Gamer Santai
  • Berita
  • Temuramah
  • Review
  • Sister Sites
    • Wanuxi
    • Gamer Braves
    • GamerWK
    • Gamer555
No Result
View All Result
  • Berita
  • Temuramah
  • Review
  • Sister Sites
    • Wanuxi
    • Gamer Braves
    • GamerWK
    • Gamer555
No Result
View All Result
Gamer Santai
No Result
View All Result

Serlahkan kehebatan esports anda – Pendaftaran MPL MY 11 akan dibuka!

Alan Fikri by Alan Fikri
November 15, 2022
in Acara, Artikel, Berita, Kejohanan esports, MOBA, Mobile, Mobile Game, Tempatan
0 0
0
Serlahkan kehebatan esports anda – Pendaftaran MPL MY 11 akan dibuka!
Share on FacebookShare on Twitter

Berita baik buat pemain Mobile Legends yang bercita-cita untuk menjadi pemain profesional kerana pendaftaran MPL Malaysia Musim 11 akan dibuka bermula dari 28 November! Daftar dengan skuad berlima anda untuk melayakkan diri ke kejohanan esport mobile terbesar di negara dan bersedia untuk memenangi wang berjumlah USD 100,000 dan berpeluang untuk mengambil bahagian pada masa akan datang untuk Mobile Legends: Bang Bang Southeast Asia Cup 2023.

Berikut adalah tarikh penting untuk MPL MY 11:

  • Pendaftaran dibuka: 28 November
  • Pendaftaran ditutup: 11 Disember
  • Pusingan kelayakan: 16 – 18 Disember

Perlawanan akan disiarkan semula di Youtube dan Facebook. Ikuti Facebook MPL Malaysia, Instagram, dan platform TikTok untuk lebih banyak update tentang pautan pendaftaran yang akan dikongsi pada 28 November!

Musim lalu, MPL Malaysia telah menyaksikan Team HAQ menumbangkan TODAK dalam perlawanan epik 4-2, dan mempamerkan MPLMY S10, yang menyaksikan peningkatan tontonan serentak puncak sebanyak 232,500 dan lebih 3,000 di luar talian penonton menyaksikan aksi sengit itu secara langsung. Sebelum ini berasal dari Orange Esports, Team HAQ muncul daripada

Musim lalu, MPL Malaysia telah menyaksikan Team HAQ menumbangkan pasukan TODAK dalam perlawanan epik 4-2, dan mempamerkan #IniGayaKita mereka sendiri. Pasukan itu memenuhi kisah Cinderella mereka sendiri semasa kemuncak akhir MPLMY S10, yang menyaksikan peningkatan tontonan sebanyak 232,500 dan lebih 3,000 penonton luar talian menyaksikan aksi sengit itu secara langsung.

Sebelum ini berasal dari Orange Esports, Team HAQ muncul dari pusingan kelayakan dan melangkah ke peringkat akhir, memperoleh kepercayaan peminat dan penyokong mereka sepanjang perjalanan dengan semangat pasukan yang luar biasa.

“Ia adalah perjalanan yang panjang untuk kami mencapai di puncak teratas dalam MPL MY S10 untuk menjadi wakil Malaysia bagi M4 World Championship, tetapi saya sangat gembira atas sokongan peminat dan keluarga kami. Kami berharap kisah kami dapat memberi inspirasi kepada orang lain dan menggalakkan pemain baru untuk mendaftar dan bertemu Team HAQ dalam MPLMY S11.”

Muhammad Syafizan IGN – Garyy, pemain daripada Team HAQ

Team HAQ dan TODAK akan bertarung untuk M4 World Championship yang akan berlangsung pada 1 – 15 Januari 2023 di Jakarta, Indonesia.

Dua pasukan teratas dari pusingan kelayakan akan berlawan dengan lapan pasukan jemputan untuk kejohanan tempatan, yang telah disebut-sebut sebagai perintis mobile esports negara. Butiran lanjut mengenai tempat luar talian untuk Regular Season dan Playoff akan diumumkan tidak lama lagi.

Jadi tunggu apa lagi, kumpulkan rakan anda untuk sama-sama berjuang di MPL Malaysia musim ke-11 ini. Untuk maklumat lanjut tentang MPL MY, sila tekan pautan ini.

Untuk lebih banyak lagi berita menarik tentang Mobile Legends daripada kami, sila tekan pautan ini.

Jangan lupa untuk ikuti kami di TikTok!
@gamersantaimy
Tags: Mobile Legends: Bang BangMPL MalaysiaMPL MY 11MPL S11
Previous Post

The Witcher 3: Wild Hunt Akhirnya Umumkan Tarikh Pelepasan Untuk PS5 dan Xbox Series!

Next Post

Tactics Ogre: Reborn interview bersama Hiroaki Kato & Naoyuki Takahashi

Alan Fikri

Alan Fikri

Seorang yang membesar dengan anime, manga dan game. Tidak lupa juga dengan teknologi yang semakin pesat berkembang. Harap apa yang saya kongsikan dapat memberi manfaat kepada para pembaca.

Related Posts

Reviu DOOM: The Dark Ages – Zaman Berubah, Tapi Slayer Kekal Brutal!
Review

Reviu DOOM: The Dark Ages – Zaman Berubah, Tapi Slayer Kekal Brutal!

Reviu The Elder Scrolls IV: Oblivion Remastered – Legenda Lama, Diberi Nafas Baharu
Review

Reviu The Elder Scrolls IV: Oblivion Remastered – Legenda Lama, Diberi Nafas Baharu

DAN DA DAN: Evil Eye Akan Tayang di Pawagam Malaysia – Tarikh, Sinopsis & Bonus Eksklusif
Anime

DAN DA DAN: Evil Eye Akan Tayang di Pawagam Malaysia – Tarikh, Sinopsis & Bonus Eksklusif

May 9, 2025
Next Post
Tactics Ogre: Reborn interview bersama Hiroaki Kato & Naoyuki Takahashi

Tactics Ogre: Reborn interview bersama Hiroaki Kato & Naoyuki Takahashi

Discussion about this post

Discord Kami

Sertai Discord kami

Facebook Kami

YouTube Kami

Twitter/X Kami

Follow @GamerSantaiMY

Tweet to @GamerSantaiMY

Anime

Honkai: Star Rail x Fate/stay night [Unlimited Blade Works] Akan Bermula 11 Julai!
Berita

Honkai: Star Rail x Fate/stay night [Unlimited Blade Works] Akan Bermula 11 Julai!

May 4, 2025
Black Clover – Asta Kecundang, Tinggal Yuno Seorang Diri Melawan Lucius
Anime

Black Clover – Asta Kecundang, Tinggal Yuno Seorang Diri Melawan Lucius

May 2, 2025
Trailer Baru Ejen Ali The Movie 2 – Ali Beraksi Dalam Sut Satria, Ejen Rizwan Berpaling Tadah?
Filem

Trailer Baru Ejen Ali The Movie 2 – Ali Beraksi Dalam Sut Satria, Ejen Rizwan Berpaling Tadah?

May 2, 2025
Kisah Sebenar Uchiha Itachi – Bukan Penjahat, Tapi Wira Tragis
Fakta & Trivia

Kisah Sebenar Uchiha Itachi – Bukan Penjahat, Tapi Wira Tragis

May 1, 2025
Papa Zola: The Movie – Game On Akan Hadir Ke Pawagam Disember Ini!
Filem

Papa Zola: The Movie – Game On Akan Hadir Ke Pawagam Disember Ini!

May 1, 2025
Pengalaman Kami di One Piece Asia Hunt – Menggembara Bersama Kru Straw Hat
Jom Singgah!

Pengalaman Kami di One Piece Asia Hunt – Menggembara Bersama Kru Straw Hat

April 30, 2025
  • Tentang Kami
  • Hubungi Kami
  • Privacy & Policy

© 2017 - 2025 Digital Braves Media Group Sdn Bhd

Welcome Back!

Login to your account below

Forgotten Password?

Retrieve your password

Please enter your username or email address to reset your password.

Log In
No Result
View All Result
  • Berita
  • Temuramah
  • Review
  • Sister Sites
    • Wanuxi
    • Gamer Braves
    • GamerWK
    • Gamer555

© 2017 - 2025 Digital Braves Media Group Sdn Bhd