Gamer Santai
  • Berita
  • Temuramah
  • Review
  • Sister Sites
    • Wanuxi
    • Gamer Braves
    • GamerWK
    • Gamer555
No Result
View All Result
  • Berita
  • Temuramah
  • Review
  • Sister Sites
    • Wanuxi
    • Gamer Braves
    • GamerWK
    • Gamer555
No Result
View All Result
Gamer Santai
No Result
View All Result

Plan Untuk Masa Hadapan & Respawn Kini Akan Lebih Mendengar Permintaan Peminat!

Apa yang pemain inginkan?

Wakambing by Wakambing
April 26, 2019 - Updated on April 27, 2019
in Artikel, Berita, PC, PS4, Xbox One
0 0
0
Plan Untuk Masa Hadapan & Respawn Kini Akan Lebih Mendengar Permintaan Peminat!
Share on FacebookShare on Twitter

Developer Apex Legends, Respawn Entertainment sedang mengalami beberapa isu dan masalah dalaman dengan game battle royale mereka yang popular itu. Dalam satu blog post terbaru, syarikat itu mengatakan bahawa ia berancang untuk memperbaiki beberapa isu dan dalam masa yang sama akan lebih meningkatkan komunikasi dengan peminat.

https://twitter.com/JayFrechette/status/1113549155392090112

Pengurus komuniti untuk Respawn, Jay Frechette berkata:

“Perkembangan yang pesat adalah satu perkara yang menarik untuk dicapai, dan kami sangat gembira dengan sambutan yang kami terima sejak ia [Apex Legends] dilancarkan. Walau bagaimanapun, perkembangan itu datang dengan beberapa cabaran yang jelas, dan kami telah menghadapi beberapa masalah di sepanjang jalan termasuklah kemaskini yang tidak teratur, kandungan yang berkurangan serta harapan yang pemain inginkan pada masa hadapan untuk terus menyokong game ini.”

Pengarah eksekutif, Drew McCoy berkata:

“Kestabilan dalam Apex Legends adalah amat penting bagi kami, dan kami sedang melakukan banyak kerja dalaman untuk meningkatkan usaha dan proses kami secara keseluruhan. Walaupun terdapat kemajuan yang baik ke arah permainan yang lebih sihat, komuniti kita juga semakin membesar, dan isu yang dibangkitkan pemain perlu ditangani.”

Ini adalah kemaskini dalam blog Apex Legends:

  • Prestasi server yang lambat pada permulaan awal permainan

“Setakat ini, kami tahu bahawa ia memberi kesan kepada beberapa datacenter lebih daripada yang lain, di mana ia berlaku pada kebanyakan server yang berbeza, dan tidak kelihatan untuk kena pada beberapa server yang menggunakan mesin yang sama. Dalam erti kata lain, bukannya masalah mesin yang overloaded dan kesemuanya berjalan begitu lambat, tetapi – ia bermasalah apabila mesin yang sama melakukan lebih kerja daripada yang lain, dan mereka sedang berusaha untuk membaiki masalah ini dan fahamkan punca asalnya. Ini adalah keutamaan yang sangat penting bagi kami untuk menyelesaikannya, dan kami akan memastikan pemain dapat kemaskini yang terkini untuk sebarang perkembangan.”

  • Masalah Audio

Nice sound, Apex pic.twitter.com/7eOnUZnJOl

— ✨Lets FЯAQ✨ (@thatregularchap) April 4, 2019

Kini sedang menguji beberapa penambahbaikan yang berpotensi dan diharapkan dapat menangani banyak isu prestasi yang telah dilaporkan pemain.

  • Cheaters

Kami telah melakukan banyak kerja di sebalik tabir. Ini adalah sesuatu yang kami akan sentiasa simpan sebagai rahsia untuk mengelakkan intipan pergerakan kami untuk cheaters dalam game, tetapi kami akan berkongsi lebih banyak mengenai progres yang dibuat minggu depan.

  • Pelancaran Musim

Pemulaan setiap musim akan diberikan Battle Pass yang besar, Legend baru dan sesuatu yang baru untuk meta dan banyak lagi.

  • Tingkatkan Komunikasi

Kami perlu menyediakan lebih banyak kandungan untuk masa depan dan apa yang kami sedang kerjakan. Itu tidak bermakna kami akan mula memberitahu semua yang tentang apa yang pemain ingin tahu, tapi pemain boleh menjangkakan lebih banyak transparency dalam kemaskini.

Di EA PLAY pada bulan Jun ini, kami akan memberikan butiran terperinci tentang apa yang korang boleh jangkakan untuk Musim kedua. Kami telah melihat dan membaca semua maklum balas pada Musim pertama dan berharap dapat menunjukkan peningkatan yang kami akan buat. Untuk Musim kedua, pemain boleh mengharapkan Battle Pass dengan kandungan yang lebih bermakna, pengenalan kepada Legend baru, kemunculan senjata baru … dan korang mesti tidak mengharapkan Kings Canyon untuk kekal sama selama-lamanya, kan?

  • Penangguhan Titfanfall demi Apex Legends

Akhir sekali, seperti games lain yang sedang dibangunkan di Respawn, adalah penting untuk memahami bahawa terdapat pasukan developer yang berasingan di Apex Legends dan Star Wars Jedi: Order Fallen. Tambahan lagi, untuk menyokong sepenuhnya Apex Legends, kami akan tangguhkan rancangan untuk permainan Titanfall masa depan dan tiada sumber dari pasukan Apex Legends akan dipindahkan ke tajuk lain dalam pembangunan studio di sini dan kami juga tidak akan menggunakan sumber dari pasukan yang sedang bekerja Star Wars Jedi: Fallen Order. Kami tahu kami mempunyai banyak kerja untuk masa hadapan, dan kami sentiasa bersedia untuk menghadapi cabaran kerana kami tidak sabar-sabar untuk membina Apex Legends yang lebih berpotensi bersama pemain.

Sumber: Respawn Blog

Jangan lupa untuk ikuti kami di TikTok!
@gamersantaimy
Tags: Apex Legendsdengarlagmasalahpeminatrespawn
Previous Post

Layers of Fear 2 telah dipastikan akan dilancarkan bulan hadapan!

Next Post

Game ‘Death Stranding’ akan menyebabkan pemain menangis!

Wakambing

Wakambing

Previously known as Hamster Goreng. Don't give up on your dreams, keep sleeping! #Mmmbbbekkkk

Related Posts

Upin & Ipin Universe Dedahkan Gameplay Baharu, Game Akan Keluar 2025!
Berita

Upin & Ipin Universe Dedahkan Gameplay Baharu, Game Akan Keluar 2025!

June 8, 2025
No Straight Roads 2 – Game Ikonik Buatan Malaysia Kembali Dengan Sekuel Pada 2026!
Berita

No Straight Roads 2 – Game Ikonik Buatan Malaysia Kembali Dengan Sekuel Pada 2026!

June 8, 2025
Previu Sonic Racing: CrossWorlds – Lumba Kart, Tapi Customization Luas!
Preview

Previu Sonic Racing: CrossWorlds – Lumba Kart, Tapi Customization Luas!

June 8, 2025
Next Post
Game ‘Death Stranding’ akan menyebabkan pemain menangis!

Game 'Death Stranding' akan menyebabkan pemain menangis!

Discussion about this post

Discord Kami

Sertai Discord kami

Facebook Kami

YouTube Kami

Twitter/X Kami

Follow @GamerSantaiMY

Tweet to @GamerSantaiMY

Anime

Game MOBA ‘Dragon Ball: Gekishin Squadra’ Umum Network Test & Platform Tambahan
Berita

Game MOBA ‘Dragon Ball: Gekishin Squadra’ Umum Network Test & Platform Tambahan

June 5, 2025
Ejen Ali The Movie 2 Catat Rekod Baharu Dengan Kutipan RM34.2 Juta, Hanya Dalam 11 Hari!
Animasi

Ejen Ali The Movie 2 Catat Rekod Baharu Dengan Kutipan RM34.2 Juta, Hanya Dalam 11 Hari!

June 4, 2025
Pra-Pendaftaran Dibuka untuk RPG Open-World ‘The Seven Deadly Sins: Origin’
Berita

Pra-Pendaftaran Dibuka untuk RPG Open-World ‘The Seven Deadly Sins: Origin’

June 3, 2025
Filem Live Action ‘Under 18’ Dijangka Tiba Pada 2026
Filem

Filem Live Action ‘Under 18’ Dijangka Tiba Pada 2026

June 2, 2025
  • Tentang Kami
  • Hubungi Kami
  • Privacy & Policy

© 2017 - 2025 Digital Braves Media Group Sdn Bhd

Welcome Back!

Login to your account below

Forgotten Password?

Retrieve your password

Please enter your username or email address to reset your password.

Log In
No Result
View All Result
  • Berita
  • Temuramah
  • Review
  • Sister Sites
    • Wanuxi
    • Gamer Braves
    • GamerWK
    • Gamer555

© 2017 - 2025 Digital Braves Media Group Sdn Bhd