Gamer Santai
  • Berita
  • Temuramah
  • Review
  • Sister Sites
    • Wanuxi
    • Gamer Braves
    • GamerWK
    • Gamer555
  • Borderlands 4
No Result
View All Result
  • Berita
  • Temuramah
  • Review
  • Sister Sites
    • Wanuxi
    • Gamer Braves
    • GamerWK
    • Gamer555
  • Borderlands 4
No Result
View All Result
Gamer Santai
No Result
View All Result

[TGS 2022] Exoprimal: Trailer Cerita, Watak dan Exosuit Baru Diperkenalkan!

Maira by Maira
September 15, 2022
in Artikel, Berita, PC, PS4, PS5, Steam, Xbox One, Xbox Series X|S
0 0
0
[TGS 2022] Exoprimal: Trailer Cerita, Watak dan Exosuit Baru Diperkenalkan!
Share on FacebookShare on Twitter

Semasa livestream Capcom TGS 2022, maklumat terbaru tentang game berasaskan pasukan, EXOPRIMAL telah didedahkan. Game tersebut akan hadir ke PS5, PS4, Xbox Series X|S, Xbox One dan PC melalui Steam. Tanpa membuang masa, jom kita lihat maklumat terbaru yang telah diumumkan!

Watak-watak Exoprimal

Hammerheads (Patrol Squad #52585), merupakan skuad exosuit yang terdiri daripada lima orang ahli iaitu Ace, Lorenzo, Alders, Majesty dan Sandy. Tetapi krew tersebut telah dibawa ke dalam vortex semasa misi dan terhempas di sebuah pulau, Bikitoa Island. Berikut adalah maklumat ringkas untuk setiap watak:

  • Ace
    • Pekerjaan: Exosuit Pilot
    • Rupanya boleh diubah dan pemain akan gunakan Ace sepanjang game. Reka bentuk tersebut akan kekal dalam cutscene, skrin keputusan, dan bahagian lain dalam game.
  • Lorenzo
    • Pekerjaan: Mekanik Suit
  • Alders
    • Pekerjaan: Jurutera
  • Majesty
    • Pekerjaan: Exosuit pilot
  • Sandy
    • Pekerjaan: Android sokongan

Exosuit baru dan Rig

Terdapat dua exosuit yang telah diperkenalkan. Selain itu, kelengkapan baru “Rig” juga telah didedahkan! Berikut adalah Exosuit dan Rig yang telah diumumkan!

  • Exosuit
    • Tank: Murasame — Exosuit dilengkapi dengan pisau besar. Menggunakan jangkauan bilah untuk menyekat dan menentang serangan musuh.
    • Support: Skywave — Exosuit sokongan yang boleh terbang di udara. Dilengkapi dengan kebolehan yang boleh merencatkan pergerakan musuh.

  • Rig
    • Blade — Melemparkan shuriken elektromagnet yang melumpuhkan musuh apabila bersentuhan.
Exoprimal

Ciri customization yang menarik

Selain daripada Exosuit, pemain juga boleh mengubah pakaian serta rupa watak pilot masing-masing. Bukan setakat itu sahaja, emote dan stamp juga tersedia untuk anda berkomunikasi dengan rakan yang lain. Customization untuk exosuit boleh meningkatkan kelajuan reload senjata dan juga mengubah prestasi untuk kebolehan tertentu. Rig juga boleh dipakai sebelum mula match malah boleh menukarnya pada bila-bila masa!

EXOPRIMAL sedang dalam pembangunan dan disasarkan untuk dikeluarkan pada tahun 2023. Terdapat banyak maklumat yang akan didedahkan melalui saluran media sosial rasmi dan laman rasmi game. Untuk mendapatkan liputan lain mengenai game daripada kami, sila klik pautan ini.

Tags: EXOPRIMAL
Previous Post

Ujian beta tertutup Street Fighter 6 akan bermula 7 Oktober – 10 Oktober 2022!

Next Post

Resident Evil 8 dedahkan info Winters’ Expansion, RE4 Remake juga tersedia di PS4

Maira

Maira

Terperangkap dalam game gacha (grind sampai habis bateri fon). Game rhythm dan JRPG memang berpisah tiada. Kadang-kadang melukis sambil layan stream VTuber.

Related Posts

Teenage Mutant Ninja Turtles: The Last Ronin – PlatinumGames Ambil Alih Produksi
Berita

Teenage Mutant Ninja Turtles: The Last Ronin – PlatinumGames Ambil Alih Produksi

June 6, 2026
Star Wars Zero Company – Akan Keluar Ogos 2026, Gabungkan Gameplay XCOM Dengan Saga Clone Wars
Berita

Star Wars Zero Company – Akan Keluar Ogos 2026, Gabungkan Gameplay XCOM Dengan Saga Clone Wars

June 6, 2026
Mafia: The Old Country – DLC ‘Man of Honor’ Dedahkan Kepulangan Don Salieri
DLC

Mafia: The Old Country – DLC ‘Man of Honor’ Dedahkan Kepulangan Don Salieri

June 6, 2026
Next Post
Resident Evil 8 dedahkan info Winters’ Expansion, RE4 Remake juga tersedia di PS4

Resident Evil 8 dedahkan info Winters’ Expansion, RE4 Remake juga tersedia di PS4

Discussion about this post

Discord Kami

Sertai Discord kami

Facebook Kami

YouTube Kami

Twitter/X Kami

Follow @GamerSantaiMY

Tweet to @GamerSantaiMY

Anime

TV Tokyo Rancang Beberapa Projek Game Naruto Sempena Ulang Tahun Ke-25, Paling Awal Keluar Tahun 2027!
Anime

TV Tokyo Rancang Beberapa Projek Game Naruto Sempena Ulang Tahun Ke-25, Paling Awal Keluar Tahun 2027!

June 2, 2026
Gintama the Movie: Yoshiwara in Flames Akan Datang Ke GSC, Bersama Fan Screening!
Anime

Gintama the Movie: Yoshiwara in Flames Akan Datang Ke GSC, Bersama Fan Screening!

June 1, 2026
Anime Tomb Raider King Akan Mula Tayangan 8 Julai Ini!
Anime

Anime Tomb Raider King Akan Mula Tayangan 8 Julai Ini!

May 29, 2026
Jam Tangan Ulang Tahun Ke-30 Initial D Dibuka untuk Pra-Tempah di Malaysia!
Anime

Jam Tangan Ulang Tahun Ke-30 Initial D Dibuka untuk Pra-Tempah di Malaysia!

May 28, 2026
  • Tentang Kami
  • Hubungi Kami
  • Privacy & Policy

© 2017 - 2025 Digital Braves Media Group Sdn Bhd

Welcome Back!

Login to your account below

Forgotten Password?

Retrieve your password

Please enter your username or email address to reset your password.

Log In
No Result
View All Result
  • Berita
  • Temuramah
  • Review
  • Sister Sites
    • Wanuxi
    • Gamer Braves
    • GamerWK
    • Gamer555
  • Borderlands 4

© 2017 - 2025 Digital Braves Media Group Sdn Bhd