Gamer Santai
  • Berita
  • Temuramah
  • Review
  • Sister Sites
    • Wanuxi
    • Gamer Braves
    • GamerWK
    • Gamer555
No Result
View All Result
  • Berita
  • Temuramah
  • Review
  • Sister Sites
    • Wanuxi
    • Gamer Braves
    • GamerWK
    • Gamer555
No Result
View All Result
Gamer Santai
No Result
View All Result

Anime Sukan Blue Lock Akan Ditayangkan Pada 8 Oktober 2022! – Bola Sepak Battle Royale

Razin Syafiq by Razin Syafiq
September 26, 2022
in Animasi, Anime, Artikel, Berita, Manga
0 0
0
Anime Sukan Blue Lock Akan Ditayangkan Pada 8 Oktober 2022! – Bola Sepak Battle Royale
Share on FacebookShare on Twitter

Seperti yang telah diumumkan tahun lepas, akhirnya tarikh rasmi untuk anime Blue Lock telah pun dikeluarkan iaitu 8 Oktober 2022.

Menurut siaran akhbar laman web itu, Blue Lock akan mempunyai dua bahagian, disiarkan secara berturut-turut, dengan jumlah 24 episod. Laman web itu juga menunjukkan treler baharu di saluran YouTube-nya yang menunjukkan coretan lagu penamat “WINNER” yang dinyanyikan oleh Shugo Nakamura. Lagu pembukaan pula, “Chaos ga Kiwamaru” akan dinyanyikan oleh Unison Square Garden.

Dihasilkan oleh Eight Bit dan diarahkan oleh Tetsuaki Watanabe yang juga pernah mengarah anime Haikyuu!! dan filem Pokemon the Movie: The Power of Us, anime ini akan disuarakan oleh pelakon suara yang berbakat seperti Kazuki Ura, yang akan memainkan watak Yoichi Isagi dan Hiroshi Kamiya sebagai Coach Ego.

Ura dan Kamiya merupakan pelakon suara sesuai untuk watak baru mereka dalam Blue Lock, kerana Ura pernah memainkan watak Kyosuke Aiba dalam Futsal Boys!!!!! dan Kamiya sebagai Levi dalam Attack on Titan.

Ditulis oleh Muneyuki Kaneshiro dan diilustrasikan oleh Yusuke Nomura, siri ini mula bersiri dalam Majalah Weekly Shōnen pada Ogos 2018. Kemudian dilesenkan oleh Kodansha USA untuk keluaran manga digital dalam bahasa Inggeris. Sehingga Ogos, manga ini mempunyai lebih daripada 10 juta salinan yang telah diedarkan.

Pada Anugerah Manga Kodansha ke-45, Blue Lock berjaya memenangi Manga Shonen Terbaik. Blue Lock juga menerima pencalonan untuk Anugerah Harvey 2022, bersama dengan Chainsaw Man dan Spy x Family, yang animenya akan turut ditayangkan pada musim Luruh ini.

Blue Lock tidak seperti siri anime sukan yang lain, macam Haikyuu!! lebih fokus kepada kerja berpasukan dan bekerjasama mengejar impian yang sama. Tetapi Blue Lock lebih menekankan cara berfikir “setiap orang untuk diri sendiri”. Berikut adalah sinopsis untuk Blue Lock:

Cerita ini bermula apabila Jepun dikecualikan dari Piala Dunia FIFA 2018, lalu mendorong Persatuan Bola Sepak Jepun untuk memulakan program bagi menilai pemain sekolah menengah untuk Piala 2022.

Isagi Youichi adalah seorang penyerang, dan dijemput ke program ini selepas pasukannya gagal mara ke pusingan seterusnya. Ini berlaku kerana dia memberi bola kepada rakan sepasukannya yang kurang mahir dan tidak berusaha untuk menjaringkan gol kemenangan sendiri. Malangnya, rakan sepasukan tersebut tersasar dan mereka kalah.

Selepas berbincang mengenai keadaan bola sepak Jepun pada masa ini, Persatuan Bola Sepak Jepun mengupah seorang jurulatih eksentrik bernama Ego Jinpachi untuk mencapai impian memenangi Piala Dunia.

Sekarang, Ego Jinpachi harus menjadi jurulatih mereka, dan merancang untuk “menghancurkan bola sepak tradisional Jepun” dengan melancarkan latihan inovatif baru yang melibatkan 300 penyerang muda di sebuah fasiliti bernama “Blue Lock”.

Di situ, dia akan memberi latihan intensif untuk mewujudkan “penyerang egois terhebat di dunia.”

Untuk segala liputan kami tentang anime, sila tekan pautan ini.

Jangan lupa untuk ikuti kami di TikTok!
@gamersantaimy
Tags: animeBlue Lockbola sepak
Previous Post

My Hero Academia: Deku Mengamuk! Pertarungan Hebat Antara Deku Dan AFO Bermula! [SPOILER]

Next Post

The Witcher season 3 bakal tiba di Netflix pada musim panas 2023!

Razin Syafiq

Razin Syafiq

Dahulu, saya membesar seperti mana-mana kanak riang lain iaitu bersama komik, game, dan anime (Kreko, Utopia, Gempak, cd anime yang dijual kat kedai). Mula-mula, niat nak masuk bidang animasi sebab bersemangat, tapi terus tukar ke bidang game development sewaktu lanjut pelajaran. Entah bagaimana, saya kini berada dalam dunia journalism, dan memang jatuh cinta dengan industri ini. Banyak yang saya belajar, dan banyak yang saya ingin kongsi kepada awak semua di luar sana. Untuk hubungi saya, sila lawat mana-mana halaman media sosial yang diberi. Terima kasih kerana membaca penulisan, dan membenarkan saya berkembang maju. Sehingga kita berjumpa lagi!

Related Posts

Upin & Ipin Universe Dedahkan Gameplay Baharu, Game Akan Keluar 2025!
Berita

Upin & Ipin Universe Dedahkan Gameplay Baharu, Game Akan Keluar 2025!

June 8, 2025
No Straight Roads 2 – Game Ikonik Buatan Malaysia Kembali Dengan Sekuel Pada 2026!
Berita

No Straight Roads 2 – Game Ikonik Buatan Malaysia Kembali Dengan Sekuel Pada 2026!

June 8, 2025
Previu Sonic Racing: CrossWorlds – Lumba Kart, Tapi Customization Luas!
Preview

Previu Sonic Racing: CrossWorlds – Lumba Kart, Tapi Customization Luas!

June 8, 2025
Next Post
The Witcher season 3 bakal tiba di Netflix pada musim panas 2023!

The Witcher season 3 bakal tiba di Netflix pada musim panas 2023!

Discussion about this post

Discord Kami

Sertai Discord kami

Facebook Kami

YouTube Kami

Twitter/X Kami

Follow @GamerSantaiMY

Tweet to @GamerSantaiMY

Anime

Game MOBA ‘Dragon Ball: Gekishin Squadra’ Umum Network Test & Platform Tambahan
Berita

Game MOBA ‘Dragon Ball: Gekishin Squadra’ Umum Network Test & Platform Tambahan

June 5, 2025
Ejen Ali The Movie 2 Catat Rekod Baharu Dengan Kutipan RM34.2 Juta, Hanya Dalam 11 Hari!
Animasi

Ejen Ali The Movie 2 Catat Rekod Baharu Dengan Kutipan RM34.2 Juta, Hanya Dalam 11 Hari!

June 4, 2025
Pra-Pendaftaran Dibuka untuk RPG Open-World ‘The Seven Deadly Sins: Origin’
Berita

Pra-Pendaftaran Dibuka untuk RPG Open-World ‘The Seven Deadly Sins: Origin’

June 3, 2025
Filem Live Action ‘Under 18’ Dijangka Tiba Pada 2026
Filem

Filem Live Action ‘Under 18’ Dijangka Tiba Pada 2026

June 2, 2025
  • Tentang Kami
  • Hubungi Kami
  • Privacy & Policy

© 2017 - 2025 Digital Braves Media Group Sdn Bhd

Welcome Back!

Login to your account below

Forgotten Password?

Retrieve your password

Please enter your username or email address to reset your password.

Log In
No Result
View All Result
  • Berita
  • Temuramah
  • Review
  • Sister Sites
    • Wanuxi
    • Gamer Braves
    • GamerWK
    • Gamer555

© 2017 - 2025 Digital Braves Media Group Sdn Bhd