Gamer Santai
  • Berita
  • Temuramah
  • Review
  • Sister Sites
    • Wanuxi
    • Gamer Braves
    • GamerWK
    • Gamer555
No Result
View All Result
  • Berita
  • Temuramah
  • Review
  • Sister Sites
    • Wanuxi
    • Gamer Braves
    • GamerWK
    • Gamer555
No Result
View All Result
Gamer Santai
No Result
View All Result

Monster Hunter Rise: Sunbreak – Title Update 2 bakal keluar pada 29 September!

Razin Syafiq by Razin Syafiq
September 15, 2022
in ARPG, Artikel, Berita, Nintendo Switch, PC, Steam
0 0
0
Monster Hunter Rise: Sunbreak – Title Update 2 bakal keluar pada 29 September!
Share on FacebookShare on Twitter

Berita baik buat para Hunter hari ini kerana Capcom mengumumkan bahawa DLC Monster Hunter Rise: Sunbreak–  Title Update 2 akan dilancarkan pada 29 September!

Update kedua untuk Monster Hunter Rise: Sunbreak membolehkan pemain melawan dua monster besar iaitu Violet Mizutsune dan Risen Chamelos. Selain itu, lebih banyak anomaly quest juga akan hadir sekali di mana ‘six-star quest’ akan dibuka apabila pemain mencapai MR 120.

Violet Mizutsune dan Risen Chamelos adalah versi lebih advanced bagi monster-monster ini, yang mampu melancarkan pelbagai serangan unik, lantas memberikan cabaran yang lebih sukar untuk para Hunter. Violet Mizutsune dan Risen Chamelos akan tersedia apabila update kedua dilancarkan, bersama Flaming Espinas, yang telah diumumkan beberapa minggu lalu. Flaming Espinas pertama sekali muncul dalam Monster Hunter Frontier dan kini telah membuat kemunculan semula setelah sekian lama.

Flaming Espinas dan Violet Mizutsune akan muncul apabila pemain mencapai MR 10, yang berlaku selepas menamatkan jalan cerita utama untuk Sunbreak dan membuka anomaly quest. Walau bagaimanapun, Risen Chameleos akan tersedia di MR 110, yang menjadikannya monster yang jauh lebih berbahaya dalam update Sunbreak.

Anomaly quest baru pula akan memberikan misi yang lebih susah kepada pemain di mana mereka harus bertarung musuh yang menakutkan, untuk memperoleh ganjaran unik bagi menambah baik perisai dan senjata mereka. Misi ini akan tersedia di MR 120, yang bermaksud pemain harus memastikan mereka sudah mencapai tahap ini sebelum 29 September.

Selain daripada penambahan penting di atas, ciri “layered weapon” pun telah ditambah. Sama seperti layered armor, para Hunter boleh memilih untuk menambah penampilan layered weapon pada senjata mereka.

Yang paling penting sekali, Monster Hunter Rise: Sunbreak – Title Update 2 adalah percuma kepada semua pemain yang memiliki expansion Sunbreak. Bagi mereka yang berminat, game ini kini tersedia untuk Switch dan PC melalui Steam.

Muat turun di sini
Monster Hunter Rise
Publisher: Capcom
Release Date: 2021-03-26
Nintendo Switch
Monster Hunter Rise adalah permainan video permainan peranan yang akan datang dalam siri Monster Hunter, yang dikembangkan dan dihasilkan oleh Capcom untuk Nintendo Switch. Ia akan dikeluarkan pada 26 Mac 2021.
Jangan lupa untuk ikuti kami di TikTok!
@gamersantaimy
Tags: Monster Hunter RiseMonster Hunter Rise: SunbreakUpdate
Previous Post

[TGS22] Exoprimal Preview — Bekerjasama Dan Lepaskan Diri daripada Lautan Dinosaur!

Next Post

Ujian beta tertutup Street Fighter 6 akan bermula 7 Oktober – 10 Oktober 2022!

Razin Syafiq

Razin Syafiq

Dahulu, saya membesar seperti mana-mana kanak riang lain iaitu bersama komik, game, dan anime (Kreko, Utopia, Gempak, cd anime yang dijual kat kedai). Mula-mula, niat nak masuk bidang animasi sebab bersemangat, tapi terus tukar ke bidang game development sewaktu lanjut pelajaran. Entah bagaimana, saya kini berada dalam dunia journalism, dan memang jatuh cinta dengan industri ini. Banyak yang saya belajar, dan banyak yang saya ingin kongsi kepada awak semua di luar sana. Untuk hubungi saya, sila lawat mana-mana halaman media sosial yang diberi. Terima kasih kerana membaca penulisan, dan membenarkan saya berkembang maju. Sehingga kita berjumpa lagi!

Related Posts

Menangi ROG Ally X & Hadiah Eksklusif Lain, Dengan Bermain Monster Hunter Wilds Bersama ASUS ROG
Berita

Menangi ROG Ally X & Hadiah Eksklusif Lain, Dengan Bermain Monster Hunter Wilds Bersama ASUS ROG

June 6, 2025
Survival Kids Kini Dilancarkan, Eksklusif di Nintendo Switch 2
Berita

Survival Kids Kini Dilancarkan, Eksklusif di Nintendo Switch 2

June 6, 2025
Nantikan Acara Demon Slayer Experience Di Malaysia, Bermula 28 Jun Di Pavilion Bukit Jalil!
Anime

Nantikan Acara Demon Slayer Experience Di Malaysia, Bermula 28 Jun Di Pavilion Bukit Jalil!

June 6, 2025
Next Post
Ujian beta tertutup Street Fighter 6 akan bermula 7 Oktober – 10 Oktober 2022!

Ujian beta tertutup Street Fighter 6 akan bermula 7 Oktober - 10 Oktober 2022!

Discussion about this post

Discord Kami

Sertai Discord kami

Facebook Kami

YouTube Kami

Twitter/X Kami

Follow @GamerSantaiMY

Tweet to @GamerSantaiMY

Anime

Game MOBA ‘Dragon Ball: Gekishin Squadra’ Umum Network Test & Platform Tambahan
Berita

Game MOBA ‘Dragon Ball: Gekishin Squadra’ Umum Network Test & Platform Tambahan

June 5, 2025
Ejen Ali The Movie 2 Catat Rekod Baharu Dengan Kutipan RM34.2 Juta, Hanya Dalam 11 Hari!
Animasi

Ejen Ali The Movie 2 Catat Rekod Baharu Dengan Kutipan RM34.2 Juta, Hanya Dalam 11 Hari!

June 4, 2025
Pra-Pendaftaran Dibuka untuk RPG Open-World ‘The Seven Deadly Sins: Origin’
Berita

Pra-Pendaftaran Dibuka untuk RPG Open-World ‘The Seven Deadly Sins: Origin’

June 3, 2025
Filem Live Action ‘Under 18’ Dijangka Tiba Pada 2026
Filem

Filem Live Action ‘Under 18’ Dijangka Tiba Pada 2026

June 2, 2025
  • Tentang Kami
  • Hubungi Kami
  • Privacy & Policy

© 2017 - 2025 Digital Braves Media Group Sdn Bhd

Welcome Back!

Login to your account below

Forgotten Password?

Retrieve your password

Please enter your username or email address to reset your password.

Log In
No Result
View All Result
  • Berita
  • Temuramah
  • Review
  • Sister Sites
    • Wanuxi
    • Gamer Braves
    • GamerWK
    • Gamer555

© 2017 - 2025 Digital Braves Media Group Sdn Bhd