Gamer Santai
  • Berita
  • Temuramah
  • Review
  • Sister Sites
    • Wanuxi
    • Gamer Braves
    • GamerWK
    • Gamer555
  • Borderlands 4
No Result
View All Result
  • Berita
  • Temuramah
  • Review
  • Sister Sites
    • Wanuxi
    • Gamer Braves
    • GamerWK
    • Gamer555
  • Borderlands 4
No Result
View All Result
Gamer Santai
No Result
View All Result

Giveaway God of War Ragnarok – Selfie bersama Kratos & Atreus untuk menangi set barangan premium!

Razin Syafiq by Razin Syafiq
November 8, 2022 - Updated on November 15, 2022
in Action, Adventure, Artikel, Berita, Eksklusif, Giveaway, PS5
0 0
0
Giveaway God of War Ragnarok – Selfie bersama Kratos & Atreus untuk menangi set barangan premium!
Share on FacebookShare on Twitter

Selepas bertahun-tahun menunggu, God of War Ragnarok akhirnya akan tiba pada minggu ini! Namun, sebelum pelancaran game ini pada 9 November nanti, kami telah bekerjasama dengan Sony Interactive Entertainment Singapore untuk mengadakan giveaway eksklusif di mana anda berpeluang memenangi set barangan premium bertemakan God of War Ragnarok!

“Kratos dan Atreus mesti pergi ke setiap ‘Nine Realms’ untuk mencari jawapan semasa bersiap sedia untuk peperangan yang diramalkan akan menamatkan dunia.

Sepanjang perjalanan, mereka akan meneroka landskap mitos yang menakjubkan, mengumpulkan sekutu dari seluruh alam dan menghadapi musuh menakutkan yang datang dalam bentuk dewa dan raksasa Norse.

Apabila ancaman Ragnarok semakin hampir, Kratos dan Atreus mendapati diri mereka harus memilih antara keselamatan keluarga atau keselamatan alam…”

Sempena pelancaran game, SIES mengadakan pameran eksklusif di A Place Where@APW, Bangsar di mana pelbagai aktiviti, dan pertunjukan menarik menanti pengunjung!

Mural God of War Ragnarok

Pertama sekali anda boleh melihat mural besar GoW Ragnarok di lokasi acara serta banner gantung menghiasi di sisi. Masuk sahaja di kawasan acara, anda boleh pergi ke zon “Hands-on” untuk merasakan sendiri pengembaraan terbaru Kratos dan Atreus termasuk:

  • Melihat karya seni daripada artis-artis terkenal melalui siri Family Portrait (antaranya dilukis oleh mangaka Tokyo Ghoul) yang menunjukkan seni visual watak baru dan lama dalam gaya lukisan masing-masing serta pameran ilustrasi Father and Son: A Special Bond yang dihasilkan oleh lima artis hebat dari Asia. Lihat pengembaraan anak beranak ini di Korea Selatan, Hong Kong, Thailand, Filipina, dan Indonesia.

  • Kolaborasi unik antara game dan fesyen seperti T-shirt edisi terhad oleh jenama streetwear New Era & dua topi unik oleh #FR2 serta casing telefon pintar (bagi model terpilih) CASETiFY x God of War Ragnarok oleh sejumlah artis Asia Tenggara.

  • Pameran senjata replika Kratos, God of War Ragnarok Jotnar Edition & DualSense controller God of War Ragnarok Edition.

  • Sony turut menghasilkan wayang kulit khas Kratos dan Atreus yang diperbuat oleh Tintoy Chuo, pengasas Fusion Wayang Kulit dengan matlamat untuk hidupkan semula seni tradisional ini dengan menggabungkan dengan rujukan pop culture dan ikon sci-fi terkenal.

Akhir sekali, jangan lupa untuk berehat di kafe santai berdekatan jika letih! Nak tahu pengalaman kami di pameran ini, tekan SINI!

Bukan itu sahaja yang tersedia, SIES juga mengadakan pelbagai peraduan eksklusif untuk pengunjung sertai. Antaranya termasuk:

“God of War Ragnarok Themed Drink Giveaway”

  • Tarikh: 9 – 13 Nov 2022
  • Masa: 12 tengahari – 3 petang
  • Cara sertai: Jerit ala Kratos kepada promoter dan menebus satu cawan kopi panas percuma di kafe Breakfast Thieve melalui kupon.
    • Terhad kepada 40 cawan sehari (untuk minuman panas terpilih). Disediakan untuk sesiapa yang datang dahulu.

God of War Ragnarok Theme Stickers giveaway

  • Tarikh: 9 – 13 Nov 2022
  • Masa: 10 pagi – 10 malam
  • Cara sertai: Tunjukkan ID PSN dan dapatkan satu set pelekat.
    • Sementara stok masih ada.

God of War Ragnarok Merchandise giveaway (Kuiz)

  • Tarikh: 12 – 13 Nov 2022
  • Masa: 10 pagi – 10 malam
  • Sertai permainan kuiz untuk peluang menangi barangan terhad God of War Ragnarok.

God of War Ragnarok Game Hands-on Exclusive

  • Tarikh: 9 – 13 Nov 2022
  • Masa: 10 pagi – 10 malam

Anda boleh baca pengalaman penuh kami di pameran God of War Ragnarok di SINI!!

Kembali kepada topik artikel, kami juga mengadakan “God of War Ragnarok Giveaway” di mana pemenang-pemenang bertuah akan menerima set hadiah premium yang terdiri daripada “keychain, metal poster, lanyard, dan cawan edisi terhad.” Bukan itu sahaja, mereka yang betul-betul bertuah akan menerima sekali set pen edisi Mjolnir di samping set di atas.

Keychain

Metal Poster

Lanyard

Cawan edisi terhad

Pen edisi Mjolnir

Pemenang akan dipilih jika mengikuti segala langkah yang tersedia di bawah. Rebutlah peluang anda untuk dapatkan hadiah eksklusif ini!

Langkah 1: Korang kena “LIKE” Facebook Page Gamer Santai

Langkah 2: Sila ambil gambar/selfie bersama mural God of War Ragnarok di APW, Bangsar dan sertakan #GodofWarRagnarokMY #PlayStationAsia di ruang komen!

Gambar contoh kami bersama mural

Langkah 3: Kongsi artikel ini

  • Pastikan posting anda ditetapkan ke “Public”

Syarat kemasukan dan tarikh pengumuman pemenang

  • Giveaway akan berakhir 30 November 2022 jam 11:59 pm
    • Sila balas dalam masa 24 jam atau kami perlu memilih pemenang baharu.
  • Pemenang akan diumumkan pada 1 Disember 2022 jam 12:00 PM melalui halaman Facebook

Jadi, jangan lepaskan peluang anda untuk memenangi hadiah premium dalam giveaway God of War Ragnarok ini! Manalah tau anda pemenang bertuah kali ini. Jika anda suka kandungan Gamer Santai, jangan lupa singgah untuk baca ulasan & layari media sosial kami!

Tags: GiveawayGod of War Ragnarokps5
Previous Post

Sila datang! Sambutan pameran God of War Ragnarok penuh aktiviti & hadiah menarik!

Next Post

Unboxing God of War: Ragnarök Collector’s Edition – Siap Mjolnir Sebenar!

Razin Syafiq

Razin Syafiq

Dahulu, saya membesar seperti mana-mana kanak riang lain iaitu bersama komik, game, dan anime (Kreko, Utopia, Gempak, cd anime yang dijual kat kedai). Mula-mula, niat nak masuk bidang animasi sebab bersemangat, tapi terus tukar ke bidang game development sewaktu lanjut pelajaran. Entah bagaimana, saya kini berada dalam dunia journalism, dan memang jatuh cinta dengan industri ini. Banyak yang saya belajar, dan banyak yang saya ingin kongsi kepada awak semua di luar sana. Untuk hubungi saya, sila lawat mana-mana halaman media sosial yang diberi. Terima kasih kerana membaca penulisan, dan membenarkan saya berkembang maju. Sehingga kita berjumpa lagi!

Related Posts

animate KL Bakal Anjur Sonic the Hedgehog 35th Anniversary Fair & Gratte Cafe Bermula 6 Jun!
Jom Singgah!

animate KL Bakal Anjur Sonic the Hedgehog 35th Anniversary Fair & Gratte Cafe Bermula 6 Jun!

June 5, 2026
Reviu Farming Simulator 26 (Nintendo Switch) – Pertanian Santai “On-The-Go,” Tapi Grafik Pula Kurang Menjadi
Review

Reviu Farming Simulator 26 (Nintendo Switch) – Pertanian Santai “On-The-Go,” Tapi Grafik Pula Kurang Menjadi

Pokémon Center Singapore Bakal Dibuka Semula 1 Julai 2026 – Wajah Baru, Merchandise Baru!
Jom Singgah!

Pokémon Center Singapore Bakal Dibuka Semula 1 Julai 2026 – Wajah Baru, Merchandise Baru!

June 5, 2026
Next Post
Unboxing God of War: Ragnarök Collector’s Edition – Siap Mjolnir Sebenar!

Unboxing God of War: Ragnarök Collector's Edition - Siap Mjolnir Sebenar!

Discussion about this post

Discord Kami

Sertai Discord kami

Facebook Kami

YouTube Kami

Twitter/X Kami

Follow @GamerSantaiMY

Tweet to @GamerSantaiMY

Anime

TV Tokyo Rancang Beberapa Projek Game Naruto Sempena Ulang Tahun Ke-25, Paling Awal Keluar Tahun 2027!
Anime

TV Tokyo Rancang Beberapa Projek Game Naruto Sempena Ulang Tahun Ke-25, Paling Awal Keluar Tahun 2027!

June 2, 2026
Gintama the Movie: Yoshiwara in Flames Akan Datang Ke GSC, Bersama Fan Screening!
Anime

Gintama the Movie: Yoshiwara in Flames Akan Datang Ke GSC, Bersama Fan Screening!

June 1, 2026
Anime Tomb Raider King Akan Mula Tayangan 8 Julai Ini!
Anime

Anime Tomb Raider King Akan Mula Tayangan 8 Julai Ini!

May 29, 2026
Jam Tangan Ulang Tahun Ke-30 Initial D Dibuka untuk Pra-Tempah di Malaysia!
Anime

Jam Tangan Ulang Tahun Ke-30 Initial D Dibuka untuk Pra-Tempah di Malaysia!

May 28, 2026
  • Tentang Kami
  • Hubungi Kami
  • Privacy & Policy

© 2017 - 2025 Digital Braves Media Group Sdn Bhd

Welcome Back!

Login to your account below

Forgotten Password?

Retrieve your password

Please enter your username or email address to reset your password.

Log In
No Result
View All Result
  • Berita
  • Temuramah
  • Review
  • Sister Sites
    • Wanuxi
    • Gamer Braves
    • GamerWK
    • Gamer555
  • Borderlands 4

© 2017 - 2025 Digital Braves Media Group Sdn Bhd