Gamer Santai
  • Berita
  • Temuramah
  • Review
  • Sister Sites
    • Wanuxi
    • Gamer Braves
    • GamerWK
    • Gamer555
No Result
View All Result
  • Berita
  • Temuramah
  • Review
  • Sister Sites
    • Wanuxi
    • Gamer Braves
    • GamerWK
    • Gamer555
No Result
View All Result
Gamer Santai
No Result
View All Result

Tundra Esports muncul juara di The International 2022, Singapura!

safwan by safwan
October 30, 2022
in Acara, Artikel, Berita, Esports, Kejohanan esports, MOBA
0 0
0
Tundra Esports muncul juara di The International 2022, Singapura!
Share on FacebookShare on Twitter

The International 2022 telah berjalan sejak 8 Oktober 2022 dan memulakan kejohanan terbesar Dota 2 ini dengan perlawanan LCQ. Hari ini, 30 Oktober 2022 adalah hari terakhir The International 2022 berlangsung dan kita telah pun menyaksikan Grand Final di mana Tundra Esports dapat menundukkan Team Secret dengan mata 3 berbalas 0.

Tidak seperti perlawanan pada peringkat lain, Valve telah menggunakan format Best of 5 (Bo5) dalam Grand Final. Bermula dari perlawanan pertama, Tundra Esports nampak begitu selesa dengan memperoleh kill sebanyak 39 berbalas 14 daripada Team Secret, sekali gus mendapatkan 1 mata.

Manakala perlawanan kedua, jarak kill diantara kedua-dua pasukan tidak jauh seperti dalam perlawanan pertama dengan Tundra Esports memperoleh 25 dan Team Secret hanya 19 kill sahaja. Pada perlawanan ketiga pula, kita dapat lihat yang pemain Tundra Esports menggila sehingga dapat mengumpul kill sebanyak 41 dan Team Secret hanya 22 sahaja.

Dalam kejohanan ini, Tundra Esports telah mendominasi perlawanan di Upper Bracket dan hanya kalah satu perlawanan sahaja iaitu bersama Team Secret pada Upper Bracket Final semalam. Namun, kekalahan itu memberi impak yang besar kepada pasukan ini kerana mereka telah membuat “comeback” pada perlawanan seterusnya dan sekali gus menghantar Team Secret ke Lower Bracket Final menentang Team Liquid.

Dengan menandakan Tundra Esports memenangi siri The International 2022 kali ini, maka tamat sudah kejohanan terbesar Dota 2 untuk tahun ini. Tundra Esports telah berjaya menundukkan Team Secret dengan 3 berbalas 0 dalam format Bo5 sekali gus membawa pulang sejumlah wang sebanyak $8,489,501 (anggaran RM 40,091,668.47). Manakala Team Secret pula membawa pulang sebanyak $2,452,562 (anggaran RM11,582,224.04).

Tundra Esports terdiri daripada skiter, Nine, 33, Saksa dan Sneyking sebagai IGL atau kapten.

Kami mengucapkan tahniah kepada Tundra Esports kerana telah memenangi The International 2022. Apapun, semoga berjaya untuk mengekalkan gelaran juara dunia untuk kejohanan yang seterusnya.

Ikuti Gamer Santai untuk mendapatkan lebih banyak berita menarik mengenai game, anime, teknologi dan banyak lagi daripada kami.

Muat turun di sini
Dota 2
Developer: Valve
Release Date: 2013-07-09
Microsoft Windows
Dota 2 adalah permainan multiplayer online battle arena yang dikembangkan dan diterbitkan oleh Valve. Permainan ini adalah sekuel kepada Defence of the Ancients, yang merupakan mod buatan masyarakat untuk Warcraft III: Reign of Chaos dan expansion pack, The Frozen Throne, daripada Blizzard Entertainment.
Jangan lupa untuk ikuti kami di TikTok!
@gamersantaimy
Tags: team secretThe International 2022Tundra Esports
Previous Post

Henry Cavill Tidak Akan Kembali Sebagai Geralt of Rivia Dalam The Witcher 4, Digantikan Dengan Liam Hemsworth!

Next Post

Hampir Disaman IKEA, Pembangun Game Indie Terpaksa Mengubah Game Yang Dibangunkan!

safwan

safwan

Peminat game dari kecik, tapi ilmu tak cukup. Sekarang masih penuhkan ilmu game di dada dan cuba menulis tentang game kegemaran. Game yang selalu main adalah Valorant dan mana-mana game action adventure.

Related Posts

Upin & Ipin Universe Dedahkan Gameplay Baharu, Game Akan Keluar 2025!
Berita

Upin & Ipin Universe Dedahkan Gameplay Baharu, Game Akan Keluar 2025!

June 8, 2025
No Straight Roads 2 – Game Ikonik Buatan Malaysia Kembali Dengan Sekuel Pada 2026!
Berita

No Straight Roads 2 – Game Ikonik Buatan Malaysia Kembali Dengan Sekuel Pada 2026!

June 8, 2025
Previu Sonic Racing: CrossWorlds – Lumba Kart, Tapi Customization Luas!
Preview

Previu Sonic Racing: CrossWorlds – Lumba Kart, Tapi Customization Luas!

June 8, 2025
Next Post
Hampir Disaman IKEA, Pembangun Game Indie Terpaksa Mengubah Game Yang Dibangunkan!

Hampir Disaman IKEA, Pembangun Game Indie Terpaksa Mengubah Game Yang Dibangunkan!

Discussion about this post

Discord Kami

Sertai Discord kami

Facebook Kami

YouTube Kami

Twitter/X Kami

Follow @GamerSantaiMY

Tweet to @GamerSantaiMY

Anime

Game MOBA ‘Dragon Ball: Gekishin Squadra’ Umum Network Test & Platform Tambahan
Berita

Game MOBA ‘Dragon Ball: Gekishin Squadra’ Umum Network Test & Platform Tambahan

June 5, 2025
Ejen Ali The Movie 2 Catat Rekod Baharu Dengan Kutipan RM34.2 Juta, Hanya Dalam 11 Hari!
Animasi

Ejen Ali The Movie 2 Catat Rekod Baharu Dengan Kutipan RM34.2 Juta, Hanya Dalam 11 Hari!

June 4, 2025
Pra-Pendaftaran Dibuka untuk RPG Open-World ‘The Seven Deadly Sins: Origin’
Berita

Pra-Pendaftaran Dibuka untuk RPG Open-World ‘The Seven Deadly Sins: Origin’

June 3, 2025
Filem Live Action ‘Under 18’ Dijangka Tiba Pada 2026
Filem

Filem Live Action ‘Under 18’ Dijangka Tiba Pada 2026

June 2, 2025
  • Tentang Kami
  • Hubungi Kami
  • Privacy & Policy

© 2017 - 2025 Digital Braves Media Group Sdn Bhd

Welcome Back!

Login to your account below

Forgotten Password?

Retrieve your password

Please enter your username or email address to reset your password.

Log In
No Result
View All Result
  • Berita
  • Temuramah
  • Review
  • Sister Sites
    • Wanuxi
    • Gamer Braves
    • GamerWK
    • Gamer555

© 2017 - 2025 Digital Braves Media Group Sdn Bhd