Gamer Santai
  • Berita
  • Temuramah
  • Review
  • Sister Sites
    • Wanuxi
    • Gamer Braves
    • GamerWK
    • Gamer555
No Result
View All Result
  • Berita
  • Temuramah
  • Review
  • Sister Sites
    • Wanuxi
    • Gamer Braves
    • GamerWK
    • Gamer555
No Result
View All Result
Gamer Santai
No Result
View All Result

Tiada lagi berkias, adegan LGBT kini ditunjuk terang-terang dalam anime Gundam terbaru

safwan by safwan
October 11, 2022
in Animasi, Anime, Artikel, Berita, Gunpla
0 0
0
Tiada lagi berkias, adegan LGBT kini ditunjuk terang-terang dalam anime Gundam terbaru
Share on FacebookShare on Twitter

Sejak dari era permulaan Gundam dalam Universe Century yang menampilkan Char dan Amuro, Sunrise sebenarnya telah menunjukkan adegan yang mengetengahkan konsep LGBT ini. Cuma apa yang ditunjukkan selama ini berkias dan tidak secara terus terang.

Namun, dengan mulanya tayangan Mobile Suit Gundam: The Witch From Mercury, kita boleh lihat yang mereka telah mula menunjukkan belang di mana Suletta Mercury mengalahkan Guel dalam satu pertarungan demi penghormatan Miorine Rembran dan secara tidak langsung menjadikan dia juara dalam pertarungan tersebut.

Sumber: GundamInfo

Selepas pertarungan selesai, Miorine mendedahkan yang jika sesiapa yang mengalahkan Guel, dia akan menjadi pengantin lelaki barunya. Nampaknya Suletta tidak mempunyai banyak pilihan dan terpaksa menerima hakikat walaupun telah membalas yang dia adalah seorang perempuan. Tambah pula terikat dengan peraturan sekolah, mereka tidak boleh berbuat apa-apa melainkan terdapat orang lain mengalahkan Suletta.

Kebanyakan peminat sudah pasti memberikan reaksi yang positif selepas menonton episod pertama pada minggu lepas. Ada sesetengah peminat terus membuat perbandingan berani diantara Mobile Suit Gundam: The Witch From Mercury dan Revolutionary Girl Utena.

Sumber: GundamInfo

Hal ini kerana, ia mempunyai perasaan yang sama semasa menonton siri Gundam ini. Lagi-lagi penulis novel Revolutionary Girl Utena ialah orang yang sama menulis skrip Mobile Suit Gundam: The Witch From Mercury iaitu Ichirō Ōkouchi, sudah pasti kebanyakan adegan adalah lebih kurang sama. Berikut adalah perbandingan antara kedua-duanya yang dibuat oleh peminat:

https://twitter.com/DaSupremeXtream/status/1577311499957293059?s=20&t=dWo7HVyQjUhelNDBdysSig

Memang tidak boleh dinafikan yang adegan itu memang romantik dan elemen “gay” yang selama ini berkias kini ditayangkan dengan sangat jelas. Fakta ini sudah pasti dapat menggembirakan sesetengah peminat yang telah lama menunggu adegan seperti ini ditayangkan secara terang tanpa berkias dalam siri Gundam. Namun, ada juga yang tidak menyokongkan elemen “gay” ini diketengahkan.

Apapun yang berlaku dalam siri Mobile Suit Gundam: The Witch From Mercury, harapnya tidak memberi impak besar kepada jalan cerita. Terang-terang saya mengatakan yang artikel ini ditulis bukan untuk menyokong LGBT tetapi untuk memberi kesedaran kepada orang ramai yang kebanyakan media sekarang tidak kira sama ada filem ataupun anime, telah mula untuk mengetengahkan elemen tersebut.

Sumber: GundamInfo

Mobile Suit Gundam: The Witch From Mercury telah mula ditayangkan sejak 2 Oktober lalu dan boleh mula di tonton secara percuma di YouTube rasmi GundamInfo. Episod akan ditambah pada setiap hari Ahad.

Apa pula pendapat korang tentang Mobile Suit Gundam: The Witch From Mercury yang mengetengahkan isu LGBT ini? Kongsikan pendapat korang di ruangan komen. Ikuti Gamer Santai untuk mendapatkan lebih banyak berita menarik mengenai game, anime, teknologi dan banyak lagi daripada kami.

Jangan lupa untuk ikuti kami di TikTok!
@gamersantaimy
Tags: Mobile Suit Gundam: The Witch From Mercury
Previous Post

My Hero Academia: Deku Lepaskan Kuasa Penuh One For All! Detroit Smash Kini Lebih Berkuasa! [SPOILER]

Next Post

Jom lawan kereta api berhantu! Choo-Choo Charles bakal menghantui Disember ini!

safwan

safwan

Peminat game dari kecik, tapi ilmu tak cukup. Sekarang masih penuhkan ilmu game di dada dan cuba menulis tentang game kegemaran. Game yang selalu main adalah Valorant dan mana-mana game action adventure.

Related Posts

Setiap Pengumuman Besar di Netflix TUDUM 2025!
Movie/siri

Setiap Pengumuman Besar di Netflix TUDUM 2025!

June 1, 2025
Stranger Things 5 Umum Tarikh Keluaran, Akan Tayang Hujung Tahun
Movie/siri

Stranger Things 5 Umum Tarikh Keluaran, Akan Tayang Hujung Tahun

June 1, 2025
Debut Live Action Tony Tony Chopper Dalam ONE PIECE Season 2, Akan Datang 2026!
Movie/siri

Debut Live Action Tony Tony Chopper Dalam ONE PIECE Season 2, Akan Datang 2026!

June 1, 2025
Next Post
Jom lawan kereta api berhantu! Choo-Choo Charles bakal menghantui Disember ini!

Jom lawan kereta api berhantu! Choo-Choo Charles bakal menghantui Disember ini!

Discussion about this post

Discord Kami

Sertai Discord kami

Facebook Kami

YouTube Kami

Twitter/X Kami

Follow @GamerSantaiMY

Tweet to @GamerSantaiMY

Anime

Anime ‘Takopi’s Original Sin’ Bakal Ditayangkan 28 Jun 2025
Anime

Anime ‘Takopi’s Original Sin’ Bakal Ditayangkan 28 Jun 2025

May 26, 2025
Crunchyroll Anime Awards 2025: Solo Leveling Dominasi Sebagai Anime Of The Year
Anime

Crunchyroll Anime Awards 2025: Solo Leveling Dominasi Sebagai Anime Of The Year

May 26, 2025
Filem Animasi ‘KPop Demon Hunters’ Bakal Tayang di Netflix Mulai 20 Jun
Animasi

Filem Animasi ‘KPop Demon Hunters’ Bakal Tayang di Netflix Mulai 20 Jun

May 23, 2025
Reviu Ejen Ali The Movie 2 – Dari M.A.T.A ke Hati Penonton! (TANPA SPOILER)
Review

Reviu Ejen Ali The Movie 2 – Dari M.A.T.A ke Hati Penonton! (TANPA SPOILER)

  • Tentang Kami
  • Hubungi Kami
  • Privacy & Policy

© 2017 - 2025 Digital Braves Media Group Sdn Bhd

Welcome Back!

Login to your account below

Forgotten Password?

Retrieve your password

Please enter your username or email address to reset your password.

Log In
No Result
View All Result
  • Berita
  • Temuramah
  • Review
  • Sister Sites
    • Wanuxi
    • Gamer Braves
    • GamerWK
    • Gamer555

© 2017 - 2025 Digital Braves Media Group Sdn Bhd