Filem yang dinantikan ramai peminat DC iaitu Black Adam akan mula ditayangkan pada 20 Oktober 2022 di Malaysia. Memandangkan filem ini bakal tiba tidak lama lagi, Fortnite akan membawa kolaborasi terbaru yang menyaksikan Dwayne ‘The Rock’ Johnson sebagai Black Adam.
Skin kolaborasi ini akan tersedia di dalam “Item Shop” bermula 21 Oktober 2022. Bersama-sama dengan skin Black Adam, mereka juga menyediakan senjata melee berbentuk “mace”, bag pack dan emote yang membuatkan antihero itu duduk di atas takhta batu yang pecah.
Ramai pemain Fortnite mengatakan yang emote tersebut bukan direka khas untuk Black Adam kerana ia menampilkan siluet Dwayne ‘The Rock’ Johnson dan bukannya Black Adam. Ini menunjukkan yang ia mungkin boleh digunakan pada semua skin yang ada dalam Fortnite.

Untuk pengetahuan korang, ini bukan kali pertama Dwayne ‘The Rock’ Johnson membuat penampilan dalam Fortnite. Pada Chapter 3 Season 1, terdapat satu skin yang dipanggil The Foundation dan ia telah disuarakan oleh Dwayne ‘The Rock’ Johnson.
Kepada sesiapa yang ingin melihat Black Adam dalam Fortnite awal, korang boleh pergi ke Twitch rasmi Fortnite pada 13 Oktober 2022. Perkara ini telah diumumkan oleh pelakon Black Adam itu sendiri melalui Twitter rasminya. Berserta dengan pengumuman tersebut, dia juga memberikan sedikit video teaser yang menampilkan Black Adam.

Saya ingin mengingatkan anda bahawa kolaborasi antara Fortnite dan Black Adam akan tiba pada 21 Oktober 2022 jam 8 pagi waktu Malaysia. Apa pendapat korang tentang kolaborasi terbaru daripada Fortnite? Kongsikan pendapat korang di ruangan komen.
Ikuti Gamer Santai untuk mendapatkan lebih banyak berita menarik mengenai game, anime, teknologi dan banyak lagi daripada kami.
@gamersantaimy
Discussion about this post