Game Uncharted: Legacy of Thieves Collection yang telah dilancarkan di konsol PS5 Januari lalu, akhirnya tiba juga di platform PC. Ia secara rasmi akan tersedia di Steam dan Epic Games Store pada 19 Oktober ini. Terdapat bonus khas yang anda boleh dapatkan jika anda pra-tempah game ini di Epic Games Store iaitu glider Fortnite yang berbentuk seperti seaplane Sully. Jadi, kalau anda seorang pemain Fortnite bolehlah gunakannya nanti.

Kalau anda tidak sempat untuk mendapatkan glider tersebut, boleh nantikannya tersedia di Fortnite pada 17 November. Terdapat beberapa kosmetik lain Uncharted dalam Fortnite termasuklah pakaian Nathan Drak dan Chloe Frozer, emote dan dua “harvesting tool” untuk digunakan dalam game.

Pada Jun lalu, Epic tanpa sengaja mendedahkan tarikh pelancaran game ini pada bulan Jun tetapi ianya tidak berlaku. Kali ini, sebelum post asal sempat dipadam, Epic sekali lagi terkeluarkan tarikh pelancaran Uncharted PC. Melihat daripada kemas kini di SteamDB, berkemungkinan tarikh baru ini merupakan tarikh rasmi untuk pelancaran game tersebut.

Untuk pengetahuan anda, paket remaster baru ini merangkumi Uncharted 4: A Thief’s End, yang menampilkan Nathan Drake ketika dia memburu harta karun Kapten Avery yang telah lama hilang, berangkat untuk satu petualangan terakhir yang melintasi hutan Madagascar hingga koloni lanun Libertalia yang telah lama hilang. Ini juga termasuk Uncharted: The Lost Legacy, yang menceritakan eksploitasi pelarian Chloe Frazer ketika dia beralih dari frenemy ke hero. Dengan meminta bantuan tentera upahan terkenal Nadine Ross, Chloe berusaha ke Ghats Barat India untuk mencari Golden Tusk of Ganesh.

Untuk memastikan anda mempunyai pengalaman yang lancar, PlayStation mengesyorkan spesifikasi PC berikut:
Minimum | Recommended | Performance | Ultra | |
Performance Goals | 30 FPS @ 720p Medium Settings | 30 FPS @ 1080p High Settings | 60 FPS @ 1440p High Settings | 60 FPS @ 4K Ultra Settings |
CPU | Intel i5-4330 AMD Ryzen 3 1200 | Intel i7-4770 AMD Ryzen 5 1500X | Intel i7-7700k AMD Ryzen 7 3700X | Intel i9-9900k AMD Ryzen 9 3950X |
GPU | NVIDIA GTX 960 (4 GB) AMD R9 290X (4 GB) | NVIDIA GTX 1060 (6 GB) AMD RX 570 (4 GB) | NVIDIA RTX 2070 (8 GB) AMD RX 5700 XT (8 GB) | NVIDIA RTX 3080 (10 GB) AMD RX 6800 (16 GB) |
RAM | 8 GB (16 GB Recommended) | 16 GB | 16 GB | 16 GB |
OS | Windows 10 64-bit | Windows 10 64-bit | Windows 10 64-bit | Windows 10 64-bit |
Storage | 126 GB HDD (SSD Recommended) | 126 GB SSD | 126 GB SSD | 126 GB SSD |
Jadi, anda yang berminat untuk merasai pengembaraan epik ini, jangan lupa untuk masukkan dalam wishlist anda. Untuk segala maklumat mengenai siri Uncharted, sila klik pautan ini.
@gamersantaimy
Discussion about this post