Studio IllFonic yang terkenal dengan membawakan game Friday the 13th kali ini telah tampil dengan Predator: Hunting Grounds, sebuah game yang bakal berada di Playstation 4 pada tahun 2020 nanti.
Game ini telah dipersembahkan kepada umum ketika acara Playstation iaitu State of Play. Ia merupakan sebuah game asymmetric, coop/competitive multiplayer. Setakat trailer yang telah dikeluarkan, tidak banyak gameplay yang didedahkan tetapi apa yang pasti, pemain akan dapat menggunakan teknologi Predator yang canggih jika menggunakan watak ini.
Charles Brungardt, ketua eksekutif IllFonic mengatakan dalam game ini, sekumpulan pemain akan mengawal satu pasukan yang memiliki kelengkapan senjata konvensional dan seorang pemain akan mengawal Predator dan akan dapat menggunakan senjata trademark-nya iaitu Plasmacaster. Kumpulan pemain tadi akan ditugaskan untuk loot dan membunuh musuh disamping Predator yang menyelinap sambil mengesan dan membunuh mangsanya. Sama seperti konsep Friday the 13th.
Beliau juga mengatakan bahawa pihak IllFonic telah bekerjasama dengan Sony Interactive Entertainment dan 20th Century Fox untuk membawakan game ini ke Playstation 4. Pada tahun 2017, IllFonic telah membangun dan menerbitkan game Friday the 13th: The Game daripada crowdfunding. Tetapi, studio ini telah membuat keputusan untuk menghentikan sokongan mereka beserta pembatalan DLC untuk game ini kerana terdapat tindakan undang-undang daripada pemegang hakcipta francais itu.
Sumber: Polygon
@gamersantaimy
Discussion about this post