Gamer Santai
  • Berita
  • Temuramah
  • Review
  • Sister Sites
    • Wanuxi
    • Gamer Braves
    • GamerWK
    • Gamer555
No Result
View All Result
  • Berita
  • Temuramah
  • Review
  • Sister Sites
    • Wanuxi
    • Gamer Braves
    • GamerWK
    • Gamer555
No Result
View All Result
Gamer Santai
No Result
View All Result

Review: Call of Duty: Modern Warfare 2 – Ada potensi, tapi bug & glitch jadi halangan

Razin Syafiq by Razin Syafiq
November 25, 2022
in Artikel, Berita, Game Review, PC, PS4, PS5, Review, Shooter, Xbox One, Xbox Series X|S
0 0
0
Review: Call of Duty: Modern Warfare 2 – Ada potensi, tapi bug & glitch jadi halangan
Share on FacebookShare on Twitter

Tidak boleh dinafikan bahawa Call of Duty adalah antara francais shooter terbesar dalam sejarah gaming. Dengan kemunculan Call of Duty Modern Warfare (2019) dan mode Warzone Battle Royale, semua orang bermain CoD tanpa henti. Kini muncul lah Call of Duty: Modern Warfare 2! Walaupun agak lambat, kami sempat mencuba entri terbaru dalam francais CoD yang baru sahaja keluar beberapa minggu lepas tetapi adakah ia bagus seperti yang kita sangkakan?

Berikut adalah pendapat saya bermain Call of Duty: Modern Warfare 2!

Kempen ternyata cemerlang

Kempen Modern Warfare 2 mengharuskan kita bermain sebagai ahli pasukan Task Force 141, yang menampilkan banyak watak ikonik daripada game lama Modern Warfare serta beberapa muka baharu.

Ringkasannya; kita adalah sebahagian daripada agensi kerajaan yang cuba menghalang ancaman rahsia oleh musuh yang sedang berperang. Terdapat beberapa easter egg dan rujukan untuk peminat lama, tetapi sesiapa sahaja boleh faham jalan ceritanya dengan serta merta.

Walaupun plotnya lebih kurang sama dengan mana-mana game perang, saya mengaku kisah kali ini lebih menarik. Kepulangan watak ikonik seperti Price, Soap, Gaz, dan Ghost memang dialu-alukan.

Bagi saya, penambahan pelakon yang memberi impak terbesar seperti Alain Mesa yang melakonkan Colonel Alejandro Vargas, dan Warren Kole sebagai Commander Phillip Graves. Selain itu, game ini menawarkan lebih banyak momen dramatik bagi watak yang benar-benar membuatkan jalan cerita lagi menarik.

Mungkin ada yang kata adegan perang besar-besaran adalah yang paling seronok; sebaliknya penambahan adegan stealth merupakan bahagian paling menonjol bagi saya. Terdapat beberapa detik dalam game di mana kita harus meneruskan perjalanan tanpa skuad dan senjata. Dalam situasi ini, kita harus mencari bekalan dan alatan lain untuk menyelinap atau membunuh musuh.

Secara keseluruhan, kempen amat pendek tetapi temponya saya anggap sesuai untuk sebuah game shooter. Hakikatnya, mereka tidak terlalu bergantung pada set yang bombastik dan penuh letupan, lantas membolehkan perubahan besar dalam jalan cerita CoD untuk memastikan kisah terasa “fresh”.

Multiplayer seronok, tapi masalah banyak sangat

Rahsia sebenar kepada kejayaan besar Call of Duty ialah komponen Multiplayer dan jika tidak silap, MW2 mempunyai beberapa mode untuk kita cuba. Buat masa ini, kita boleh bermain 6v6 tradisional, Invasion atau mode 32v32 dalam Ground War.

Untuk mode yang memerlukan jumlah pemain sedikit seperti 6v6, ia sebenarnya menggunakan sebahagian daripada peta-peta Ground War. Peta kecil itu sendiri amat unik kerana semuanya direka dengan baik dan intuitif menggunakan reka bentuk level “tiga lorong”. Kalau dahulu, kita rasa ada lokasi yang “OP” atau susah untuk susah, sekarang sudah tiada (atau dikurangkan) dan menjadi lebih seimbang.

Selain itu, mode co-op Spec Ops kembali semula; membolehkan anda dan rakan-rakan melawan gerombolan musuh NPC. Total jenis misi co-op terhad kepada tiga, tetapi lebih banyak lagi akan ditambah tidak lama lagi. Misi-misi ini jauh lebih luas daripada mode spec-ops lama dan lebih menyeronokkan untuk dimainkan.

Terdapat juga sistem Kit serba baharu yang bertindak sebagai kelas untuk watak. Sebelum melaksanakan misi, kita akan memilih antara kit Assault, Medic atau Recon mengikut playstyle kesukaan. Menaikkan level bagi setiap kelas akan membuka buff lagi kuat yang diperlukan untuk mode lebih susah.

Mode Spec-ops dah cukup seronok, cuma saya berharap studio tambah lagi banyak ruang untuk mengisi lebih ramai pemain kerana saya terpaksa meninggalkan mode co-op untuk bermain mode multiplayer tradisional apabila lebih ramai kawan masuk lobi.

Dari segi “player progression”, terdapat beberapa poin yang bagus.

Cara kita membuka dan upgrade senjata telah diubah sepenuhnya. Sistem Gunsmith baharu membolehkan anda membuka attachment bagi senjata dengan menaikkan level platform senjata tertentu. Untuk memajukan platform senjata tersebut, kita perlu menggunakan watak atau varian senjata tertentu yang membuka satu-satu attachment dan pelbagai slot untuk dimuatkan.

Akhirnya, platform itu akan memberikan akses kepada watak dan varian baharu yang boleh anda ubahsuai.

Ini mengurangkan tempoh grinding untuk membuka attachment yang sama bagi setiap senjata dan juga mewujudkan senario menarik di mana anda boleh upgrade attachment untuk satu senjata, lalu menggunakan pada senjata lain.

Saya mengesyorkan nanda untuk mencuba semua jenis senjata yang ditawarkan! Walaupun, biasanya kita tidak menggunakan senjata tertentu, anda masih boleh membuka sesuatu yang berguna untuk senjata lain.

Di sini, saya ingin jelaskan kekurangan game ini pula. Walaupun kempennya menarik dan mode multiplayer seronok, tetapi semuanya sia-sia juga kalau kita tidak boleh langsung bermain satu game.

Game ini sudah dikeluarkan lebih 3 minggu pada saat saya menulis review dan malangnya masih ada beberapa masalah yang perlu saya sebut.

Al kisahnya, beberapa hari lepas saya bermain MW2 dan semasa perlawanan ketiga, game-nya tiba-tiba crash. Nak masuk satu game pun perlu tunggu hampir 10 minit, jadi bayangkan betapa kecewanya saya apabila skrin tiba-tiba tendang ke desktop.

Seterusnya, user interface-nya memang serabut. Ia nampak terlalu rumit di mana pelbagai mode disumbatkan ke satu menu. Malah, setiap menu juga mempunyai loading screen sendiri lantas membuatkan game lebih lag daripada biasa.

Akhir sekali, ada banyak bug dan glitch lain; ada yang mengacau gameplay, ada yang lawak. Ini menunjukkan game masih tidak cukup lancar seperti yang pemaju inginkan.

Pendapat

Secara keseluruhan, Modern Warfare 2 berjaya mengekalkan banyak ciri yang membuatkan francais sangat popular. Kempen boleh dikatakan adalah antara yang terbaik dalam siri manakala mode multiplayer telah ditambah baik dengan banyak mekanik bagus.

Satu-satunya aduan saya adalah masalah teknikal dan glitch berlaku terlalu kerap dalam game hingga mengacau pengalaman permainan. Macam mana saya nak menikmati game, sedangkan nak main pun tidak boleh. Modern Warfare 2 mempunyai banyak potensi, jadi saya harap anda boleh mencubanya.

Selepas semuanya dibetulkan, barulah judul kali ini layak digelar sebagai game CoD terbaik.

Buat sesiapa yang berminat, Call of Duty: Modern Warfare 2 kini tersedia di PC, PS4, PS5, Xbox One dan Xbox Series X/S.

Call of Duty: Modern Warfare 2
Publisher: Activision
Developer: Infinity Ward
Announce Date: 2022-05-25
Apabila Call of Duty: Modern Warfare 2 dikeluarkan pada 28 Oktober, para gamer dapat mengalami dunia perang baru dengan 'Task Force 141' bersama Captain John Price, yang bakal ditemani oleh Simon "Ghost" Riley, John "Soap" MacTavish, Kyle "Gaz" Garrick, dan orang baru Colonel Alejandro Vargas.
Jangan lupa untuk ikuti kami di TikTok!
@gamersantaimy

The Review

Call of Duty: Modern Warfare 2

6 Score

PROS

  • Kempen paling unik setakat ini dengan banyak segmen dan ciri yang hebat, serta lakonan watak yang menonjol
  • Reka bentuk level dan audio yang hebat
  • Mode multiplayer masih solid dengan banyak pilihan seronok

CONS

  • User interface sangat serabut
  • Produk akhir banyak bug dan masalah teknikal

Review Breakdown

  • Satu-satunya aduan saya adalah masalah teknikal dan glitch berlaku terlalu kerap dalam game hingga mengacau pengalaman permainan. Macam mana saya nak menikmati game, sedangkan nak main pun tidak boleh. Modern Warfare 2 mempunyai banyak potensi, jadi saya harap anda boleh mencubanya. 0
Tags: Call Of Dutycall of duty: modern warfare 2review
Previous Post

Pencipta Rent-A-Girlfriend Pergi “Date” Dengan Figura Life-size Chizuru Mizuhara

Next Post

Genshin Impact 3.3 — Segala Update Yang Diumumkan Termasuklah Watak Baru, Wanderer!

Razin Syafiq

Razin Syafiq

Dahulu, saya membesar seperti mana-mana kanak riang lain iaitu bersama komik, game, dan anime (Kreko, Utopia, Gempak, cd anime yang dijual kat kedai). Mula-mula, niat nak masuk bidang animasi sebab bersemangat, tapi terus tukar ke bidang game development sewaktu lanjut pelajaran. Entah bagaimana, saya kini berada dalam dunia journalism, dan memang jatuh cinta dengan industri ini. Banyak yang saya belajar, dan banyak yang saya ingin kongsi kepada awak semua di luar sana. Untuk hubungi saya, sila lawat mana-mana halaman media sosial yang diberi. Terima kasih kerana membaca penulisan, dan membenarkan saya berkembang maju. Sehingga kita berjumpa lagi!

Related Posts

Upin & Ipin Universe Dedahkan Gameplay Baharu, Game Akan Keluar 2025!
Berita

Upin & Ipin Universe Dedahkan Gameplay Baharu, Game Akan Keluar 2025!

June 8, 2025
No Straight Roads 2 – Game Ikonik Buatan Malaysia Kembali Dengan Sekuel Pada 2026!
Berita

No Straight Roads 2 – Game Ikonik Buatan Malaysia Kembali Dengan Sekuel Pada 2026!

June 8, 2025
Previu Sonic Racing: CrossWorlds – Lumba Kart, Tapi Customization Luas!
Preview

Previu Sonic Racing: CrossWorlds – Lumba Kart, Tapi Customization Luas!

June 8, 2025
Next Post
Genshin Impact 3.3 — Segala Update Yang Diumumkan Termasuklah Watak Baru, Wanderer!

Genshin Impact 3.3 -- Segala Update Yang Diumumkan Termasuklah Watak Baru, Wanderer!

Discussion about this post

Discord Kami

Sertai Discord kami

Facebook Kami

YouTube Kami

Twitter/X Kami

Follow @GamerSantaiMY

Tweet to @GamerSantaiMY

Anime

Game MOBA ‘Dragon Ball: Gekishin Squadra’ Umum Network Test & Platform Tambahan
Berita

Game MOBA ‘Dragon Ball: Gekishin Squadra’ Umum Network Test & Platform Tambahan

June 5, 2025
Ejen Ali The Movie 2 Catat Rekod Baharu Dengan Kutipan RM34.2 Juta, Hanya Dalam 11 Hari!
Animasi

Ejen Ali The Movie 2 Catat Rekod Baharu Dengan Kutipan RM34.2 Juta, Hanya Dalam 11 Hari!

June 4, 2025
Pra-Pendaftaran Dibuka untuk RPG Open-World ‘The Seven Deadly Sins: Origin’
Berita

Pra-Pendaftaran Dibuka untuk RPG Open-World ‘The Seven Deadly Sins: Origin’

June 3, 2025
Filem Live Action ‘Under 18’ Dijangka Tiba Pada 2026
Filem

Filem Live Action ‘Under 18’ Dijangka Tiba Pada 2026

June 2, 2025
  • Tentang Kami
  • Hubungi Kami
  • Privacy & Policy

© 2017 - 2025 Digital Braves Media Group Sdn Bhd

Welcome Back!

Login to your account below

Forgotten Password?

Retrieve your password

Please enter your username or email address to reset your password.

Log In
No Result
View All Result
  • Berita
  • Temuramah
  • Review
  • Sister Sites
    • Wanuxi
    • Gamer Braves
    • GamerWK
    • Gamer555

© 2017 - 2025 Digital Braves Media Group Sdn Bhd