Gamer Santai
  • Berita
  • Temuramah
  • Review
  • Sister Sites
    • Wanuxi
    • Gamer Braves
    • GamerWK
    • Gamer555
  • Borderlands 4
No Result
View All Result
  • Berita
  • Temuramah
  • Review
  • Sister Sites
    • Wanuxi
    • Gamer Braves
    • GamerWK
    • Gamer555
  • Borderlands 4
No Result
View All Result
Gamer Santai
No Result
View All Result

Zotac GeForce RTX 4090 kini tersedia di Malaysia, harga bermula pada RM 8399!

safwan by safwan
October 14, 2022
in Artikel, Berita, GPU, Teknologi, Tempatan
0 0
0
Zotac GeForce RTX 4090 kini tersedia di Malaysia, harga bermula pada RM 8399!
Share on FacebookShare on Twitter

Diumumkan pada bulan September lalu, kini NVIDIA GeForce RTX 4090 telah selamat mendarat di Malaysia. Dengan memberikan prestasi yang berkuasa lebih tinggi daripada generasi sebelum ini, sudah pasti ramai yang menantikan graphic card ini masuk ke Malaysia.

Melalui pelancaran Zotac Gaming GeForce RTX 4090 Series Launch Gathering, mereka bawakan dua varian iaitu Zotac GeForce RTX 4090 AMP Extreme Airo pada harga RM 8779 dan GeForce 4090 Trinity pada harga RM 8399. Dengan membeli batch pertama, anda akan diberikan hadiah percuma iaitu “Duo ARGB GPU Support Stand”. Manakala EVGA XR1 Lite Capture Card akan diberikan jika anda membeli GeForce RTX 4090 AMP Extreme Airo.

Dengan menggunakan cip baharu Ada Lovelace, ia dapat menawarkan prestasi yang cukup tinggi untuk bermain game kegemaran anda pada resolusi 4K atau 1440p dengan menggunakan monitor yang menyokong refresh rate tinggi.

Selain itu, RTX 40 series ini juga akan menampilkan 2 NVIDIA Encoder (NVENC) generasi ke-8. Bukan sahaja boleh decode AV1 tetapi ia juga boleh encode. Bagi memenuhi ciri-ciri tersebut, NVIDIA telah bekerjasama dengan OBS Studio untuk membawa AV1 encoding dan secara tidak langsung membolehkan ShadowPlay merakam dengan resolusi lebih tinggi sehingga 8K pada 60FPS.

Untuk menyokong sepenuhnya kebolehan graphic card baharu ini, Zotac memberikan diskaun sehingga RM 2,000 kepada sesiapa yang membeli Zotac GeForce RTX 4090 AMP Extreme Airo atau GeForce 4090 Trinity. Diskaun tersebut hanya boleh diguna pakai untuk 2 monitor Samsung iaitu 32″ Odyssey Neo G8 pada harga RM 5499 dan 49″ Odyssey G9 NEO pada harga RM 5999. Promosi ini berlangsung sehingga 31 Oktober 2022.

Jadi, kepada sesiapa yang berminat untuk mendapatkan salah satu atau kedua-dua RTX 4090 di Malaysia, anda boleh lihat senarai kedai pengedar Zotac di sini. Ikuti Gamer Santai untuk mendapatkan lebih banyak berita menarik mengenai teknologi, game, anime dan banyak lagi daripada kami.

Tags: MalaysiaNVIDIA GeForce RTX 4090ZOTAC
Previous Post

Acara Esports Tidak Akan Tampil Dalam Sukan Komanwel 2026!

Next Post

Marvel’s Spider-Man: Miles Morales akan keluar di PC pada 18 November, info lengkap!

safwan

safwan

Peminat game dari kecik, tapi ilmu tak cukup. Sekarang masih penuhkan ilmu game di dada dan cuba menulis tentang game kegemaran. Game yang selalu main adalah Valorant dan mana-mana game action adventure.

Related Posts

MSI Prestige N16 Flip AI+ Bawa Kuasa AI 1 Petaflop Melalui Cip RTX Spark!
Teknologi

MSI Prestige N16 Flip AI+ Bawa Kuasa AI 1 Petaflop Melalui Cip RTX Spark!

June 3, 2026
Claw 8 EX AI+ & Titan 18 HX Dragon Edition Memimpin Barisan Produk Terbaru MSI Di COMPUTEX 2026!
Teknologi

Claw 8 EX AI+ & Titan 18 HX Dragon Edition Memimpin Barisan Produk Terbaru MSI Di COMPUTEX 2026!

June 3, 2026
Apple Umum Pemenang Apple Design Awards 2026 – Senarai Penuh Game & Aplikasi!
Anugerah

Apple Umum Pemenang Apple Design Awards 2026 – Senarai Penuh Game & Aplikasi!

June 3, 2026
Next Post
Marvel’s Spider-Man: Miles Morales akan keluar di PC pada 18 November, info lengkap!

Marvel's Spider-Man: Miles Morales akan keluar di PC pada 18 November, info lengkap!

Discussion about this post

Discord Kami

Sertai Discord kami

Facebook Kami

YouTube Kami

Twitter/X Kami

Follow @GamerSantaiMY

Tweet to @GamerSantaiMY

Anime

TV Tokyo Rancang Beberapa Projek Game Naruto Sempena Ulang Tahun Ke-25, Paling Awal Keluar Tahun 2027!
Anime

TV Tokyo Rancang Beberapa Projek Game Naruto Sempena Ulang Tahun Ke-25, Paling Awal Keluar Tahun 2027!

June 2, 2026
Gintama the Movie: Yoshiwara in Flames Akan Datang Ke GSC, Bersama Fan Screening!
Anime

Gintama the Movie: Yoshiwara in Flames Akan Datang Ke GSC, Bersama Fan Screening!

June 1, 2026
Anime Tomb Raider King Akan Mula Tayangan 8 Julai Ini!
Anime

Anime Tomb Raider King Akan Mula Tayangan 8 Julai Ini!

May 29, 2026
Jam Tangan Ulang Tahun Ke-30 Initial D Dibuka untuk Pra-Tempah di Malaysia!
Anime

Jam Tangan Ulang Tahun Ke-30 Initial D Dibuka untuk Pra-Tempah di Malaysia!

May 28, 2026
  • Tentang Kami
  • Hubungi Kami
  • Privacy & Policy

© 2017 - 2025 Digital Braves Media Group Sdn Bhd

Welcome Back!

Login to your account below

Forgotten Password?

Retrieve your password

Please enter your username or email address to reset your password.

Log In
No Result
View All Result
  • Berita
  • Temuramah
  • Review
  • Sister Sites
    • Wanuxi
    • Gamer Braves
    • GamerWK
    • Gamer555
  • Borderlands 4

© 2017 - 2025 Digital Braves Media Group Sdn Bhd