Gamer Santai
  • Berita
  • Temuramah
  • Review
  • Sister Sites
    • Wanuxi
    • Gamer Braves
    • GamerWK
    • Gamer555
No Result
View All Result
  • Berita
  • Temuramah
  • Review
  • Sister Sites
    • Wanuxi
    • Gamer Braves
    • GamerWK
    • Gamer555
No Result
View All Result
Gamer Santai
No Result
View All Result

Tsuburaya dedah visual Gridman Universe, akan datang 24 Mac tahun depan!

Alan Fikri by Alan Fikri
November 20, 2022
in Anime, Artikel, Berita, Filem
0 0
0
Tsuburaya dedah visual Gridman Universe, akan datang 24 Mac tahun depan!
Share on FacebookShare on Twitter

Tsuburaya akhirnya telah mengeluarkan trailer dan visual teaser baru untuk filem terbaru mereka iaitu Gridman Universe. Filem ini dihasilkan oleh Studio Trigger dan diarahkan oleh Akira Amemiya manakala Masaru Sakamoto sebagai reka bentuk watak. Shiro Sagisu berperanan untuk muzik manakala Keichi Hasegawa pula bertanggungjawab untuk skrip filem ini. Filem ini akan ditayangkan di Jepun pada 24 Mac tahun hadapan.

Anda boleh menonton trailer di bawah:

Di dalam trailer tersebut tidak menerangkan secara spesifik apakah penceritaan yang akan diberi tetapi kita dapat lihat pelakon utama SSSS. Gridman kembali untuk filem terbaru ini. Kita juga dapat lihat watak Dynazenon berserta dengan bentuk Dynarexnya.

Gridman Universe akan menjadi crossover di antara siri anime SSSS.Gridman dan SSSS.Dynazenon. Ia pertama kali didedahkan pada Jun 2021 selepas tamat SSSS.Dynazenon. Format filem telah didedahkan pada Disember 2021.

Pelakon suara untuk filem ini ialah Hikaru Midorikawa sebagai Gridman, Yuuya Hirose sebagai Yuta, Yume Miyamoto sebagai Rikka Takarada, Soma Saito sebagai Sho Utsumi, Junya Enoki sebagai Yomogi Asanaka, Shion Wakayama sebagai Yume Minami, Yuuichirou Umehara sebagai Koyomi Yamanaka, Chika Anzai sebagai Chise Asukagawa, Ryousuke Takahashi sebagai Calliber, Katsuyuki Konishi sebagai Max, Aoi Yuuki sebagai Borr, Matsuya Masakaze sebagai Vit, Mayumi Shintai sebagai ibu Rikka, Kenichi Suzumura sebagai Knight, dan Karin Takahashi sebagai Nidaime.

SSSS.Gridman telah disiarkan pada tahun 2018 manakala SSSS.Dynazenon pada tahun 2021. Kedua-dua anime ini mempunyai bilangan episod yang sama iaitu 12 episod. Mereka diilhamkan oleh siri tokusatsu Gridman 1993 Tsuburaya Productions: The Hyper Agent.

Berikut adalah sinopsis SSSS. Gridman:

Yuta Hibiki tidak ingat siapa dia, dan kini dia melihat dan mendengar perkara yang orang lain tidak tahu! Suara dari sebuah komputer lama memberitahu dia untuk mengingati panggilannya, dan dia melihat makhluk besar yang tidak bergerak daripada jauh. Tidak masuk akal—sehingga raksasa itu hidup semula! Tiba-tiba, Yuta ditarik ke dunia digital, muncul semula dalam dunia sebenar sebagai wira — Gridman!

Berikut adalah sinopsis SSSS. Dynazenon:

Kemunculan kaiju diikuti dengan robot raksasa, Dynazenon, membuatkan Gauma terpaksa mendedahkan rahsianya sebagai “pengguna kaiju.”

Sekali lagi kami ingatkan, Gridman Universe setakat ini akan ditayangkan pada 24 Mac 2023 di Jepun dan masih belum diumumkan tarikh tayangan di Malaysia. Kami akan kemas kini kepada anda selepas mendapat maklumat lanjut.

Untuk banyak lagi liputan menarik tentang anime daripada kami, sila tekan pautan ini.

Jangan lupa untuk ikuti kami di TikTok!
@gamersantaimy
Tags: animeGridman UniverseSSSS.DynazenonSSSS.Gridman
Previous Post

Interview bersama pencipta Gudetama : An Eggcellent Adventure, Emi Nagashima!

Next Post

Jason David Frank pelakon Power Rangers meninggal dunia pada usia 49 tahun

Alan Fikri

Alan Fikri

Seorang yang membesar dengan anime, manga dan game. Tidak lupa juga dengan teknologi yang semakin pesat berkembang. Harap apa yang saya kongsikan dapat memberi manfaat kepada para pembaca.

Related Posts

Upin & Ipin Universe Dedahkan Gameplay Baharu, Game Akan Keluar 2025!
Berita

Upin & Ipin Universe Dedahkan Gameplay Baharu, Game Akan Keluar 2025!

June 8, 2025
No Straight Roads 2 – Game Ikonik Buatan Malaysia Kembali Dengan Sekuel Pada 2026!
Berita

No Straight Roads 2 – Game Ikonik Buatan Malaysia Kembali Dengan Sekuel Pada 2026!

June 8, 2025
Previu Sonic Racing: CrossWorlds – Lumba Kart, Tapi Customization Luas!
Preview

Previu Sonic Racing: CrossWorlds – Lumba Kart, Tapi Customization Luas!

June 8, 2025
Next Post
Jason David Frank pelakon Power Rangers meninggal dunia pada usia 49 tahun

Jason David Frank pelakon Power Rangers meninggal dunia pada usia 49 tahun

Discussion about this post

Discord Kami

Sertai Discord kami

Facebook Kami

YouTube Kami

Twitter/X Kami

Follow @GamerSantaiMY

Tweet to @GamerSantaiMY

Anime

Game MOBA ‘Dragon Ball: Gekishin Squadra’ Umum Network Test & Platform Tambahan
Berita

Game MOBA ‘Dragon Ball: Gekishin Squadra’ Umum Network Test & Platform Tambahan

June 5, 2025
Ejen Ali The Movie 2 Catat Rekod Baharu Dengan Kutipan RM34.2 Juta, Hanya Dalam 11 Hari!
Animasi

Ejen Ali The Movie 2 Catat Rekod Baharu Dengan Kutipan RM34.2 Juta, Hanya Dalam 11 Hari!

June 4, 2025
Pra-Pendaftaran Dibuka untuk RPG Open-World ‘The Seven Deadly Sins: Origin’
Berita

Pra-Pendaftaran Dibuka untuk RPG Open-World ‘The Seven Deadly Sins: Origin’

June 3, 2025
Filem Live Action ‘Under 18’ Dijangka Tiba Pada 2026
Filem

Filem Live Action ‘Under 18’ Dijangka Tiba Pada 2026

June 2, 2025
  • Tentang Kami
  • Hubungi Kami
  • Privacy & Policy

© 2017 - 2025 Digital Braves Media Group Sdn Bhd

Welcome Back!

Login to your account below

Forgotten Password?

Retrieve your password

Please enter your username or email address to reset your password.

Log In
No Result
View All Result
  • Berita
  • Temuramah
  • Review
  • Sister Sites
    • Wanuxi
    • Gamer Braves
    • GamerWK
    • Gamer555

© 2017 - 2025 Digital Braves Media Group Sdn Bhd