Bersempena dengan Hari Malaysia yang jatuh pada 16 September 2022, Netflix telah mengumumkan yang mereka akan membawa masuk filem tempatan terbaik sepanjang zaman iaitu Mat Kilau: Kebangkitan Pahlawan. Ini bukan sahaja di Netflix Malaysia bahkan seluruh dunia kecuali Indonesia yang bakal tiba pada 14 Oktober 2022.
Dengan penambahan filem Mat Kilau, ia akan termasuk dalam koleksi Rekaan Rakyat yang telah mengandungi sebanyak hampir 150 filem, siri dan animasi. Yang menarik tentang koleksi ini adalah semuanya adalah rekaan dan dibuat oleh orang Malaysia sendiri. Anda boleh melihat senarai filem, siri dan animasi di sini.
Filem Mat Kilau ini berdasarkan tokoh sejarah penghujung abad ke-19 dengan mengisahkan bagaimana pahlawan legenda itu menjadi tokoh pemberontakan menentang penjajah British untuk melindungi tanah air mereka. Bersama bapanya dan rakan senegaranya, Mat Kilau memimpin rakyatnya ke dalam peperangan gerila selama beberapa tahun, sekali gus menjadikannya simbol kebebasan dan kemerdekaan.
Dengan menerima arahan daripada Syamsul Yusof, filem Mat Kilau telah menjadi filem yang tempatan Malaysia dengan kutipan yang tertinggi pernah sekali gus mengalahkan filem seram arahannya juga iaitu Munafik 2.
Filem ini telah dibintangi oleh pelakon tanah air sendiri iaitu Adi Putra sebagai Mat Kilau Imam Rasu atau Mat Kilau, Wan Hanafi Su sebagai Tok Gajah, Beto Kusyairi sebagai Wahid, Khir Rahman sebagai Usup, Fattah Amin sebagai Wang dan Johan As’ari sebagai Yassin.
Tidak lupa juga, Datuk Rahim Razali, Nam Ron, Shaharuddin Thambu, Ellie Suriaty, Farah Ahmad dan pelakon aksi daripada Indonesia, Yayan Ruhian sebagai Toga.
Saya ingin mengingatkan anda bahawa filem Mat Kilau: Kebangkitan Pahlawan bakal ditayangkan di Netflix bermula 16 September 2022. Jadi, marilah kita menyambut Hari Malaysia dengan menonton koleksi Rekaan Rakyat yang disediakan oleh Netflix termasuk Mat Kilau.
Untuk mendapatkan berita lain mengenai Netflix, sila klik pautan ini.
@gamersantaimy
Discussion about this post