Gamer Santai
  • Berita
  • Temuramah
  • Review
  • Sister Sites
    • Wanuxi
    • Gamer Braves
    • GamerWK
    • Gamer555
  • Borderlands 4
No Result
View All Result
  • Berita
  • Temuramah
  • Review
  • Sister Sites
    • Wanuxi
    • Gamer Braves
    • GamerWK
    • Gamer555
  • Borderlands 4
No Result
View All Result
Gamer Santai
No Result
View All Result

Persona 5 Royal Review (PC) — Port Mantap Yang Berjaya Mencuri Hati Pemain!

Maira by Maira
October 27, 2022
in Artikel, Berita, Game, Game Review, PC, Review, Steam
0 0
0
Persona 5 Royal Review (PC) — Port Mantap Yang Berjaya Mencuri Hati Pemain!
Share on FacebookShare on Twitter

Rasanya ramai sudah tahu bahawa Persona 5 Royal (P5R) telah tiba ke pelbagai platform selepas ia eksklusif di konsol PS4. Game ini juga sudah lama, jadi kami anggap ramai sudah tahu bagaimana penceritaan protagonis kita dalam game ini. Dalam review kali ini, kami akan banyak bercerita tentang ciri-ciri yang terdapat pada PC yang tiada di konsol. Jadi tanpa membuang masa, jom kita tengok prestasi Persona 5 Royal di PC!

Hadir dengan ciri tambahan

Berbanding konsol PS5 yang mampu menyokong sehingga 60 FPS sahaja, P5R di PC mampu mencecah sehingga 120 FP! Kami juga telah bermainnya menggunakan monitor yang menyokong 144Hz refresh rate. Tetapi untuk sebuah game turn-based seperti P5R ia seperti tidak perlukan jumlah FPS yang tinggi. Walaupun begitu, ia masih memberikan visual yang sangat lancar dan lebih responsif, yang sesuai sangat untuk game ini. Dari menyelinap masuk ke Palace, memandu di Mementos ataupun memukul bola di battling cages, segalanya sangat lancar.

P5R di PC juga mempunyai tetapan lain yang menyokong resolusi serendah 640 x 480 dengan rendering scale yang boleh diubah daripada 50% ke 200%. Selain itu, terdapat tetapan untuk kualiti shadow, kecerahan skrin, anti-aliasing dan juga depth of field. Jadi kalau anda yang mempunyai PC kentang, anda masih berpeluang untuk bermain game ini menggunakan tetapan terendah.

Jika dibandingkan dengan game PC yang lebih baru, P5R tidak mempunyai AI upscaling seperti AMD FSR. Kalau adanya tetapan itu, sesiapa yang mempunyai PC spesifikasi rendah boleh mendapatkan manfaat daripadanya untuk memainkan game ini dengan 120 FPS dengan AMD FSR, walaupun ia dianggap tidak perlu.

Satu lagi perkara yang kami perasaan ialah tiada perbezaan sangat pada grafik antara tetapan rendah dengan tinggi. Semua texture, shadow, efek dan lain-lain nampak sama sahaja. Jadi kalau nak main dengan kualiti terbaik dengan 60 FPS, rasanya tidak menjadi masalah untuk PC yang mempunyai spesifikasi rendah. Malah ia juga lebih baik berbanding prestasi di PS4 yang hanya mampu mencapai resolusi 1080p dengan 30 FPS. Anda boleh lihat perbezaan grafiknya di bawah.

Lebih menarik sekali, untuk versi PC, anda boleh mengubah volume untuk setiap suara, video, bunyi efek dan muzik di master volume. Ini kelebihan yang tidak ada pada versi konsol.

Kalau nak bercerita tentang saiz game, sudah tentu versi PC lebih besar dengan bersaiz 39GB manakala di PS5 hanya 31GB. Untuk segala kandungan DLC yang anda dapat memang berbaloi juga.

Prestasi mantap dengan masalah yang minimum

Oh ya, kami telah bermain game ini dengan spesifikasi PC seperti berikut:

  • CPU: Ryzen 5 3600
  • RAM: 16GB RAM
  • GPU: RTX 2070

Disebabkan kami bermain Person 5 Royal dengan PC yang agak hebat, jadi tiada masalah pada FPS mahupun stuttering. Sepanjang game, FPS kekal pada 120 FPS walaupun berada di kawasan yang ramai orang.

Tetapi kami kesan beberapa bug dalam game. Contohnya semasa memasuki bilik tertentu, kadang-kadang kami akan sangkut dan skrin terus menjadi gelap. Jadi terpaksa juga kami reset game dan masuk semula ke dalam game. Tahu-tahu ia sudah elok. Tetapi kalau anda jenis yang jarang save, agak sakit juga untuk ulangi segala benda. Selain daripada bug tersebut, ada sedikit glitch pada visualnya seperti model watak boleh menembusi objek tertentu.

Kawalan — Keyboard/Mouse & DualSense

Berita baiknya, P5R menyokong penggunaan DualSense tapi tidak memanfaatkan fungsinya. Jadi kalau anda berharap untuk merasai fungsi adaptive trigger atau haptic feedback, memang anda tidak akan menjumpainya. Yang ada hanyalah fungsi getaran biasa apabila menerima damage daripada musuh. Walaupun begitu, sekurang-kurangnya game ini memberikan prompt butang PS apabila bermain dengan DualSense. Jadi tidaklah tiba-tiba game menunjukkan butang controller Xbox apabila bermain dengan controller ini.

Untuk seseorang yang biasa bermain game Persona dengan controller, butangnya agak serabut apabila bermain dengan mouse dan keyboard. Malah ia mengambil banyak masa juga untuk menghafalnya. Jadi untuk mendapatkan pengalaman bermain yang lebih mudah, baik gunakan sahaja mana-mana controller yang anda ada.

Kesimpulan

Jadi persoalan sekarang, berbaloi ke main Persona 5 Royal di PC? Ya, sangat-sangat berbaloi. Lagi-lagi untuk mereka yang belum pernah bermain P5R, lagi bagus anda bermain versi PC kerana anda boleh mendapatkan pengalaman bermain yang lebih hebat berbanding di PS5 dan PS4.

Satu lagi game persona lain akan menyusul ke PC selepas ini iaitu Persona 3 Portable, yang merupakan game yang sudah lama terperangkap di PSP. Kita nantikan pula pelancaran game itu Januari 2023 nanti.

Dapatkan sekarang!
Persona 5 Royal
Publisher: Sega
Release Date: 2022-10-21
Microsoft Windows, Nintendo Switch, PlayStation 4, PlayStation 5, Steam, Xbox One, Xbox Series X|S
Pakai topeng dan sertai Phantom Thieves of Hearts semasa mereka melakukan rompakan besar-besaran, menyusup ke dalam minda orang yang corrupt, dan membuat mereka mengubah cara mereka!
Tags: P5RPersona 5 Royalreview
Previous Post

Unboxing PS5 cover & DuelSense “Grey Camouflage” – corak garang untuk tambah ke koleksi!

Next Post

[Review] Valkyrie Elysium – Pertempuran yang menyeronokkan bersama Einherjar!

Maira

Maira

Terperangkap dalam game gacha (grind sampai habis bateri fon). Game rhythm dan JRPG memang berpisah tiada. Kadang-kadang melukis sambil layan stream VTuber.

Related Posts

Teenage Mutant Ninja Turtles: The Last Ronin – PlatinumGames Ambil Alih Produksi
Berita

Teenage Mutant Ninja Turtles: The Last Ronin – PlatinumGames Ambil Alih Produksi

June 6, 2026
Star Wars Zero Company – Akan Keluar Ogos 2026, Gabungkan Gameplay XCOM Dengan Saga Clone Wars
Berita

Star Wars Zero Company – Akan Keluar Ogos 2026, Gabungkan Gameplay XCOM Dengan Saga Clone Wars

June 6, 2026
Mafia: The Old Country – DLC ‘Man of Honor’ Dedahkan Kepulangan Don Salieri
DLC

Mafia: The Old Country – DLC ‘Man of Honor’ Dedahkan Kepulangan Don Salieri

June 6, 2026
Next Post
[Review] Valkyrie Elysium – Pertempuran yang menyeronokkan bersama Einherjar!

[Review] Valkyrie Elysium - Pertempuran yang menyeronokkan bersama Einherjar!

Discussion about this post

Discord Kami

Sertai Discord kami

Facebook Kami

YouTube Kami

Twitter/X Kami

Follow @GamerSantaiMY

Tweet to @GamerSantaiMY

Anime

TV Tokyo Rancang Beberapa Projek Game Naruto Sempena Ulang Tahun Ke-25, Paling Awal Keluar Tahun 2027!
Anime

TV Tokyo Rancang Beberapa Projek Game Naruto Sempena Ulang Tahun Ke-25, Paling Awal Keluar Tahun 2027!

June 2, 2026
Gintama the Movie: Yoshiwara in Flames Akan Datang Ke GSC, Bersama Fan Screening!
Anime

Gintama the Movie: Yoshiwara in Flames Akan Datang Ke GSC, Bersama Fan Screening!

June 1, 2026
Anime Tomb Raider King Akan Mula Tayangan 8 Julai Ini!
Anime

Anime Tomb Raider King Akan Mula Tayangan 8 Julai Ini!

May 29, 2026
Jam Tangan Ulang Tahun Ke-30 Initial D Dibuka untuk Pra-Tempah di Malaysia!
Anime

Jam Tangan Ulang Tahun Ke-30 Initial D Dibuka untuk Pra-Tempah di Malaysia!

May 28, 2026
  • Tentang Kami
  • Hubungi Kami
  • Privacy & Policy

© 2017 - 2025 Digital Braves Media Group Sdn Bhd

Welcome Back!

Login to your account below

Forgotten Password?

Retrieve your password

Please enter your username or email address to reset your password.

Log In
No Result
View All Result
  • Berita
  • Temuramah
  • Review
  • Sister Sites
    • Wanuxi
    • Gamer Braves
    • GamerWK
    • Gamer555
  • Borderlands 4

© 2017 - 2025 Digital Braves Media Group Sdn Bhd