Gamer Santai
  • Berita
  • Temuramah
  • Review
  • Sister Sites
    • Wanuxi
    • Gamer Braves
    • GamerWK
    • Gamer555
  • Borderlands 4
No Result
View All Result
  • Berita
  • Temuramah
  • Review
  • Sister Sites
    • Wanuxi
    • Gamer Braves
    • GamerWK
    • Gamer555
  • Borderlands 4
No Result
View All Result
Gamer Santai
No Result
View All Result

Pasukan ShuaiGeDui memenangi Predator League 2022 Malaysia PUBG, bawa pulang RM11,000!

Razin Syafiq by Razin Syafiq
September 10, 2022
in Acara, Artikel, Berita, Esports, Kejohanan esports, PC, Shooter
0 0
0
Pasukan ShuaiGeDui memenangi Predator League 2022 Malaysia PUBG, bawa pulang RM11,000!
Share on FacebookShare on Twitter

Pusingan akhir Predator League 2022 Malaysia PUBG telah pun menutupkan tirainya sebentar tadi dengan menyaksikan 16 pasukan merebutkan prize pool sehingga RM35,000 termasuk produk-produk Acer Predator!! Maka malam ini kita dapat menyaksikan pasukan gergasi ShuaiGeDui aka SGD memperoleh gelaran juara dan membawa pulang RM11,000 berserta gaming chair istimewa serta menempah tiket ke Predator League 2022 Finals yang akan berlangsung di Jepun sebagai wakil Malaysia!

Pasukan SGD menjuarai kejohanan

Paukan ShuaiGeDui (SGD) ternyata menyerlahkan kehebatan mereka dengan hanya 1 Winner Winner Chicken Dinner (WWCD), 25 point daripada segi placement (kedudukan bagi setiap pusingan) 64 Kill dan mata keseluruhan sebanyak adalah 89 dalam keseluruhan 8 pusingan yang bermula dari 10 September jam 12PM hingga 7.30PM di Esports Integrated, Spacerubix!

Team Setup di tempat kedua

Tempat kedua dimenangi oleh Team Setup dan membawa pulang RM7,500 + Predator Galea 350 Gaming Headset, mereka berjaya mendapat 2 WWCD, 34 poin placement, 52 kill dengan jumlah mata keseluruhan 86. Tempat ketiga pula dimenangi oleh pasukan Titan yang tidak berjaya mendapat WWCD tetapi sebaliknya amat cemerlang dengan 17 poin placement, 51 kill dan jumlah mata 86. Titan pula membawa pulang RM4,000 berserta gaming mouse Cestus 335.

Pasukan Titan di tempat ketiga

Berikut adalah senarai keseluruhan mata untuk Predator League 2020 Malaysia PUBG ;

Disini pula senarai hadiah tempat keempat hingga seterusnya;

  • Tempat ke-4 – RM3,000 + Predator Reflective Bag
  • Tempat ke-5 & ke-6 – RM1750 + Predator T-Shirt & Cap
  • Tempat ke-7 & ke-8 – RM1000 + Predator T-Shirt & Cap
  • Tempat ke-9 hingga 16 – RM500 + Predator T-Shirt & Cap

Jadi tahniah sekali lagi buat pasukan ShuaiGeDui dan Team Setup yang berjaya mewakili Malaysia untuk pusingan akhir Predator League 2022! Semoga berjaya disana nanti!


Bukan itu sahaja! Esok pada 11 September, kejohanan Predator League Malaysia Qualifiers Dota 2 akan berlangsung di lokasi yang sama! Bagi mereka yang tidak ingin menonton secara live stream, korang dialu-alukan untuk menghadiri lokasi acara yang penuh dengan aktiviti menarik, pameran produk Predator termasuk desktop, laptop dan monitor gaming, merchandise eksklusif seperti baju, beg, dll, sesi bergambar bersama cosplayer, serta food truck sedap supaya pengunjung tidak perlu kelaparan.

Jadi jangan tunggu lagi! Jom pergi ke Spacerubix untuk menonton kesudahan kejohanan Predator League Malaysia Dota 2 bermula 10AM hingga 10PM!

Untuk membaca segala liputan kami tentang produk Predator, sila tekan pautan ini.

Tags: AcerEsportsPredator League 2022Predator League 2022 Malaysia PUBG
Previous Post

Marvel Snap Rasmi Lancar Pada 18 Oktober di PC dan Mobile! Pra-daftar Sekarang!

Next Post

Preview The Wandering Village (Early Access) – Mari ke dunia ala Ghibli

Razin Syafiq

Razin Syafiq

Dahulu, saya membesar seperti mana-mana kanak riang lain iaitu bersama komik, game, dan anime (Kreko, Utopia, Gempak, cd anime yang dijual kat kedai). Mula-mula, niat nak masuk bidang animasi sebab bersemangat, tapi terus tukar ke bidang game development sewaktu lanjut pelajaran. Entah bagaimana, saya kini berada dalam dunia journalism, dan memang jatuh cinta dengan industri ini. Banyak yang saya belajar, dan banyak yang saya ingin kongsi kepada awak semua di luar sana. Untuk hubungi saya, sila lawat mana-mana halaman media sosial yang diberi. Terima kasih kerana membaca penulisan, dan membenarkan saya berkembang maju. Sehingga kita berjumpa lagi!

Related Posts

Teenage Mutant Ninja Turtles: The Last Ronin – PlatinumGames Ambil Alih Produksi
Berita

Teenage Mutant Ninja Turtles: The Last Ronin – PlatinumGames Ambil Alih Produksi

June 6, 2026
Star Wars Zero Company – Akan Keluar Ogos 2026, Gabungkan Gameplay XCOM Dengan Saga Clone Wars
Berita

Star Wars Zero Company – Akan Keluar Ogos 2026, Gabungkan Gameplay XCOM Dengan Saga Clone Wars

June 6, 2026
Mafia: The Old Country – DLC ‘Man of Honor’ Dedahkan Kepulangan Don Salieri
DLC

Mafia: The Old Country – DLC ‘Man of Honor’ Dedahkan Kepulangan Don Salieri

June 6, 2026
Next Post
Preview The Wandering Village (Early Access) – Mari ke dunia ala Ghibli

Preview The Wandering Village (Early Access) – Mari ke dunia ala Ghibli

Discussion about this post

Discord Kami

Sertai Discord kami

Facebook Kami

YouTube Kami

Twitter/X Kami

Follow @GamerSantaiMY

Tweet to @GamerSantaiMY

Anime

TV Tokyo Rancang Beberapa Projek Game Naruto Sempena Ulang Tahun Ke-25, Paling Awal Keluar Tahun 2027!
Anime

TV Tokyo Rancang Beberapa Projek Game Naruto Sempena Ulang Tahun Ke-25, Paling Awal Keluar Tahun 2027!

June 2, 2026
Gintama the Movie: Yoshiwara in Flames Akan Datang Ke GSC, Bersama Fan Screening!
Anime

Gintama the Movie: Yoshiwara in Flames Akan Datang Ke GSC, Bersama Fan Screening!

June 1, 2026
Anime Tomb Raider King Akan Mula Tayangan 8 Julai Ini!
Anime

Anime Tomb Raider King Akan Mula Tayangan 8 Julai Ini!

May 29, 2026
Jam Tangan Ulang Tahun Ke-30 Initial D Dibuka untuk Pra-Tempah di Malaysia!
Anime

Jam Tangan Ulang Tahun Ke-30 Initial D Dibuka untuk Pra-Tempah di Malaysia!

May 28, 2026
  • Tentang Kami
  • Hubungi Kami
  • Privacy & Policy

© 2017 - 2025 Digital Braves Media Group Sdn Bhd

Welcome Back!

Login to your account below

Forgotten Password?

Retrieve your password

Please enter your username or email address to reset your password.

Log In
No Result
View All Result
  • Berita
  • Temuramah
  • Review
  • Sister Sites
    • Wanuxi
    • Gamer Braves
    • GamerWK
    • Gamer555
  • Borderlands 4

© 2017 - 2025 Digital Braves Media Group Sdn Bhd