • Privacy & Policy

© 2017 - 2025 Digital Braves Media Group Sdn Bhd

Welcome Back!

Login to your account below

Forgotten Password?

Retrieve your password

Please enter your username or email address to reset your password.

Log In
No Result
View All Result
  • Berita
  • Temuramah
  • Review
  • Sister Sites
    • Wanuxi
    • Gamer Braves
    • GamerWK
    • Gamer555

© 2017 - 2025 Digital Braves Media Group Sdn Bhd