Gamer Santai
  • Berita
  • Temuramah
  • Review
  • Sister Sites
    • Wanuxi
    • Gamer Braves
    • GamerWK
    • Gamer555
  • Borderlands 4
No Result
View All Result
  • Berita
  • Temuramah
  • Review
  • Sister Sites
    • Wanuxi
    • Gamer Braves
    • GamerWK
    • Gamer555
  • Borderlands 4
No Result
View All Result
Gamer Santai
No Result
View All Result

Pendaftaran “Closed Beta” Black Clover M: Rise of the Wizard King dibuka – Daftar sekarang!

safwan by safwan
November 17, 2022
in Adventure, Android, Anime, Artikel, Berita, Beta, Game Baru, iOS, Manga, Mobile, RPG
0 0
0
Pendaftaran “Closed Beta” Black Clover M: Rise of the Wizard King dibuka – Daftar sekarang!
Share on FacebookShare on Twitter

Diumumkan pada tahun 2021, VIC Games Studio bersama Garena kini sedang membuka pendaftaran bagi menjalankan ujian “Closed Beta” Black Clover M: Rise of the Wizard King.

Pendaftaran ini akan dibuka sehingga 24 November 2022 dan sesiapa yang terpilih akan menerima e-mel pada hari yang sama. Ujian beta ini akan dijalankan pada penghujung bulan November ini tetapi masih tidak diberitahu tarikh sebenar. Memandangkan e-mel diterima pada 24 November, saya jangkakan yang ujian “Closed Beta” ini akan dijalankan selepas 1-2 harinya. Nantikan pengumuman daripada mereka di media sosial.

Anda pengguna iOS jangan risau, mereka akan menjalankan ujian “Closed Beta” pada kedua-dua platform iaitu iOS dan juga Android. Tetapi “Closed Beta” yang dijalankan pada iOS akan digunakan dalam bentuk TestFlight daripada Apple Inc.

Memandangkan ianya “Closed Beta”, Garena dan VIC menghadkan bilangan peserta tetapi mereka tidak memberitahu berapa ramai yang boleh menyertai. Jika sudah melepasi had yang ditetapkan, mereka akan memilih secara rawak berdasarkan Gacha. Semoga Berjaya!

Kepada sesiapa yang berminat, anda boleh daftarkan diri di sini. Berikut adalah prolog tentang Black Clover M: Rise of the Wizard King:

Ia seolah-olah manusia berada di ambang kemusnahan oleh demon. Semuanya kelihatan hilang sehingga seorang mage melangkah ke hadapan. Selepas kejayaannya, dia dinamakan Wizard King, dan kisahnya menjadi legenda.

Sihir adalah segala-galanya di dunia ini. Asta, dilahirkan tanpa sihir, berjanji kepada rakannya bahawa dia akan menjadi Wizard King suatu hari nanti!

Pada awalnya, game ini akan dilancarkan pada tahun 2022 tetapi telah ditangguhkan dan bakal dikeluarkan pada separuh pertama tahun 2023 di iOS dan juga Android. Memandangkan Garena sebagai penerbit, saya meletakkan harapan yang tinggi bahawa game ini akan dilancarkan di Asia Tenggara termasuk Malaysia.

Saya ingin mengingatkan anda bahawa pendaftaran bagi ujian “Closed Beta” Black Clover M: Rise of the Wizard King dibuka sehingga 24 November 2022. Jadi, tinggal beberapa hari sahaja lagi. Jangan lepaskan peluang untuk sertai ujian ini. Mana tahu anda orang yang bertuah.

Ikuti Gamer Santai untuk mendapatkan lebih banyak berita menarik mengenai game, anime, teknologi dan banyak lagi daripada kami.

Tags: Black CloverBlack Clover Mobile: Rise of the Wizard King
Previous Post

Ubisoft Dan Riot Games Bekerjasama Dalam Mencipta Komuniti Gaming Yang Positif!

Next Post

Unboxing Nintendo Switch OLED Pokémon Scarlet & Violet Edition – Reka bentuk cukup Legendary!

safwan

safwan

Peminat game dari kecik, tapi ilmu tak cukup. Sekarang masih penuhkan ilmu game di dada dan cuba menulis tentang game kegemaran. Game yang selalu main adalah Valorant dan mana-mana game action adventure.

Related Posts

Di Sebalik Tabir ACE COMBAT 8 – Pesawat Lebih Realistik, Awan Penentu Strategi & Fizik Letupan Baharu!
Temuramah

Di Sebalik Tabir ACE COMBAT 8 – Pesawat Lebih Realistik, Awan Penentu Strategi & Fizik Letupan Baharu!

June 4, 2026
Previu ACE COMBAT 8: WINGS OF THEVE – Perang Udara yang Jauh Lebih Realistik!
Preview

Previu ACE COMBAT 8: WINGS OF THEVE – Perang Udara yang Jauh Lebih Realistik!

June 4, 2026
The Lost Wild – Game Dinosaur Survival Yang Mengutamakan Stealh & Saspens!
Berita

The Lost Wild – Game Dinosaur Survival Yang Mengutamakan Stealh & Saspens!

June 4, 2026
Next Post
Unboxing Nintendo Switch OLED Pokémon Scarlet & Violet Edition – Reka bentuk cukup Legendary!

Unboxing Nintendo Switch OLED Pokémon Scarlet & Violet Edition – Reka bentuk cukup Legendary!

Discussion about this post

Discord Kami

Sertai Discord kami

Facebook Kami

YouTube Kami

Twitter/X Kami

Follow @GamerSantaiMY

Tweet to @GamerSantaiMY

Anime

TV Tokyo Rancang Beberapa Projek Game Naruto Sempena Ulang Tahun Ke-25, Paling Awal Keluar Tahun 2027!
Anime

TV Tokyo Rancang Beberapa Projek Game Naruto Sempena Ulang Tahun Ke-25, Paling Awal Keluar Tahun 2027!

June 2, 2026
Gintama the Movie: Yoshiwara in Flames Akan Datang Ke GSC, Bersama Fan Screening!
Anime

Gintama the Movie: Yoshiwara in Flames Akan Datang Ke GSC, Bersama Fan Screening!

June 1, 2026
Anime Tomb Raider King Akan Mula Tayangan 8 Julai Ini!
Anime

Anime Tomb Raider King Akan Mula Tayangan 8 Julai Ini!

May 29, 2026
Jam Tangan Ulang Tahun Ke-30 Initial D Dibuka untuk Pra-Tempah di Malaysia!
Anime

Jam Tangan Ulang Tahun Ke-30 Initial D Dibuka untuk Pra-Tempah di Malaysia!

May 28, 2026
  • Tentang Kami
  • Hubungi Kami
  • Privacy & Policy

© 2017 - 2025 Digital Braves Media Group Sdn Bhd

Welcome Back!

Login to your account below

Forgotten Password?

Retrieve your password

Please enter your username or email address to reset your password.

Log In
No Result
View All Result
  • Berita
  • Temuramah
  • Review
  • Sister Sites
    • Wanuxi
    • Gamer Braves
    • GamerWK
    • Gamer555
  • Borderlands 4

© 2017 - 2025 Digital Braves Media Group Sdn Bhd