Gamer Santai
  • Berita
  • Temuramah
  • Review
  • Sister Sites
    • Wanuxi
    • Gamer Braves
    • GamerWK
    • Gamer555
No Result
View All Result
  • Berita
  • Temuramah
  • Review
  • Sister Sites
    • Wanuxi
    • Gamer Braves
    • GamerWK
    • Gamer555
No Result
View All Result
Gamer Santai
No Result
View All Result

Filem Tokyo Revengers 2 Akan Ditayangkan 2023 Dengan 2 Bahagian, Tajuk dan Visual Didedahkan!

Maira by Maira
November 14, 2022
in Anime, Artikel, Berita, Filem, Manga
0 0
0
Filem Tokyo Revengers 2 Akan Ditayangkan 2023 Dengan 2 Bahagian, Tajuk dan Visual Didedahkan!
Share on FacebookShare on Twitter

Selepas sambutan hangat filem live action pertama, Tokyo Revengers kembali dengan filem sekuel pula. Seperti yang diumumkan dahulu, untuk filem sekuel, Tokyo Revengers 2 akan mempunyai dua bahagian. Tajuk untuk kedua-dua filem sudah pun didedahkan bersama visual! Jom kami ceritakan lebih lanjut.

Diumumkan secara rasmi melalui akaun Twitter, bahagian pertama Tokyo Revengers 2 bertajuk Bloody Halloween -Fate- (Chi no Halloween -Unmei-) manakala bahagian kedua pula bertajuk Bloody Halloween –Decisive Battle (Chi no Halloween -Kessen-). Kedua-dua filem akan dilepaskan di pawagam Jepun pada tahun 2023, dengan bahagian pertama semasa Golden Week manakala bahagian kedua pula semasa musim panas.

映画『#東京リベンジャーズ2』
🔥"前後編2部作"での公開決定🔥

描かれるのは…

   “血のハロウィン編”
 ━━━━━━━━━━━━

🎬2023年GW『-運命-』
🎬2023年SUMMER『-決戦-』

それぞれのアツい生き様が描かれます。
今後の情報にもご期待ください🤝#東京リベンジャーズ pic.twitter.com/16QK3hMRnu

— 映画『東リベ2』公式《12/8・12/22 BD&DVD発売》 (@revengers_movie) November 13, 2022

Pelakon-pelakon juga kembali untuk membawa semula watak masing-masing. Berikut adalah pelakon utama untuk filem tersebut:

  • Takumi Kitamura: Takemichi Hanagaki
  • Ryo Yoshizawa: Mikey/ Manjiro Sano
  • Yuki Yamada: Draken/ Ken Ryuguji

Pengarah filem, Tsutomu Hanabusa dan produser Shota Okada juga kembali untuk filem sekuel ini.

Kalau anda ingin tahu, filem pertama live action Tokyo Revengers ada ditayangkan di Malaysia pada tahun lepas. Jadi berkemungkinan besar filem sekuel ini juga akan ditayangkan nanti. Jadi kita tunggu sahaja pengumuman rasmi daripada pengedar filem. Trailer filem juga masih belum didedahkan.

Kepada anda yang tidak mengenali siri ini, Tokyo Revengers merupakan siri manga yang dihasilkan oleh Ken Wakui pada 1 Mac 2017. Kini sudah 29 jilid manga telah dilepaskan. Ia juga telah mendapat adaptasi anime sebanyak 24 episod oleh Liden Films pada tahun lepas. Musim keduanya pula bakal ditayangkan pada Januari 2023. Berikut adalah sinopsis untuk siri tersebut:

Takemichi Hanagaki seorang lelaki menganggur berusia 26 tahun. Dia mendapat tahu bahawa seorang kawan masa kecil dan bekas pacarnya Tachibana Hinata telah meninggal dunia setelah bertembung dengan suatu geng dilibatkan adiknya Naoto bernama Tokyo Manji-kai. Takemichi nyaris maut dilanggar keretapi namun menyedari bahawa dirinya kembali ke masa lampau saat di bangku sekolah tinggi; Takemichi cuba mengubah masa depan agar Tachibana selamat dengan memasuki geng Manji-kai, gerombolan paling ganas di wilayah Kanto.

Untuk mendapatkan liputan lain mengenai Tokyo Revengers daripada kami, sila klik pautan ini.

Jangan lupa untuk ikuti kami di TikTok!
@gamersantaimy
Tags: Tokyo RevengersTokyo Revengers 2Tokyo Revengers Live Action
Previous Post

Yu-Gi-Oh Master Duel perkenalkan mode baru -Team Battle 3v3 & 5v5!

Next Post

Control 2 diumumkan, bakal dilancarkan di PS5, Xbox Series & PC!

Maira

Maira

Terperangkap dalam game gacha (grind sampai habis bateri fon). Game rhythm dan JRPG memang berpisah tiada. Kadang-kadang melukis sambil layan stream VTuber.

Related Posts

Upin & Ipin Universe Dedahkan Gameplay Baharu, Game Akan Keluar 2025!
Berita

Upin & Ipin Universe Dedahkan Gameplay Baharu, Game Akan Keluar 2025!

June 8, 2025
No Straight Roads 2 – Game Ikonik Buatan Malaysia Kembali Dengan Sekuel Pada 2026!
Berita

No Straight Roads 2 – Game Ikonik Buatan Malaysia Kembali Dengan Sekuel Pada 2026!

June 8, 2025
Previu Sonic Racing: CrossWorlds – Lumba Kart, Tapi Customization Luas!
Preview

Previu Sonic Racing: CrossWorlds – Lumba Kart, Tapi Customization Luas!

June 8, 2025
Next Post
Control 2 diumumkan, bakal dilancarkan di PS5, Xbox Series & PC!

Control 2 diumumkan, bakal dilancarkan di PS5, Xbox Series & PC!

Discussion about this post

Discord Kami

Sertai Discord kami

Facebook Kami

YouTube Kami

Twitter/X Kami

Follow @GamerSantaiMY

Tweet to @GamerSantaiMY

Anime

Game MOBA ‘Dragon Ball: Gekishin Squadra’ Umum Network Test & Platform Tambahan
Berita

Game MOBA ‘Dragon Ball: Gekishin Squadra’ Umum Network Test & Platform Tambahan

June 5, 2025
Ejen Ali The Movie 2 Catat Rekod Baharu Dengan Kutipan RM34.2 Juta, Hanya Dalam 11 Hari!
Animasi

Ejen Ali The Movie 2 Catat Rekod Baharu Dengan Kutipan RM34.2 Juta, Hanya Dalam 11 Hari!

June 4, 2025
Pra-Pendaftaran Dibuka untuk RPG Open-World ‘The Seven Deadly Sins: Origin’
Berita

Pra-Pendaftaran Dibuka untuk RPG Open-World ‘The Seven Deadly Sins: Origin’

June 3, 2025
Filem Live Action ‘Under 18’ Dijangka Tiba Pada 2026
Filem

Filem Live Action ‘Under 18’ Dijangka Tiba Pada 2026

June 2, 2025
  • Tentang Kami
  • Hubungi Kami
  • Privacy & Policy

© 2017 - 2025 Digital Braves Media Group Sdn Bhd

Welcome Back!

Login to your account below

Forgotten Password?

Retrieve your password

Please enter your username or email address to reset your password.

Log In
No Result
View All Result
  • Berita
  • Temuramah
  • Review
  • Sister Sites
    • Wanuxi
    • Gamer Braves
    • GamerWK
    • Gamer555

© 2017 - 2025 Digital Braves Media Group Sdn Bhd