Gamer Santai
  • Berita
  • Temuramah
  • Review
  • Sister Sites
    • Wanuxi
    • Gamer Braves
    • GamerWK
    • Gamer555
  • Borderlands 4
No Result
View All Result
  • Berita
  • Temuramah
  • Review
  • Sister Sites
    • Wanuxi
    • Gamer Braves
    • GamerWK
    • Gamer555
  • Borderlands 4
No Result
View All Result
Gamer Santai
No Result
View All Result

Nintendo Sudah Umumkan Tarikh Keluaran untuk Super Mario Maker 2 di Nintendo Switch!

It's me, marrrrioooo!

Wakambing by Wakambing
April 25, 2019
in Artikel, Berita, Nintendo Switch
0 0
0
Nintendo Sudah Umumkan Tarikh Keluaran untuk Super Mario Maker 2 di Nintendo Switch!
Share on FacebookShare on Twitter

Salah satu tajuk paling popular di Wii U adalah Mario Maker yang dikeluarkan buat pertama kali pada tahun 2015. Game ini membenarkan pemain untuk membuat stage/level mereka sendiri. Korang boleh membuat gaya Super Mario Bros yang asal, Super Mario Bros 3, Super Mario World, ataupun Super Mario Bros. U. Ramai pemain yang strim game ini mula mendapat sambutan hangat dan seterusnya berjaya menarik perhatian umum di Twitch mahupun di Youtube. Malah sehingga sekarang, masih ada level baru yang kerap dimuatnaik.

Let’s-a go! Let your imagination run wild as you make and play the Super Mario courses of your dreams when #SuperMarioMaker2 launches for #NintendoSwitch on 6/28! https://t.co/TnK9rQwRJi pic.twitter.com/eSJfb7JSPj

— Nintendo of America (@NintendoAmerica) April 24, 2019

Hari ini, Nintendo mengesahkan yang Super Mario Maker 2 yang telah lama dinanti-nantikan akan keluar pada 28 Jun tahun ini untuk Nintendo Switch! Walaupun Nintendo hanya menunjukkan satu trailer untuk game tersebut, banyak ciri-ciri terbaru telah disahkan. Terdapat tema baru untuk dibuat dalam: Super Mario 3D World. Ciri baru yang lain adalah kebolehan untuk menambahkan air pada stage mendatar. Akan terdapat juga musuh baharu (contohnya Bully dalam Super Mario 64 dan Angry Sun dari Super Mario Bros. 3), platform baharu dan banyak lagi.

Kebolehan untuk mencipta level yang mencabar dan berkongsi dunia kita secara online untuk pemain lain bermain adalah konsep yang hebat. Sekuel terbaru ini akan membenarkan pemain buat apa yang tidak boleh dilakukan seperti game-game sebelumnya. Dengan tarikh keluaran ini sudah diumumkan, pemain hanya perlu menunggu sehingga bulan Jun ini untuk merasai sendiri pengalaman membuat level yang korang inginkan!

Sumber: Nintendo

Tags: makerMarionintendosuperswitch
Previous Post

Game mirip Monster Hunter, Dauntless dapat Content Update dan Hunt Pass baru!

Next Post

Huawei Mate 20 X – GPU Turbo 2.0 telah membuktikan peningkatan pengalaman dalam Gaming!

Wakambing

Wakambing

Previously known as Hamster Goreng. Don't give up on your dreams, keep sleeping! #Mmmbbbekkkk

Related Posts

Teenage Mutant Ninja Turtles: The Last Ronin – PlatinumGames Ambil Alih Produksi
Berita

Teenage Mutant Ninja Turtles: The Last Ronin – PlatinumGames Ambil Alih Produksi

June 6, 2026
Star Wars Zero Company – Akan Keluar Ogos 2026, Gabungkan Gameplay XCOM Dengan Saga Clone Wars
Berita

Star Wars Zero Company – Akan Keluar Ogos 2026, Gabungkan Gameplay XCOM Dengan Saga Clone Wars

June 6, 2026
Mafia: The Old Country – DLC ‘Man of Honor’ Dedahkan Kepulangan Don Salieri
DLC

Mafia: The Old Country – DLC ‘Man of Honor’ Dedahkan Kepulangan Don Salieri

June 6, 2026
Next Post
Huawei Mate 20 X – GPU Turbo 2.0 telah membuktikan peningkatan pengalaman dalam Gaming!

Huawei Mate 20 X - GPU Turbo 2.0 telah membuktikan peningkatan pengalaman dalam Gaming!

Discussion about this post

Discord Kami

Sertai Discord kami

Facebook Kami

YouTube Kami

Twitter/X Kami

Follow @GamerSantaiMY

Tweet to @GamerSantaiMY

Anime

TV Tokyo Rancang Beberapa Projek Game Naruto Sempena Ulang Tahun Ke-25, Paling Awal Keluar Tahun 2027!
Anime

TV Tokyo Rancang Beberapa Projek Game Naruto Sempena Ulang Tahun Ke-25, Paling Awal Keluar Tahun 2027!

June 2, 2026
Gintama the Movie: Yoshiwara in Flames Akan Datang Ke GSC, Bersama Fan Screening!
Anime

Gintama the Movie: Yoshiwara in Flames Akan Datang Ke GSC, Bersama Fan Screening!

June 1, 2026
Anime Tomb Raider King Akan Mula Tayangan 8 Julai Ini!
Anime

Anime Tomb Raider King Akan Mula Tayangan 8 Julai Ini!

May 29, 2026
Jam Tangan Ulang Tahun Ke-30 Initial D Dibuka untuk Pra-Tempah di Malaysia!
Anime

Jam Tangan Ulang Tahun Ke-30 Initial D Dibuka untuk Pra-Tempah di Malaysia!

May 28, 2026
  • Tentang Kami
  • Hubungi Kami
  • Privacy & Policy

© 2017 - 2025 Digital Braves Media Group Sdn Bhd

Welcome Back!

Login to your account below

Forgotten Password?

Retrieve your password

Please enter your username or email address to reset your password.

Log In
No Result
View All Result
  • Berita
  • Temuramah
  • Review
  • Sister Sites
    • Wanuxi
    • Gamer Braves
    • GamerWK
    • Gamer555
  • Borderlands 4

© 2017 - 2025 Digital Braves Media Group Sdn Bhd