Kini ditayangkan di pawagam Malaysia, Black Panther: Wakanda Forever menampilkan Shuri sebagai protagonis terbaru selepas kematian T’Challa aka Black Panther. Seperti yang korang semua tahu, filem MCU terkenal kerana mempunyai banyak “post-credit scene” menarik, tetapi bagaimana pula dengan filem kali ini? Bagi peminat besar Marvel di luar sana yang tertanya apa yang terjadi di penghujung Black Panther: Wakanda Forever, izinkan saya jelaskan apa yang berlaku di post-credit scene.

AMARAN! SPOILER UNTUK BLACK PANTHER: WAKANDA FOREVER – POST-CREDIT DI BAWAH!
Wakanda Forever hanya menampilkan satu post-credit scene sahaja.
Dalam filem, kita mendapat tahu bahawa Nakia (Lupita Nyong’o) tidak kembali ke Wakanda selepas kematian T’Challa, dan sebaliknya memulakan kerja sukarelawan di Haiti – di mana dia kembali selepas membantu dalam pertarungan Wakanda vs Talokan (empayar bawah laut milik Namor).
Dalam adegan mid-credit, Shuri menziarah negara Haiti untuk menyelesaikan upacara Wakanda yang mengharuskan dirinya membakar pakaian pengebumian untuk menamatkan proses berduka.
Di sana, Nakia kemudian bertemu Shuri di pantai sambil membawa seorang budak lelaki. Bernama Toussaint, rupanya budak itu adalah “Prince” T’Challa, anak kepada King T’Challa bersama Nakia yang dibesarkan secara rahsia.
Ramonda (ibu T’Challa) juga tahu tentang kewujudan anak T’Challa dan mereka bertiga membuat keputusan untuk membesarkannya di Haiti untuk supaya jauh daripada bahaya ancaman musuh Wakanda dan tidak perlu fikir tentang urusan pewaris takhta.
Setelah kredit akhirnya tamat, sebuah mesej akan muncul yang memberitahu Black Panther sememangnya akan kembali. Ini kemungkinan besar bermaksud bahawa Shuri akan kembali sebagai Black Panther dalam projek MCU akan datang.
Bagi mereka yang berminat, jangan lupa untuk tonton Black Panther: Wakanda Forever sekarang di pawagam terdekat! Untuk membaca segala liputan kami tentang filem ini termasuk review dan fakta menarik, sila tekan pautan ini.
@gamersantaimy
Discussion about this post