Marvel Snap telah diumumkan pada beberapa bulan yang lalu dan akhirnya ia mempunyai tarikh pelancaran rasmi. Game kad percuma yang dihasilkan oleh bekas direktor Heartstone ini akan hadir di PC dan mobile pada 18 Oktober! Trailer baru juga telah didedahkan.
Dalam MARVEL SNAP, pemain akan mengumpulkan pasukan impian Marvel daripada senarai wira dan penjahat yang besar, serta mengumpul pelbagai varian seni kad untuk mengalami suasana “collectible card game”(CCG). Setiap kad superhero dan supervillain menampilkan varian artistik yang berbeza; contohnya, kad untuk Lizard mempunyai varian seni piksel, varian yang menampilkan seni ikonik daripada buku komik dan varian yang menampilkan seni unik untuk game khususnya.

Kita pun tidak perlu menunggu lama dalam MARVEL SNAP kerana setiap perlawanan berlangsung selama purata tiga minit+. Setiap perlawanan akan dimainkan di tiga lokasi, contohnya Hellfire Club, Wakanda dan Hala, di mana beberapa modifier diletakkan pada setiap lokasi. Untuk menang, pemain perlu “menakluk” dua daripada tiga lokasi tersebut dengan membuktikan dek kita lebih hebat.

Game ini akan menampilkan “lebih daripada 150 kad asas” semasa pelancaran malah setiap watak akan dianimasikan dengan kesan visual 3D yang menyerlahkan abiliti serta kebolehan mereka manakala sesetengah kad mempunyai audio di mana watak akan bercakap dialog ikonik masing-masing.

Kad baru akan ditambah di dalam Marvel Snap secara kemas kini bermusim. DIkhabarkan juga bahawa anda boleh mendapat semua kad yang tanpa membuat sebarang pembelian duit sebenar. Apapun, kita tunggu sahaja game ini lancar dahulu sebelum menilai mikrotransaksinya. Untuk mendapatkan liputan lain mengenai Marvel daripada kami, boleh klik pautan ini.

@gamersantaimy
Discussion about this post