Gamer Santai
  • Berita
  • Temuramah
  • Review
  • Sister Sites
    • Wanuxi
    • Gamer Braves
    • GamerWK
    • Gamer555
No Result
View All Result
  • Berita
  • Temuramah
  • Review
  • Sister Sites
    • Wanuxi
    • Gamer Braves
    • GamerWK
    • Gamer555
No Result
View All Result
Gamer Santai
No Result
View All Result

The Callisto Protocol Tidak Jadi Lancar Ke Jepun Kerana Terlalu Gore Dan Ganas!

Maira by Maira
October 28, 2022
in Artikel, Berita, Epic Store, Game, PC, PS4, PS5, Seram, Steam, Xbox One, Xbox Series X|S
0 0
0
The Callisto Protocol Tidak Jadi Lancar Ke Jepun Kerana Terlalu Gore Dan Ganas!
Share on FacebookShare on Twitter

The Callistol Protocol sejak ia diumumkan, memang sudah kata bahawa game tersebut akan mempunyai banyak adegan yang ganas berserta gore yang sememangnya bukan untuk semua orang mainkan. Ini jugalah yang menjadi sebab The Callisto Protocol tidak dilancarkan ke negara Jepun. Jom kami ceritakan lebih lanjut tentangnya.

Untuk pengetahuan anda, setiap negara mempunyai organisasi untuk menilai game sebelum ia dilancarkan. Nampaknya game The Callisto Protocol tidak memenuhi syarat yang diberikan oleh CERO Jepun dan terpaksa menghentikan penjualan game tersebut di negara itu. Tetapi yang baiknya, sesiapa yang telah pra-tempah game tersebut, Striking Distance Studios, pembangun game itu akan memulangkan semula wang kepada pembeli.

Pembangun ada menyatakan bahawa mereka tidak mahu mengedit game tersebut kerana pemain tidak akan merasai pengalaman penuh yang akan ditawarkan. Sebab itulah CERO tidak melepaskan game tersebut untuk keluaran di Jepun.

Jarang jugalah untuk dengar game kena banned lebih-lebih lagi kalau bercerita tentang tahap keganasan melampau. Tetapi selalunya game seperti ini akan diedit untuk dilepaskan ke Jepun. Antara game terkenal yang telah diedit ialah siri Dead Island, Call of Duty, Last of Us, Cyberpunk dan Grand Theft Auto.

Menurut Dr. Serkan Toto, dia menyatakan bahawa banyak sahaja game yang kena censor di Jepun. Malah ada juga dua versi game yang dilepaskan, satu yang dicensor dan satu lagi versi gory. Tambahnya lagi, versi gory selalunya yang banyak dijual berbanding yang lain.

Nasib baik kita tinggal di Malaysia, dapat juga untuk merasa game seram sci-fi terbaru ini. Kalau anda ingin tahu, game tersebut dijadualkan untuk lancar pada 2 Disember ini di PlayStation 4, PlayStation 5, Xbox One, Xbox Series X|S dan PC. Berikut adalah sinopsis untuk game tersebut:

Berlaku di Callisto “bulan mati” Musytari pada tahun 2320, The Callisto Protocol ialah kisah Jacob Lee, seorang banduan di Penjara Black Iron yang mesti berjuang untuk hidupnya apabila wabak misteri menyebabkan bulan menjadi huru-hara. Pengawal penjara dan banduan berubah menjadi makhluk dahsyat yang dipanggil Biophage. Jacob mesti berjuang untuk bertahan dari keseraman Black Iron dan membongkar rahsia gelap United Jupiter Company.

Untuk mendapatkan segala liputan mengenai The Callisto Protocol daripada kami, sila klik pautan ini.

Jangan lupa untuk ikuti kami di TikTok!
@gamersantaimy
Tags: CEROJepunThe Callisto Protocol
Previous Post

Apex Legends – Memperkenalkan Legend baru Catalyst, info lengkap abiliti & asal usul!

Next Post

The Witcher kini percuma di GOG, ini cara-cara untuk dapatkannya!

Maira

Maira

Terperangkap dalam game gacha (grind sampai habis bateri fon). Game rhythm dan JRPG memang berpisah tiada. Kadang-kadang melukis sambil layan stream VTuber.

Related Posts

Daripada Booster Hingga Kad Rare, Inilah Unboxing Magic: The Gathering – FINAL FANTASY Kami!
Unboxing

Daripada Booster Hingga Kad Rare, Inilah Unboxing Magic: The Gathering – FINAL FANTASY Kami!

June 2, 2025
Setiap Pengumuman Besar di Netflix TUDUM 2025!
Movie/siri

Setiap Pengumuman Besar di Netflix TUDUM 2025!

June 1, 2025
Stranger Things 5 Umum Tarikh Keluaran, Akan Tayang Hujung Tahun
Movie/siri

Stranger Things 5 Umum Tarikh Keluaran, Akan Tayang Hujung Tahun

June 1, 2025
Next Post
The Witcher kini percuma di GOG, ini cara-cara untuk dapatkannya!

The Witcher kini percuma di GOG, ini cara-cara untuk dapatkannya!

Discussion about this post

Discord Kami

Sertai Discord kami

Facebook Kami

YouTube Kami

Twitter/X Kami

Follow @GamerSantaiMY

Tweet to @GamerSantaiMY

Anime

Anime ‘Takopi’s Original Sin’ Bakal Ditayangkan 28 Jun 2025
Anime

Anime ‘Takopi’s Original Sin’ Bakal Ditayangkan 28 Jun 2025

May 26, 2025
Crunchyroll Anime Awards 2025: Solo Leveling Dominasi Sebagai Anime Of The Year
Anime

Crunchyroll Anime Awards 2025: Solo Leveling Dominasi Sebagai Anime Of The Year

May 26, 2025
Filem Animasi ‘KPop Demon Hunters’ Bakal Tayang di Netflix Mulai 20 Jun
Animasi

Filem Animasi ‘KPop Demon Hunters’ Bakal Tayang di Netflix Mulai 20 Jun

May 23, 2025
Reviu Ejen Ali The Movie 2 – Dari M.A.T.A ke Hati Penonton! (TANPA SPOILER)
Review

Reviu Ejen Ali The Movie 2 – Dari M.A.T.A ke Hati Penonton! (TANPA SPOILER)

  • Tentang Kami
  • Hubungi Kami
  • Privacy & Policy

© 2017 - 2025 Digital Braves Media Group Sdn Bhd

Welcome Back!

Login to your account below

Forgotten Password?

Retrieve your password

Please enter your username or email address to reset your password.

Log In
No Result
View All Result
  • Berita
  • Temuramah
  • Review
  • Sister Sites
    • Wanuxi
    • Gamer Braves
    • GamerWK
    • Gamer555

© 2017 - 2025 Digital Braves Media Group Sdn Bhd