Baru-baru ini, NVIDIA telah mengumumkan Turing-based GPU GeForce GTX 1660 Ti dan 1650 khusus untuk laptop gaming. Selain daripada memberi peningkatan yang besar daripada segi prestasi keseluruhan dan penjimatan kuasa untuk game yang popular, GPU terbaru GeForce ini dikeluarkan untuk lebih daripada 80 model!
GPU terbaru GeForce ini menggunakan teknologi terbaru yang menjaminkan 4x prestasi gaming berbanding GeForce GTX 960M yang dikeluarkan 4 tahun lepas. Korang boleh bermain game popular seperti Fortnite, PUBG, dan Apex Legends pada 100 frame per second di 1080p menggunakan GPU GeForce baru ini!
Model GeForce GTX 1660 Ti dan 1650 boleh didapati di pelbagai jenama terkenal seperti Acer, ASUS, MSI, dan Samsung. Untuk masa yang terhad, mereka yang membeli GeForce 16-series graphic card , desktop, atau laptop boleh memenangi Fornite bundle yang mengandungi 2,000 V-Bucks dan Fortnite Counterattack Set!
Untuk lebih banyak maklumat tentang GPU terbaru ini, korang boleh jenguk laman web rasmi GeForce GTX 1650 atau Geforce GTX 1660 Ti. Korang juga boleh melawat laman web utama untuk info lebih tentang produk terbaru mereka.
@gamersantaimy
Discussion about this post