Gamer Santai
  • Berita
  • Temuramah
  • Review
  • Sister Sites
    • Wanuxi
    • Gamer Braves
    • GamerWK
    • Gamer555
  • Borderlands 4
No Result
View All Result
  • Berita
  • Temuramah
  • Review
  • Sister Sites
    • Wanuxi
    • Gamer Braves
    • GamerWK
    • Gamer555
  • Borderlands 4
No Result
View All Result
Gamer Santai
No Result
View All Result

Review Predator GD711 Gaming Projector – Gaming di skrin lebih besar!

Razin Syafiq by Razin Syafiq
September 9, 2022
in Artikel, Berita, Review, Review Produk, Teknologi
0 0
0
Review Predator GD711 Gaming Projector – Gaming di skrin lebih besar!
Share on FacebookShare on Twitter

Predator GD711 adalah salah satu gaming projector terkini oleh Acer yang menyokong refresh rate sehingga 240Hz dan resolusi UHD 4K. Diberi satu unit oleh Acer, kami ingin melihat apa yang ditawarkan oleh Predator GD711, jadi berikut adalah review penuh!

Reka bentuk

Predator GD711 datang dalam skema warna hitam dan logo Predator pada bahagian atas projektor serta mempunyai butang untuk mengawal projektor seperti Menu, butang Power dan D-Pad tradisional yang membolehkan anda memilih tetapan daripada skrin menu. Predator GD711 juga dilengkapi dengan alat kawalan jauh jika anda tidak mahu menggunakan butang di atas projektor.

Terdapat dua jaringan pengudaraan di kedua-dua sisi projektor sebagai solusi penyejukan untuk mengelakkan peranti daripada menjadi terlalu panas. Predator GD711 mempunyai tiga stand getah di mana anda boleh melaraskan ketinggian keseluruhan projektor untuk memancar imej. Di bahagian belakang projektor, terdapat sejumlah port I/O termasuk 2x port HDMI 2.0, 2x port USB Type-A dan bicu audio 3.5 mm serta slot untuk memasang dongle wayarles.

GD711 menggunakan sistem Android – Aptoide, di mana anda juga boleh menggunakan aplikasi built-in untuk menonton apa-apa rancangan lain. Tujuannya adalah supaya kita tidak perlu menyambung projektor ke peranti lain untuk memudahkan pengguna. Ini pastinya boleh digunakan pada bila-bila masa: sebagai contoh, anda ingin menunjukkan video menarik daripada YouTube kepada rakan, menonton siri kegemaran di Netflix dan lain-lain.

Fasa menyambung

Sebaik sahaja menyusun projektor, anda boleh membiar projektor itu keystone (menyelaraskan imej ke latar belakang) dengan sendirinya. Tujuannya adalah membantu orang yang menghadapi masalah mencari sudut yang bagus untuk memancarkan imej projektor.

Bagi mereka yang keliru, terdapat manual untuk kita keystone secara manual dan proses pun sebenarnya agak mudah untuk dilakukan, kerana saya berjaya menetapkan angle yang cantik dalam masa beberapa saat.

Alang-alang kita sembang topik “setup”, menyambungkan PC ke projektor pun sangat mudah, jadi anda boleh strim apa-apa kandungan ke projektor dengan mudah.

Prestasi

Selepas menggunakan Predator GD711 selama beberapa jam, sejujurnya visual yang saya lihat amat menakjubkan sedangkan ini hanya projektor. Walaupun spec PC saya terlalu kentang untuk resolusi 4K, tetapi visual 1080p masih kelihatan sangat cantik.

Seterusnya, saya mencuba beberapa game seperti JoJo’s Bizzard Adventure, Soul Hackers 2 dan Ghostwire Tokyo dan hasilnya adalah kedua-dua game masih berwarna-warni. Malah, projektor kadangkala membuat warna lebih menonjol (mungkin kerana skrinnya yang besar).

Predator GD711 juga menawarkan variasi mode warna yang berbeza, seperti gaming, movie, dark cinema, dan lain-lain –, terdapat pelbagai mod untuk hampir semua senario.

Sebagai contoh: semasa sesi gaming, saya akan menggunakan “gaming bright/light” memandangkan saya lebih suka warna yang terang manakala semasa menonton filem, saya akan memilih mode “dark cinema” dan bukannya mode “movie” kerana ia menjadikan imej kurang terang dan tidak terlalu putih supaya mata saya pun tidak mudah letih.

Di samping itu, pembesar suara/speaker juga dilengkapi dalam Predator GD711 untuk memberi pengalaman lebih mengasyikkan sambil memudahkan setup kita (kerana memasang terlalu banyak peranti sekali gus boleh nampak agak serabut).

Pendapat

Saya tidaklah begitu berpengalaman tentang hal berkait projektor, tetapi saya kata dengan yakin bahawa Predator GD711 melakukan tugasnya dengan cukup baik semasa saya bermain game dan menonton filem. Pada masa yang sama, bahagian setup pun sangat mudah dan tidak mengambil masa yang lama, jadi itu pun adalah satu bonus.

Kualiti imej projektor sangat jelas dan terperinci. Cuma dalam sesetengah adegan, pencahayaan akan menjadi lebih gelap daripada biasa jadi ia boleh menjadi agak sukar untuk lihat. Namun, masalah ini boleh dibetulkan dengan mudah dengan mengubahsuai tetapan khusus.

Buat masa ini, saya rasa Predator GD711 adalah salah satu gaming projector paling solid dalam pasaran. Bagi mereka yang tidak puas hati semasa ber-gaming di TV atau monitor, peranti ini adalah produk alternatif yang bagus!

Kepada mereka yang berminat dengan projektor gaming Predator GD711, ia bernilai RM4,999 dan boleh dibeli melalui kedai Shopee Mall Acer atau di laman web rasmi Acer.

Tags: Gaming ProjectorPredator GD711review
Previous Post

Cari phone gaming bajet bawah RM1000 di Malaysia? Ini adalah senarainya!

Next Post

TRON: Identity Membawa Anda Ke Sebuah Pengembaraan Baru! Akan Lancar 2023 di Steam!

Razin Syafiq

Razin Syafiq

Dahulu, saya membesar seperti mana-mana kanak riang lain iaitu bersama komik, game, dan anime (Kreko, Utopia, Gempak, cd anime yang dijual kat kedai). Mula-mula, niat nak masuk bidang animasi sebab bersemangat, tapi terus tukar ke bidang game development sewaktu lanjut pelajaran. Entah bagaimana, saya kini berada dalam dunia journalism, dan memang jatuh cinta dengan industri ini. Banyak yang saya belajar, dan banyak yang saya ingin kongsi kepada awak semua di luar sana. Untuk hubungi saya, sila lawat mana-mana halaman media sosial yang diberi. Terima kasih kerana membaca penulisan, dan membenarkan saya berkembang maju. Sehingga kita berjumpa lagi!

Related Posts

Teenage Mutant Ninja Turtles: The Last Ronin – PlatinumGames Ambil Alih Produksi
Berita

Teenage Mutant Ninja Turtles: The Last Ronin – PlatinumGames Ambil Alih Produksi

June 6, 2026
Star Wars Zero Company – Akan Keluar Ogos 2026, Gabungkan Gameplay XCOM Dengan Saga Clone Wars
Berita

Star Wars Zero Company – Akan Keluar Ogos 2026, Gabungkan Gameplay XCOM Dengan Saga Clone Wars

June 6, 2026
Mafia: The Old Country – DLC ‘Man of Honor’ Dedahkan Kepulangan Don Salieri
DLC

Mafia: The Old Country – DLC ‘Man of Honor’ Dedahkan Kepulangan Don Salieri

June 6, 2026
Next Post
TRON: Identity Membawa Anda Ke Sebuah Pengembaraan Baru! Akan Lancar 2023 di Steam!

TRON: Identity Membawa Anda Ke Sebuah Pengembaraan Baru! Akan Lancar 2023 di Steam!

Discussion about this post

Discord Kami

Sertai Discord kami

Facebook Kami

YouTube Kami

Twitter/X Kami

Follow @GamerSantaiMY

Tweet to @GamerSantaiMY

Anime

TV Tokyo Rancang Beberapa Projek Game Naruto Sempena Ulang Tahun Ke-25, Paling Awal Keluar Tahun 2027!
Anime

TV Tokyo Rancang Beberapa Projek Game Naruto Sempena Ulang Tahun Ke-25, Paling Awal Keluar Tahun 2027!

June 2, 2026
Gintama the Movie: Yoshiwara in Flames Akan Datang Ke GSC, Bersama Fan Screening!
Anime

Gintama the Movie: Yoshiwara in Flames Akan Datang Ke GSC, Bersama Fan Screening!

June 1, 2026
Anime Tomb Raider King Akan Mula Tayangan 8 Julai Ini!
Anime

Anime Tomb Raider King Akan Mula Tayangan 8 Julai Ini!

May 29, 2026
Jam Tangan Ulang Tahun Ke-30 Initial D Dibuka untuk Pra-Tempah di Malaysia!
Anime

Jam Tangan Ulang Tahun Ke-30 Initial D Dibuka untuk Pra-Tempah di Malaysia!

May 28, 2026
  • Tentang Kami
  • Hubungi Kami
  • Privacy & Policy

© 2017 - 2025 Digital Braves Media Group Sdn Bhd

Welcome Back!

Login to your account below

Forgotten Password?

Retrieve your password

Please enter your username or email address to reset your password.

Log In
No Result
View All Result
  • Berita
  • Temuramah
  • Review
  • Sister Sites
    • Wanuxi
    • Gamer Braves
    • GamerWK
    • Gamer555
  • Borderlands 4

© 2017 - 2025 Digital Braves Media Group Sdn Bhd