Diumumkan pada hujung bulan September lalu, Deadpool 3 akan mula ditayangkan pada 8 November 2022 di seluruh dunia. Apa yang lebih teruja dengan berita tersebut, Hugh Jackman yang telah melakonkan watak ikonik, Wolverine akan kembali dalam filem ini.
Namun, timbul segala persoalan bagaimana dia membuat keputusan untuk kembali memegang watak tersebut dan yang lebih pentingnya lagi adalah watak mutant ini akan membuat debut pertama dalam francais MCU.

Menurut laporan daripada Variety, Ryan Reynold mengatakan yang dia telah berjumpa dengan president Marvel Studio Kevin Feige buat kali pertama adalah 3 tahun lalu di mana Disney telah memperoleh Fox. Dengan usaha Disney untuk memperoleh Fox, ini membuka ruang kepada filem Deadpool untuk masuk ke dalam dunia MCU.
Semasa dalam perbualan tersebut, Ryan mengatakan yang “Subjek itu datang dalam mesyuarat tentang sama ada kami boleh mencari cara untuk melakukan gandingan Deadpool-Wolverine. Ia tidak mungkin ketika itu. Untuk perkara ini berlaku sekarang adalah sangat mengujakan.”

Filem Deadpool 3 merupakan penampilan Hugh sebagai Wolverine buat kali ke-10. Meraka berdua telah bertemu buat kali pertama adalah dalam filem X-Men Origins: Wolverine pada tahun 2009 di mana Ryan melakonkan watak Wade Wilson/Deadpool yang berbeza.
Dalam sidang akhbar Logan pada tahun 2016, Hugh pernah mengatakan yang dia akan bersara daripada melakonkan watak Wolverine. Tetapi sebelum penggambaran Logan dimulakan, dia telah melihat tayangan Deadpool pada tahun itu dan itu membuatkan saya ingin kembali. Malangnya Logan merupakan sebuah filem terakhir bagi Wolverine pada masa itu.

Saya pergi ke tayangan ‘Deadpool.’ Saya berada dalam 20 minit dan saya seperti, ‘Ah, tak guna! Apa yang saya terus lihat dalam kepala saya ialah ’48 Hrs.’ dengan Nick Nolte dan Eddie Murphy. Jadi ia telah dibuat untuk masa yang lama. Saya mengambil masa yang lebih lama untuk sampai ke sini.
Menurut Hugh Jackman
Ryan sebenarnya telah merayu kepadanya setiap hari tentang filem Wolverine-Deadpool, kata Hugh. Sehingga bulan Ogos barulah dia akhirnya bersetuju untuk memainkan watak Wolverine sekali lagi.

Buat masa sekarang, tidak banyak perkara yang telah didedahkan mengenai filem Deadpool 3 ini. Begitu juga bagaimana watak mutant ikonik ini akan kembali hidup selepas mati dalam Logan pada tahun 2017. Mari kita sama-sama nantikan maklumat yang lebih terperinci akan datang. Apapun, harapnya semuanya berjalan dengan lancar.
Apa pendapat korang tentang Hugh Jackman akan kembali sebagai Wolverine dalam filem Deadpool 3? Kongsikan pendapat anda di ruangan komen. Ikuti Gamer Santai untuk mendapatkan lebih banyak berita menarik mengenai filem, siri, anime dan banyak lagi daripada kami.
@gamersantaimy
Discussion about this post