Hari Ahad lepas, telah berlangsungnya hari kedua bagi kejohanan PMPL SEA Championship Play-In Fall dan terdapat satu insiden yang berlaku di mana 2 pasukan daripada Vietnam telah bekerjasama atau lebih dikenali sebagai “Teaming” dalam kejohanan tersebut.
Menurut posting PUBG Mobile Esports Malaysia, kedua-dua pasukan telah menerima “ban” selama 1 tahun daripada menyertai seluruh kejohanan rasmi PUBG Mobile. Berikut adalah pemain yang dikenakan hukuman tersebut:
- 4ANIX (Pheonix Esports)
- 4ANIX Bang4u
- 4ANIX Acacia
- 4ANIX CoiiiCT
- 4ANIX DuckA
- 4ANIX SonCon
- 4ANIX LTD
- ETP (Eighteen Plus Esports)
- ETP BenT
- ETP Liebe22
- ETP Pat999
- ETP FaKe1st
- ETP NekoBae
- ETP LuKa
Untuk pengetahuan anda, PMPL SEA Play-in Fall telah berlangsung selama 2 hari berturut-turut iaitu pada 3 dan 4 September 2022 dan pelbagai dari negara SEA telah menyertai kejohanan ini termasuk Malaysia.
Kejohanan ini telah berlangsung bagi mencari 3 lagi pasukan untuk menyertai kejohanan PMPL SEA Championship Fall 2022 dan pasukan tersebut adalah Vampire Esports (Thailand), TEM Entertainment (Thailand) dan Don’t Break Dreams (Malaysia).
Berikut adalah pasukan yang akan bertanding dalam kejohanan PMPL SEA Championship Fall 2022:
- Malaysia
- Dont’ Break Dreams
- Yoodo Alliance
- Geek Fam
- SEM9
- 4Rivals
- Vietnam
- D’Xavier
- Eagle Esport
- BN United
- Box Gaming
- ShineLikeDiamond
- Thailand
- Vampire Esports
- TEM Entertainment
- The Infinity
- FaZe Clan
- Bacon Time
- Buriram United Esports
- Indonesia
- Genesis Dogma GIDS
- Alter Ego LIMAX
- BOOM Esports
- NFT Esports
Saya ingin mengingatkan anda bahawa bekerjasama atau “Teaming” diantara dua pasukan adalah dilarang sama sekali dalam esports, tidak kira sama ada ianya adalah kejohanan atau apa-apa sekali pun. Dengan perkara ini berlaku, harapnya semua pasukan esports dapat mempelajari sesuatu daripada insiden yang dilakukan oleh pasukan Vietnam dan tidak melakukan perkara “Teaming.”
Apapun, saya mengucapkan tahniah kepada pasukan Don’t Break Dream atas kejayaannya. Manakala bagi pasukan yang tidak berjaya, anda telah lakukan yang terbaik, teruskan berlatih dan cuba lagi dalam kejohanan seterusnya. Untuk mendapatkan lebih banyak berita mengenai PUBG Mobile, sila klik pautan ini.
@gamersantaimy
Discussion about this post