Gamer Santai
  • Berita
  • Temuramah
  • Review
  • Sister Sites
    • Wanuxi
    • Gamer Braves
    • GamerWK
    • Gamer555
No Result
View All Result
  • Berita
  • Temuramah
  • Review
  • Sister Sites
    • Wanuxi
    • Gamer Braves
    • GamerWK
    • Gamer555
No Result
View All Result
Gamer Santai
No Result
View All Result

“Headset VR yang mampu bunuh orang, sama seperti Sword Art Online” – Dibuat oleh pencipta Oculus!

Razin Syafiq by Razin Syafiq
November 9, 2022
in Anime, Artikel, Berita, Fakta & Trivia, Teknologi, VR
0 0
0
“Headset VR yang mampu bunuh orang, sama seperti Sword Art Online” – Dibuat oleh pencipta Oculus!
Share on FacebookShare on Twitter

Pasti ramai peminat anime tahu tentang plot Sword Art Online yang mengisahkan sekumpulan manusia yang mencuba game dengan headset VR canggih tetapi rupa-rupanya, game itu akan membunuh mereka. Berdasarkan idea itu, pengasas bersama Oculus dan peminat tegar SAO, Palmer Luckey, telah menghasilkan headset VR yang juga boleh membunuh orang.

Model headset yang dikatakan boleh membunuh orang

Dalam sebuah blog post pada 6 November sempena tarikh keluaran game Sword Art Online (di dalam dunia francais mereka), Luckey mendakwa dia telah mencipta sesuatu yang hampir serupa dengan headset “NerveGear”. Menurutnya, dia sudah “separuh jalan untuk mencipta NerveGear sebenar” di mana bahagian yang sah berfungsi adalah headset ini boleh membunuh orang.

Palmer Luckey

Walaupun begitu, Luckey tidak berjaya menghasilkan headset yang 100% sama seperti pencipta Sword Art Online, Reki Kawahara. Dalam anime, manga, novel ringan dan game SAO, headset ini membunuh pemakainya dengan membakar otak mereka dengan pemancar gelombang mikro yang sangat kuat. Untuk bahagian ini, Luckey mengambil pendekatan yang berbeza. Bak kata beliau:

“Saya menggunakan tiga modul caj letupan yang biasanya digunakan dalam projek berbeza.”

Headset yang dipakai dalam SAO

“Projek berbeza” itu berkaitan dengan Anduril Industries, syarikat teknologi pertahanan tentera yang diasaskan oleh Luckey selepas dia meninggalkan Oculus pada tahun 2017. Menurut Luckey, headset ciptaannya dipasang tiga bahan letupan gred tentera – jadi jika ada sesiapa yang mati di dalam game, di dunia sebenar kepalanya pun akan meletup.

Saya tidak tahu sama ada Luckey bergurau atau tidak tetapi mesin itu dibina sebagai penghormatan kepada siri yang mengubah hidupnya. Secara ringkas, Sword Art Online merupakan faktor utama untuk kejayaan Oculus pada zaman awal produk itu. Beliau kata:

“Populariti [Sword Art Online] membawa kepada sambutan otaku yang besar untuk Oculus, terutamanya di Jepun, yang dengan cepat menjadi pasaran ke-2 terbesar kami.”

Buat masa ini, headset membunuh tersebut masih dalam proses pembangunan tetapi nasib baiklah ia tidak disediakan untuk orang awam. Bayangkanlah kalau ada saintis gila betul-betul cipta game macam SAO, huru-hara dunia dibuatnya.

Headset model baru dalam SAO

Apa pendapat korang? Jom kongsikan pendapat di ruang komen! Untuk membaca segala liputan kami tentang Sword Art Online termasuk movie dan game baru, sila tekan pautan ini.

Jangan lupa untuk ikuti kami di TikTok!
@gamersantaimy
Tags: animeHeadset VRoculussword art online
Previous Post

Dulu Saiyan, sekarang Bosskur – Kisah awal Team Bosskurr!

Next Post

The Devil in Me Preview — Tambahan Mekanik Baru Memudahkan Eksplorasi!

Razin Syafiq

Razin Syafiq

Dahulu, saya membesar seperti mana-mana kanak riang lain iaitu bersama komik, game, dan anime (Kreko, Utopia, Gempak, cd anime yang dijual kat kedai). Mula-mula, niat nak masuk bidang animasi sebab bersemangat, tapi terus tukar ke bidang game development sewaktu lanjut pelajaran. Entah bagaimana, saya kini berada dalam dunia journalism, dan memang jatuh cinta dengan industri ini. Banyak yang saya belajar, dan banyak yang saya ingin kongsi kepada awak semua di luar sana. Untuk hubungi saya, sila lawat mana-mana halaman media sosial yang diberi. Terima kasih kerana membaca penulisan, dan membenarkan saya berkembang maju. Sehingga kita berjumpa lagi!

Related Posts

Reviu The Elder Scrolls IV: Oblivion Remastered – Legenda Lama, Diberi Nafas Baharu
Review

Reviu The Elder Scrolls IV: Oblivion Remastered – Legenda Lama, Diberi Nafas Baharu

DAN DA DAN: Evil Eye Akan Tayang di Pawagam Malaysia – Tarikh, Sinopsis & Bonus Eksklusif
Anime

DAN DA DAN: Evil Eye Akan Tayang di Pawagam Malaysia – Tarikh, Sinopsis & Bonus Eksklusif

May 9, 2025
BrownDust2 Kini Berstatus 18+ di Google Play Store, Kandungan Semakin Eksplisit
Berita

BrownDust2 Kini Berstatus 18+ di Google Play Store, Kandungan Semakin Eksplisit

May 9, 2025
Next Post
The Devil in Me Preview — Tambahan Mekanik Baru Memudahkan Eksplorasi!

The Devil in Me Preview -- Tambahan Mekanik Baru Memudahkan Eksplorasi!

Discussion about this post

Discord Kami

Sertai Discord kami

Facebook Kami

YouTube Kami

Twitter/X Kami

Follow @GamerSantaiMY

Tweet to @GamerSantaiMY

Anime

Honkai: Star Rail x Fate/stay night [Unlimited Blade Works] Akan Bermula 11 Julai!
Berita

Honkai: Star Rail x Fate/stay night [Unlimited Blade Works] Akan Bermula 11 Julai!

May 4, 2025
Black Clover – Asta Kecundang, Tinggal Yuno Seorang Diri Melawan Lucius
Anime

Black Clover – Asta Kecundang, Tinggal Yuno Seorang Diri Melawan Lucius

May 2, 2025
Trailer Baru Ejen Ali The Movie 2 – Ali Beraksi Dalam Sut Satria, Ejen Rizwan Berpaling Tadah?
Filem

Trailer Baru Ejen Ali The Movie 2 – Ali Beraksi Dalam Sut Satria, Ejen Rizwan Berpaling Tadah?

May 2, 2025
Kisah Sebenar Uchiha Itachi – Bukan Penjahat, Tapi Wira Tragis
Fakta & Trivia

Kisah Sebenar Uchiha Itachi – Bukan Penjahat, Tapi Wira Tragis

May 1, 2025
Papa Zola: The Movie – Game On Akan Hadir Ke Pawagam Disember Ini!
Filem

Papa Zola: The Movie – Game On Akan Hadir Ke Pawagam Disember Ini!

May 1, 2025
Pengalaman Kami di One Piece Asia Hunt – Menggembara Bersama Kru Straw Hat
Jom Singgah!

Pengalaman Kami di One Piece Asia Hunt – Menggembara Bersama Kru Straw Hat

April 30, 2025
  • Tentang Kami
  • Hubungi Kami
  • Privacy & Policy

© 2017 - 2025 Digital Braves Media Group Sdn Bhd

Welcome Back!

Login to your account below

Forgotten Password?

Retrieve your password

Please enter your username or email address to reset your password.

Log In
No Result
View All Result
  • Berita
  • Temuramah
  • Review
  • Sister Sites
    • Wanuxi
    • Gamer Braves
    • GamerWK
    • Gamer555

© 2017 - 2025 Digital Braves Media Group Sdn Bhd