Gamer Santai
  • Berita
  • Temuramah
  • Review
  • Sister Sites
    • Wanuxi
    • Gamer Braves
    • GamerWK
    • Gamer555
No Result
View All Result
  • Berita
  • Temuramah
  • Review
  • Sister Sites
    • Wanuxi
    • Gamer Braves
    • GamerWK
    • Gamer555
No Result
View All Result
Gamer Santai
No Result
View All Result

vivo V25 Pro rasmi dilancarkan di Malaysia, kini tersedia pada harga RM2499!

Razin Syafiq by Razin Syafiq
September 20, 2022
in Aksesori, Artikel, Audio, Berita, Smartphone, Teknologi
0 0
0
vivo V25 Pro rasmi dilancarkan di Malaysia, kini tersedia pada harga RM2499!
0
SHARES
186
VIEWS
Share on FacebookShare on Twitter

vivo memperkenalkan tambahan ahli yang dinanti-nantikan pada siri V25 yang bergaya – vivo V25 Pro. Dengan ciri fotografi yang unggul, telefon pintar ini direka untuk pengguna yang mengekspresikan diri mereka melalui gambar dan video. vivo V25 Pro membolehkan pengguna memulakan perjalanan ekspresi diri dengan kamera yang menakjubkan, dikuasakan oleh perkakas berprestasi tinggi, cekap tenaga, semuanya di dalam rekaan badan yang indah.

Kamera ultra-sensing OIS 64MP peringkat-perdana di bahagian belakang V25 Pro meminimumkan tangkapan kabur dan menyokong masa pendedahan yang lebih panjang, menghasilkan imej dan video yang lebih jelas dan terang walaupun dalam suasana pencahayaan yang malap.

Dengan reka bentuk yang menarik perhatian, Kaca Fluorite AG Berubah Warna yang menutupi panel belakang menukar ronanya apabila terdedah kepada cahaya UV, mencerminkan personaliti pengguna yang dinamik.

Di bawah penampilannya yang cantik tersembunyi pemproses berkuasa dengan nisbah kecekapan tenaga yang tinggi dan kapasiti yang hebat. Ditambah dengan teknologi penyejukan terbaharu dan keupayaan pengecasan pantas, ia menawarkan pengalaman mudah alih yang tahan lama dan lancar dalam pelbagai keadaan.

Terangi potret pada waktu malam dengan teknologi pengimejan intuitif

Dilengkapi dengan kamera belakang ultra-sensing OIS 64MP yang menawarkan keupayaan OIS dan EIS yang dipertingkatkan serta kamera sudut lebar 8MP, vivo V25 Pro memberikan pengalaman pengimejan yang sangat baik dan membolehkan pengguna menangkap gambar yang berkualiti tinggi dan sangat lebar dengan mudah.

vivo V25 Pro menetapkan standard baharu dalam fotografi malam dengan ciri Mod Super Malam yang dinaik taraf, yang memulihkan warna dan kecerahan imej yang sangat tepu pada waktu malam dengan tepat.

Ditambah dengan ciri Pemandangan Malam Ekstrem Masa Nyata baharu, pengguna boleh melaraskan tahap pendedahan secara manual apabila mereka melihat imej, meningkatkan lagi kecerahan, kawalan hingar dan butiran foto dalam masa nyata walaupun dalam persekitaran cahaya malap.

Ini memberi kebebasan kepada pengguna untuk beraksi dengan ciri potret kamera belakang pada waktu malam.

Pengalaman penggambaran video yang mudah dan menyeronokkan dengan bergaya

vivo V25 Pro mencipta lebih banyak kemungkinan untuk pengguna menangkap dan merakam detik-detik yang riang dan menyeronokkan dengan mudah bersama keluarga, rakan atau haiwan peliharaan pada waktu malam.

Ciri Video Malam Super sangat baik dalam mencerahkan dan megnurangkan hingar dalam persekitaran malap, membolehkan pengguna merakam video yang lebih terang dan jelas pada waktu malam.

Kamera hadapan V25 Pro mempunyai mod video Potret Asli, yang meningkatkan tekstur dan kejelasan kulit secara menyeluruh. Tambahan pula, ciri Penstabilan Imej Hibrid (OIS+EIS) menjadikan rakaman video lebih jelas dan stabil.

vivo V25 Pro juga dilengkapi dengan ciri Filem Vlog baharu yang meningkatkan pengalaman penggambaran dengan templat video dan tutorial untuk membimbing pengguna tentang cara merakam dalam suasana yang berbeza, seperti malam, makanan, bandar dan banyak lagi, serta ciri Potret Pelbagai Gaya yang dinaik taraf dalam kamera hadapan yang menyediakan penapis yang menyeronokkan, meningkatkan pengalaman rakaman video.

Ciri Potret Pelbagai Gaya juga membolehkan pengguna melancarkan kreativiti mereka dengan kesan Gerakan Kabur, gaya baharu yang secara inovatif memisahkan orang daripada latar belakang untuk pengalaman penciptaan potret yang lebih baik.

Cetuskan kreativiti dan keriangan melalui reka bentuk perubahan warna yang inovatif

vivo V25 Pro mempunyai badan langsing 8.62mm dan menampilkan Skrin Melengkung 3D yang elegan dengan lubang tebuk di tengah di bahagian atas kamera hadapan. Badan yang ringan dan ramping menjadikan peranti ini sesuai dan selesa di tangan pengguna.

Untuk memastikan telefon lebih menonjol, vivo menggabungkan warna terang untuk vivo V25 Pro, dengan dua warna tersedia – Surfing Blue dan Starlight Black.

Sebagai tambahan, vivo mereka bentuk telefon pintar untuk mencetuskan kreativiti dan keriangan di kalangan pengguna dengan Kaca Fluorite AG Berubah Warna revolusioner, yang membolehkan panel belakang peranti memaparkan warna berbeza pada sudut berlainan apabila terdedah kepada cahaya UV.

Edisi Surfing Blue vivo V25 Pro berubah daripada biru langit cerah kepada biru laut dalam.

Dikuasakan oleh cip cekap tenaga dan berprestasi tinggi

vivo V25 Pro baharu memberikan prestasi hebat dan tinggi kecekapan kuasa untuk menyokong pelbagai kegunaan harian penggunanya.

Ia dilengkapi dengan CPU okta-teras separa perdana, MediaTek Dimensity 1300, dengan RAM 12GB + 8GB RAM tambahan, yang menjana keupayaan 5G yang luar biasa, menyediakan kapasiti pengimejan AI yang lebih besar untuk menghasilkan video 4K yang menakjubkan dengan mudah dan memastikan pengalaman permainan yang lancar.

Prestasi dan pengalaman penggunanya juga dipertingkatkan terima kasih kepada Sistem Penyejukan Bionik yang terulung dalam industri. vivo V25 Pro juga mempunyai keupayaan FlashCharge 66W dan bateri besar 4830mAh. Ia boleh memberi tenaga kepada sel bateri berkapasiti besar dan berketumpatan tinggi dari 0% kepada 71% dalam masa 30 minit.

TWS Air, Putik Telinga Wayarles Ringan dengan Bunyi Hebat

Selain daripada vivo V25 Pro, vivo juga memperkenalkan vivo TWS Air, reka bentuk fon telinga tanpa wayar yang ringan untuk peminat muzik.

TWS Air ialah fon telinga tanpa wayar sebenar paling ringan vivo, dengan setiap fon telinga seberat 3.5 gram sahaja. Putik telinga ini direka bentuk agar sesuai dengan kontur muka dan tidak boleh terkeluar dengan mudah. Ia tersedia dalam dua warna – White Bubble dan Pebble Blue.

TWS Air menawarkan kualiti bunyi yang hebat walaupun dalam reka bentuk yang ringan. Ia mempunyai pemacu 14.2mm, pemacu pembesar suara terbesar untuk fon telinga vivo setakat ini.

Bass yang kuat membawa pengguna kepada pengalaman yang mengasyikkan semasa mereka bermain permainan dan menonton filem, manakala bunyi pertengahan dan tinggi yang jelas menjadikan vokal menyerlah dan setiap not daripada alat muzik menjadi hidup.

Vivo TWS Air juga menawarkan pembatalan hingar dengan dua mikrofonnya dan Algoritma Pembatalan Bunyi AI, membolehkan perbualan yang jelas dan kuat walaupun semasa menerima panggilan dalam perjalanan. TWS Air juga cekap kuasa, menawarkan muzik dimainkan selama 4.5 jam dengan sekali cas.

Harga dan ketersediaan

vivo V25 Pro kini boleh didapati pada harga RM2,499, manakala vivo TWS Air boleh didapati pada harga RM179. Pelanggan boleh membeli peranti-peranti ini di semua kedai konsep vivo, pengedar sah, E-Store rasmi vivo Malaysia (vivo V25 Pro) (TWA Air), dan kedai rasmi vivo Malaysia di PG Mall, Go Shop, TikTok, Shopee dan Lazada (vivo V25 Pro) (TWA Air).

Dari 24 September hingga 23 Oktober 2022, pelanggan yang membeli vivo V25 Pro layak menerima hadiah bernilai sehingga RM697, termasuk Fooma TWS Earbuds bernilai RM199, jaminan lanjutan 1 tahun bernilai RM199 dan perlindungan retak skrin 1 tahun bernilai RM299.

Untuk membaca segala liputan kami tentang vivo, sila tekan pautan ini.

Jangan lupa untuk ikuti kami di TikTok!
@gamersantaimy
Tags: MalaysiaVivovivo V25 Pro
Previous Post

Black Clover – Tabata kenalkan adik Yami & Asta terpegun melihat The Land of Sun

Next Post

Overwatch 2 Interview – Ketahui Lebih Lanjut Tentang Kiriko dan Peta Baharu, Esparanca!

Razin Syafiq

Razin Syafiq

Dahulu, saya membesar seperti mana-mana kanak riang lain iaitu bersama komik, game, dan anime (Kreko, Utopia, Gempak, cd anime yang dijual kat kedai). Mula-mula, niat nak masuk bidang animasi sebab bersemangat, tapi terus tukar ke bidang game development sewaktu lanjut pelajaran. Entah bagaimana, saya kini berada dalam dunia journalism, dan memang jatuh cinta dengan industri ini. Banyak yang saya belajar, dan banyak yang saya ingin kongsi kepada awak semua di luar sana. Untuk hubungi saya, sila lawat mana-mana halaman media sosial yang diberi. Terima kasih kerana membaca penulisan, dan membenarkan saya berkembang maju. Sehingga kita berjumpa lagi!

Related Posts

BIC Festival 2025 Tampilkan Visual Utama, Janjikan Pengalaman Gaming Indie Bertemakan Kosmik
Acara

BIC Festival 2025 Tampilkan Visual Utama, Janjikan Pengalaman Gaming Indie Bertemakan Kosmik

May 9, 2025
Mafia: The Old Country Bakal Dilancarkan 8 Ogos 2025
Berita

Mafia: The Old Country Bakal Dilancarkan 8 Ogos 2025

May 9, 2025
Goblin Slayer Ⅱ & BrownDust2 Bergabung Dalam Kolaborasi Fantasi Anime!
Berita

Goblin Slayer Ⅱ & BrownDust2 Bergabung Dalam Kolaborasi Fantasi Anime!

May 8, 2025
Next Post
Overwatch 2 Interview – Ketahui Lebih Lanjut Tentang Kiriko dan Peta  Baharu, Esparanca!

Overwatch 2 Interview - Ketahui Lebih Lanjut Tentang Kiriko dan Peta Baharu, Esparanca!

Discussion about this post

Discord Kami

Sertai Discord kami

Facebook Kami

YouTube Kami

Twitter/X Kami

Follow @GamerSantaiMY

Tweet to @GamerSantaiMY

Anime

Honkai: Star Rail x Fate/stay night [Unlimited Blade Works] Akan Bermula 11 Julai!
Berita

Honkai: Star Rail x Fate/stay night [Unlimited Blade Works] Akan Bermula 11 Julai!

May 4, 2025
Black Clover – Asta Kecundang, Tinggal Yuno Seorang Diri Melawan Lucius
Anime

Black Clover – Asta Kecundang, Tinggal Yuno Seorang Diri Melawan Lucius

May 2, 2025
Trailer Baru Ejen Ali The Movie 2 – Ali Beraksi Dalam Sut Satria, Ejen Rizwan Berpaling Tadah?
Filem

Trailer Baru Ejen Ali The Movie 2 – Ali Beraksi Dalam Sut Satria, Ejen Rizwan Berpaling Tadah?

May 2, 2025
Kisah Sebenar Uchiha Itachi – Bukan Penjahat, Tapi Wira Tragis
Fakta & Trivia

Kisah Sebenar Uchiha Itachi – Bukan Penjahat, Tapi Wira Tragis

May 1, 2025
Papa Zola: The Movie – Game On Akan Hadir Ke Pawagam Disember Ini!
Filem

Papa Zola: The Movie – Game On Akan Hadir Ke Pawagam Disember Ini!

May 1, 2025
Pengalaman Kami di One Piece Asia Hunt – Menggembara Bersama Kru Straw Hat
Jom Singgah!

Pengalaman Kami di One Piece Asia Hunt – Menggembara Bersama Kru Straw Hat

April 30, 2025
  • Tentang Kami
  • Hubungi Kami
  • Privacy & Policy

© 2017 - 2025 Digital Braves Media Group Sdn Bhd

Welcome Back!

Login to your account below

Forgotten Password?

Retrieve your password

Please enter your username or email address to reset your password.

Log In
No Result
View All Result
  • Berita
  • Temuramah
  • Review
  • Sister Sites
    • Wanuxi
    • Gamer Braves
    • GamerWK
    • Gamer555

© 2017 - 2025 Digital Braves Media Group Sdn Bhd