Berikutan dengan acara TGS 2022, Capcom telah mendedahkan lebih banyak mengenai Street Fighter 6 termasuk ujian beta tertutup yang bakal bermula 7 Oktober sehingga 10 Oktober 2022 di PlayStation4, PlayStation 5, Xbox One, Xbox Series X|S dan PC!
Melalui pendedahan tersebut, mereka telah mengeluarkan satu trailer baru yang lebih terperinci mengenai game mode yang akan tersedia di dalam Street Fighter 6 termasuk World Tour, Fighting Ground dan Battle Hub.
Dalam mode World Tour, korang akan bermain sebagai watak yang boleh diubah suai dan mengelilingi kawasan dengan membenarkan pemain menyertai perlawanan secara terbuka dan tradisional.
Melalui World Tour, pemain boleh pergi ke Battle Hub dan mencabar pemain lain dari seluruh dunia. Selain daripada perlawanan 1vs 1, pemain juga boleh menyertai mode baharu iaitu Extreme Match di mana mereka menambah efek lain seperti “hazard, buff, debuff dan banyak lagi halangan yang akan ada dalam perlawanan.
Bukan setakat itu sahaja, mereka juga menyediakan game yang akan mengamit kenangan dengan memberikan arked untuk bermain Street Fighter II dan Final Fight.
Capcom juga mengesahkan yang watak Street Fighter klasik akan kembali ke dalam Street Fighter 6 termasuk Dhalsim, Blanka, E. Honda dan Ken.
Saya ingin mengingatkan yang ujian beta tertutup Street Fighter 6 akan bermula pada 7 Oktober sehingga 10 Oktober 2022 di semua platform. Street Fighter 6 akan dilancarkan pada tahun 2023 di PlayStation 4, PlayStation 5, Xbox One, Xbox Series X|S dan PC.
Ikuti Gamer Santai untuk mendapatkan lebih banyak liputan mengenai TGS 2022 daripada kami.
@gamersantaimy
Discussion about this post