Gamer Santai
  • Berita
  • Temuramah
  • Review
  • Sister Sites
    • Wanuxi
    • Gamer Braves
    • GamerWK
    • Gamer555
  • Borderlands 4
No Result
View All Result
  • Berita
  • Temuramah
  • Review
  • Sister Sites
    • Wanuxi
    • Gamer Braves
    • GamerWK
    • Gamer555
  • Borderlands 4
No Result
View All Result
Gamer Santai
No Result
View All Result

Walaupun gaya PowerPoint, anime “Way of the Househusband” dapat Season 2

Razin Syafiq by Razin Syafiq
September 26, 2022
in Animasi, Anime, Artikel, Berita, Manga
0 0
0
Walaupun gaya PowerPoint, anime “Way of the Househusband” dapat Season 2
Share on FacebookShare on Twitter

Anime The Way of the Househusband nampaknya akan mendapat Season 2 yang bakal keluar pada tahun 2023 di Netflix walaupun Season 1 berat dikritik kerana menampilkan animasi gaya PowerPoint/Slide.

Di akaun Twitter rasmi Netflix Anime, mereka mengesahkan bahawa musim kedua anime itu dijadualkan untuk memasuki platform pada bulan Januari 2023. Malangnya, tarikh tayangan tepat masih belum diumumkan.

Tatsu is back! The Way of the Househusband Season 2 hits Netflix January 2023!#TUDUM#TUDUMjapan#TheWayOfTheHouseHusband@tsuda_ken pic.twitter.com/ZgZy3OPNzS

— Netflix Anime (@NetflixAnime) September 25, 2022

Trailer tidak termasuk untuk pengumuman kali ini, tetapi Netflix turut beberapa screenshot khas daripada anime The Way of the Househusband Season 2 yang korang dapat lihat di bawah.

Berdasarkan manga dengan nama yang sama oleh Kousuke Oono, The Way of the Househusband mengisahkan tentang Tatsu, yang dahulu digeruni sebagai bos yakuza dengan nama panggilan “Immortal Dragon.” Tatsu kemudian bersara daripada kehidupan jenayahnya untuk menyokong isterinya yang berkerjaya, Miku, dengan menggunakan kemahiran kerja rumah dan menyelesaikan pelbagai tugas domestik.

Berkenaan kontroversi, semasa mula-mula ditayangkan, sesetengah peminat tidak setuju dengan gaya animasi The Way of the Househusband yang tidak bergerak dan menyamakan anime itu dengan persembahan PowerPoint. Berikutan itu, ramai yang memberi review 1 bintang dan memanggil animasi itu “kedekut” dan “pemalas”

Selepas alasan sebenar dijelaskan tentang “pemilihan gaya animasi ini” (merupakan pilihan oleh pencipta dan produser anime yang inginkan anime menyerupai manga), The Way of the Househusband Season 1 kemudian diterima baik oleh khalayak ramai di mana ramai memuji jalan ceritanya yang lucu dan santai.

Bagi sesiapa yang berminat, korang boleh menonton The Way of the Househusband Season 1 sekarang di Netflix manakala Season 2 dijangka akan ditayangkan pada Januari 2023.

Tags: animenetflixWay of the Househusband
Previous Post

Anime Moonrise Akan Hadir ke Netflix Pada 2024, Watak Direka Oleh Pelukis Fullmetal Alchemist!

Next Post

Alice in Borderland season 2 bakal tiba pada bulan Disember 2022 di Netflix!

Razin Syafiq

Razin Syafiq

Dahulu, saya membesar seperti mana-mana kanak riang lain iaitu bersama komik, game, dan anime (Kreko, Utopia, Gempak, cd anime yang dijual kat kedai). Mula-mula, niat nak masuk bidang animasi sebab bersemangat, tapi terus tukar ke bidang game development sewaktu lanjut pelajaran. Entah bagaimana, saya kini berada dalam dunia journalism, dan memang jatuh cinta dengan industri ini. Banyak yang saya belajar, dan banyak yang saya ingin kongsi kepada awak semua di luar sana. Untuk hubungi saya, sila lawat mana-mana halaman media sosial yang diberi. Terima kasih kerana membaca penulisan, dan membenarkan saya berkembang maju. Sehingga kita berjumpa lagi!

Related Posts

Teenage Mutant Ninja Turtles: The Last Ronin – PlatinumGames Ambil Alih Produksi
Berita

Teenage Mutant Ninja Turtles: The Last Ronin – PlatinumGames Ambil Alih Produksi

June 6, 2026
Star Wars Zero Company – Akan Keluar Ogos 2026, Gabungkan Gameplay XCOM Dengan Saga Clone Wars
Berita

Star Wars Zero Company – Akan Keluar Ogos 2026, Gabungkan Gameplay XCOM Dengan Saga Clone Wars

June 6, 2026
Mafia: The Old Country – DLC ‘Man of Honor’ Dedahkan Kepulangan Don Salieri
DLC

Mafia: The Old Country – DLC ‘Man of Honor’ Dedahkan Kepulangan Don Salieri

June 6, 2026
Next Post
Alice in Borderland season 2 bakal tiba pada bulan Disember 2022 di Netflix!

Alice in Borderland season 2 bakal tiba pada bulan Disember 2022 di Netflix!

Discussion about this post

Discord Kami

Sertai Discord kami

Facebook Kami

YouTube Kami

Twitter/X Kami

Follow @GamerSantaiMY

Tweet to @GamerSantaiMY

Anime

TV Tokyo Rancang Beberapa Projek Game Naruto Sempena Ulang Tahun Ke-25, Paling Awal Keluar Tahun 2027!
Anime

TV Tokyo Rancang Beberapa Projek Game Naruto Sempena Ulang Tahun Ke-25, Paling Awal Keluar Tahun 2027!

June 2, 2026
Gintama the Movie: Yoshiwara in Flames Akan Datang Ke GSC, Bersama Fan Screening!
Anime

Gintama the Movie: Yoshiwara in Flames Akan Datang Ke GSC, Bersama Fan Screening!

June 1, 2026
Anime Tomb Raider King Akan Mula Tayangan 8 Julai Ini!
Anime

Anime Tomb Raider King Akan Mula Tayangan 8 Julai Ini!

May 29, 2026
Jam Tangan Ulang Tahun Ke-30 Initial D Dibuka untuk Pra-Tempah di Malaysia!
Anime

Jam Tangan Ulang Tahun Ke-30 Initial D Dibuka untuk Pra-Tempah di Malaysia!

May 28, 2026
  • Tentang Kami
  • Hubungi Kami
  • Privacy & Policy

© 2017 - 2025 Digital Braves Media Group Sdn Bhd

Welcome Back!

Login to your account below

Forgotten Password?

Retrieve your password

Please enter your username or email address to reset your password.

Log In
No Result
View All Result
  • Berita
  • Temuramah
  • Review
  • Sister Sites
    • Wanuxi
    • Gamer Braves
    • GamerWK
    • Gamer555
  • Borderlands 4

© 2017 - 2025 Digital Braves Media Group Sdn Bhd