Gamer Santai
  • Berita
  • Temuramah
  • Review
  • Sister Sites
    • Wanuxi
    • Gamer Braves
    • GamerWK
    • Gamer555
No Result
View All Result
  • Berita
  • Temuramah
  • Review
  • Sister Sites
    • Wanuxi
    • Gamer Braves
    • GamerWK
    • Gamer555
No Result
View All Result
Gamer Santai
No Result
View All Result

Diablo 4 mungkin dilancarkan pada April 2023, khabar angin baru!

Razin Syafiq by Razin Syafiq
November 7, 2022
in ARPG, Artikel, Battle.net, Berita, PC, PS4, PS5, Xbox One, Xbox Series X|S
0 0
0
Diablo 4 mungkin dilancarkan pada April 2023, khabar angin baru!
Share on FacebookShare on Twitter

Game terbaru dalam francais popular Diablo bakal dilancarkan pada tahun 2023, tetapi malangnya, Activision Blizzard sehingga hari ini masih tidak memberi tarikh keluaran yang tepat secara rasmi. Tetapi menurut maklumat daripada beberapa sumber boleh dipercayai, nampaknya Diablo 4 mungkin akan dikeluarkan pada April 2023.

Maklumat ini berasal daripada Windows Central, yang berkata Diablo 4 akan dilancarkan pada April 2023. Ini bukan kali pertama orang ramai kata Diablo 4 akan keluar pada bulan Mei; sebelum ini, ia pernah dibincangkan dalam podcast XboxEra, tetapi Windows Central mendakwa bahawa banyak sumber berasingan juga telah menyokong fakta ini secara kolaboratif.

Baru-baru ini, Blizzard mengumumkan bahawa beta tertutup Diablo 4 akan tamat tidak lama lagi, manakala fasa “public testing” bermula pada awal tahun 2023, yang secara tidak langsung menyokong maklumat tidak rasmi di atas. Sumber tersebut turut mendakwa bahawa Blizzard akan memulakan kempen pasaran besar-besaran Diablo 4 di The Game Awards 2022.

Sepanjang tahun 2022, Diablo 4 telah dibocorkan berulang kali, di mana kebanyakan maklumat itu ternyata serasi dengan apa yang Blizzard dedahkan tentang game. Sebagai contoh, Blizzard bakal menjadikan Diablo 4 sebagai live-service game, sama seperti game Call of Duty baru-baru ini, dan maklumat terbaru menunjukkan bahawa Musim pertama Diablo 4 akan disiarkan secara langsung pada Q3 2023.

Menurut teori orang ramai, ini memberi para pemain banyak masa untuk bermain melalui “base game” sebelum mereka meneruskan ke kandungan tambahan.

Sebagai salah satu game paling digembar-gemburkan pada tahun 2022, Diablo 4 berpotensi untuk mengembalikan populariti pada francais. Daripada visual bahan promosi, kita boleh nampak bahawa Blizzard ingin memanfaatkan estetika dan suasana Diablo klasik berbanding rupa Diablo 3 yang lebih kartun, dan ini satu perubahan bagus yang ramai peminat sudah lama minat.

Oleh itu, game ini pasti akan memuaskan hati peminat lama francais. Dengan tambahan kandungan bermusim pada masa hadapan, itu juga menjadi alasan untuk mereka kembali dan bermain game buat jangka masa yang panjang.

Diablo 4 akan dilancarkan pada 2023 untuk PC, PS4, PS5, Xbox One dan Xbox Series X/S. Untuk segala liputan kami tentang game tersebut, sila tekan pautan ini.

Jangan lupa untuk ikuti kami di TikTok!
@gamersantaimy
Tags: Diablo 4khabar angin
Previous Post

Final Fantasy XVI siap 95%, tarikh pelancaran bakal diumumkan hujung tahun 2022!

Next Post

Giveaway Persona 5 Royal — Komen Untuk Menang Kod Steam Percuma!

Razin Syafiq

Razin Syafiq

Dahulu, saya membesar seperti mana-mana kanak riang lain iaitu bersama komik, game, dan anime (Kreko, Utopia, Gempak, cd anime yang dijual kat kedai). Mula-mula, niat nak masuk bidang animasi sebab bersemangat, tapi terus tukar ke bidang game development sewaktu lanjut pelajaran. Entah bagaimana, saya kini berada dalam dunia journalism, dan memang jatuh cinta dengan industri ini. Banyak yang saya belajar, dan banyak yang saya ingin kongsi kepada awak semua di luar sana. Untuk hubungi saya, sila lawat mana-mana halaman media sosial yang diberi. Terima kasih kerana membaca penulisan, dan membenarkan saya berkembang maju. Sehingga kita berjumpa lagi!

Related Posts

Reviu DOOM: The Dark Ages – Zaman Berubah, Tapi Slayer Kekal Brutal!
Review

Reviu DOOM: The Dark Ages – Zaman Berubah, Tapi Slayer Kekal Brutal!

Reviu The Elder Scrolls IV: Oblivion Remastered – Legenda Lama, Diberi Nafas Baharu
Review

Reviu The Elder Scrolls IV: Oblivion Remastered – Legenda Lama, Diberi Nafas Baharu

DAN DA DAN: Evil Eye Akan Tayang di Pawagam Malaysia – Tarikh, Sinopsis & Bonus Eksklusif
Anime

DAN DA DAN: Evil Eye Akan Tayang di Pawagam Malaysia – Tarikh, Sinopsis & Bonus Eksklusif

May 9, 2025
Next Post
Giveaway Persona 5 Royal — Komen Untuk Menang Kod Steam Percuma!

Giveaway Persona 5 Royal -- Komen Untuk Menang Kod Steam Percuma!

Discussion about this post

Discord Kami

Sertai Discord kami

Facebook Kami

YouTube Kami

Twitter/X Kami

Follow @GamerSantaiMY

Tweet to @GamerSantaiMY

Anime

Honkai: Star Rail x Fate/stay night [Unlimited Blade Works] Akan Bermula 11 Julai!
Berita

Honkai: Star Rail x Fate/stay night [Unlimited Blade Works] Akan Bermula 11 Julai!

May 4, 2025
Black Clover – Asta Kecundang, Tinggal Yuno Seorang Diri Melawan Lucius
Anime

Black Clover – Asta Kecundang, Tinggal Yuno Seorang Diri Melawan Lucius

May 2, 2025
Trailer Baru Ejen Ali The Movie 2 – Ali Beraksi Dalam Sut Satria, Ejen Rizwan Berpaling Tadah?
Filem

Trailer Baru Ejen Ali The Movie 2 – Ali Beraksi Dalam Sut Satria, Ejen Rizwan Berpaling Tadah?

May 2, 2025
Kisah Sebenar Uchiha Itachi – Bukan Penjahat, Tapi Wira Tragis
Fakta & Trivia

Kisah Sebenar Uchiha Itachi – Bukan Penjahat, Tapi Wira Tragis

May 1, 2025
Papa Zola: The Movie – Game On Akan Hadir Ke Pawagam Disember Ini!
Filem

Papa Zola: The Movie – Game On Akan Hadir Ke Pawagam Disember Ini!

May 1, 2025
Pengalaman Kami di One Piece Asia Hunt – Menggembara Bersama Kru Straw Hat
Jom Singgah!

Pengalaman Kami di One Piece Asia Hunt – Menggembara Bersama Kru Straw Hat

April 30, 2025
  • Tentang Kami
  • Hubungi Kami
  • Privacy & Policy

© 2017 - 2025 Digital Braves Media Group Sdn Bhd

Welcome Back!

Login to your account below

Forgotten Password?

Retrieve your password

Please enter your username or email address to reset your password.

Log In
No Result
View All Result
  • Berita
  • Temuramah
  • Review
  • Sister Sites
    • Wanuxi
    • Gamer Braves
    • GamerWK
    • Gamer555

© 2017 - 2025 Digital Braves Media Group Sdn Bhd