Valve bakal mengumumkan specs untuk headset VR-nya, Valve Index, tidak lama lagi dan kami percaya bahawa ia akan membawa sekali beberapa game VR- antaranya mungkin ialah game Half-Life.
Valve menyasarkan 1 Mei untuk pengumuman penuh dan pre-order untuk Valve Index. Pelan ini mungkin berubah kerana keluaran Borderlands 3 gameplay reveal juga akan keluar minggu ini tetapi pengumumun pasti akan berlaku dalam masa terdekat. Umum mengetahui bahawa Valve sedang berusahakan 3 game VR, seperti yang dijelaskan oleh Gabe Newell ialah full-sized game dan bukan projek demo.
Pada November tahun lepas, sumber mengatakan bahawa salah satu daripada tiga game VR Valve ialah prekuel Half-Life. Pada masa yang sama, sumber mengesahkan bawah imej Valve Index yang bocor sememangnya benar, dan sekarang memang sudah menjadi fakta. Imej daripada November 2018 kelihatan seperti hardware sebenar yang baru didedahkan awal bulan ini.
SPECULATION : Gabe keeps saying there are 3 VR games, but the Valve Master List only has two unknown AppIDs. Either Gabe is lying, or one of the VR games has two distinct modes like Portal 2. pic.twitter.com/89iY7G0Wcs
— Tyler McVicker (@ValveNewsNetwor) March 31, 2019
Peringatan semula tentang apa yang saya tahu:
- Valve akan mengumumkan spec untuk Valve Index tidak lama lagi, kemungkinan pada hari Rabu.
- Valve rancang untuk mulakan pre-order pada masa sama pengumuman.
- Valve rancang untuk mengeluarkan headset tersebut pada Jun.
- Valve sedang membangunkan tiga game VR besar dalam tempoh beberapa tahun ini.
Dan ini spekulasi kami:
- Valve akan mengumumkan salah satu atau lebih game VR mereka serta spesifikasi Index.
- Satu atau lebih game akan di-bundle bersama Index.
- Salah satu daripada game mungkin ialah game Half-Life, tetapi bukan Half-Life 3.
Saya akan teruskan memantau Valve Index Steam page pada hari esok untuk lihat jika ada apa-apa perubahan, jadi korang semua stay tuned ya!
Sumber –PCGamer
@gamersantaimy
Discussion about this post