Masih tercari-cari earbud yang mempunyai kualiti bunyi dan reka bentuk padu? Mari sini saya memperkenalkan satu earbud wireless baru iaitu GravaStar Sirius Pro. Apa yang saya boleh katakan adalah earbud ini cukup sempurna untuk digunakan seharian sambil “flexing” dengan reka bentuk yang cantik.
Nak tahu apa yang best dekat earbud wireless GravaStar Sirius Pro? Jom, teruskan membaca review daripada kami.
Reka bentuk packaging yang elegan

Pada asasnya, packaging yang didatangkan adalah menggunakan bahan plastik tetapi dengan reka bentuk agak ganas yang disaluti dengan warna hitam dan perak. Pada bahagian tengahnya pula, terdapat plastik lutsinar yang menampakkan bahagian dalam dan secara tidak langsung menampilkan earbud itu sendiri.
Dengan reka bentuk seperti ini, ia nampak agak menarik dan ia seakan-akan kapal angkasa lepas. Jika terbalikkan kotak packaging ini, anda akan melihat spesifikasi penuh bagi earbud GravaStar Sirius Pro.

Mari kita lihat apa yang ada dalam kotak packaging ini. Pada bahagian kiri, ia dah terlalu jelas dengan menunjukkan reka bentuk earbud. Namun, pada bahagian kanannya pula, terdapat satu kotak yang mengandungi 3 pasang plastik silikon, wayar pengecas, metal lanyard dan user manual.
Reka bentuk casing yang unik

Jika kita lihat pada design GravaStar Sirius Pro, ia seakan sama dengan versinya sebelum ini iaitu GravaStar Sirius TWS. Hal ini kerana, mereka masih menggunakan gabungan elemen mecha dan Sci-fi di mana ia menunjukkan reka bentuk dan fiksyen sains yang kuat melalui kontras antara reka bentuk dan hasil cat padanya.
Casing ini dibuat oleh bahan aloi zink yang dicat dengan matte. Dengan menggunakan bahan tersebut, ia tidak mudah pudar dan calar semasa menggunakannya. Lagi-lagi apabila dimasukkan ke dalam beg yang bercampur dengan barang-barang lain.
Untuk mengambil earbud didalamnya, anda hanya perlu menekan satu butang di sebelah kanan dan kemudian penutup akan terbuka dengan sendirinya. Cara membukannya penutup tersebut sangat unik dan memudahkan.

Yang membuatkan casing ini lebih menarik adalah ia didatangkan dengan lampu RGB yang boleh ditukar. Tetapi ia hanya terdapat 6 lampu RGB sahaja. Apabila anda mengeluarkan dan meletakkan kembali earbud, lampu RGB akan menyala secara statik dan tidak mempunyai sebarang efek. Jika anda rasa warna itu tidak sesuai dengan cita rasa, ia boleh ditukar dengan menggunakan butang di bawah casing.
Reka bentuk yang didatangkan adalah sangat unik sehingga meninggalkan ruang kosong ditengahnya. Namun, keunikan itu sangat berguna kerana ia merupakan tempat pembuka botol kaca.

Dibawah casing, ia telah tersedia butang lampu RGB, port type-C dan butang reset di mana anda boleh reset kesemua sambungan tidak kira sama ada ia laptop, PC, phone atau tablet.
Mari kita sembang tentang reka bentuk earbud itu sendiri. Ia didatangkan dengan penarafan IPX5 untuk ketahanan di mana ia boleh digunakan dalam semua keadaan kecuali masuk lautan. Dengan ketahanan yang diiktiraf, anda boleh menikmati muzik di mana-mana dan bila-bila sahaja.

Apa yang membuatkan ia menjadi lebih senang digunakan adalah berat earbud itu sendiri. Earbud datang dengan hanya 6 gram sahaja sehingga anda terlupa yang ia sedang berada di telinga.
Secara keseluruhan, earbud didatangkan dengan reka bentuk yang bulat dan ergonomik. Lagi-lagi didatangkan dengan berat yang sangat ringan, ia sangat sesuai untuk digunakan dalam jangka masa yang lama tanpa rasa ketidakselesaan. Tidak sah kalau tidak mempunyai lampu LED kerana ia akan memberitahu sama ada ia telah disambungkan dengan peranti atau sedang mengecas.
Prestasi bunyi yang mengagumkan

Terdapat perkara yang sangat istimewa tentang earbud daripada GravaStar ini. Ia telah dibina dengan algorithm audio DSP eksklusif dan mode 3-in-1 untuk memberikan anda pengalaman mendengar yang terbaik. Anda boleh menukar 3 mode ini dengan menekan butang di earbud sebanyak 3 kali. Dengan cara ini, ia dapat menukar mode dengan mudah dan mengikut situasi anda.
Untuk Gaming Mode, saya telah mencuba bermain PUBG Mobile dan hasilnya sangat mengagumkan kerana saya dapat mendengar arah tapak kaki dan jarak musuh dengan sangat tepat. Hal ini kerana ia didatangkan dengan teknologi 5,1 virtual surround sound.
Manakala Movie Mode pula, anda akan diberikan pengalaman sinematik penuh dengan bunyi HD surround sound dan boleh terasa yang anda sedang berada dalam filem tersebut.

Satu mode lagi adalah mode yang sering digunakan oleh penggemar muzik iaitu Mode Music. Saya boleh katakan yang prestasi semasa mode ini digunakan adalah memang hebat kerana bunyi yang dihasilkan sangat seimbang. Semasa saya menggunakannya, saya dapat mendengar bass yang rendah dan dalam masa yang sama dapat mendengar vokal dengan sangat jelas. Memang gabungan yang hebat.
Tambah pula dengan Knowles Balanced Armature dan 7.2mm dynamic driver, earbud Sirius Pro TWS ini dapat memberikan anda pengalaman muzik yang hebat tidak kira sama ada ianya rendah ataupun tinggi.
Sirius Pro ini dapat memberikan pengalaman bunyi yang mengasyikkan dan segar melalui Bluetooth 5.2 True Wireless Stereo. Datang pula dengan “in-ear detection”. 65ms latency, 3D surround sound, memang tak boleh disangkal lagi kehebatan earbud ini. Audio yang dikeluarkan langsung tidak mempunyai sebarang masalah dan sangat sesuai untuk digunakan semasa bermain game FPS atau rhythm.

Dengan adanya “in-ear detection”, anda boleh menggunakannya dengan bijak. Hal ini kerana, apabila anda mengeluarkan earbud daripada casing, ia akan disambungkan dengan peranti secara automatik dan apabila anda meletakkan ke dalam telinga, ia akan memainkan lagu dengan automatik. Sama juga seperti anda keluarkannya daripada telinga, ia akan menghentikan lagu yang sedang dimainkan secara automatik juga. Dengan adanya ciri-ciri seperti ini, anda dapat menjimatkan bateri earbud dan boleh digunakan dengan sangat optimum.

Selain itu, ia juga didatangkan dengan teknologi “ENC environmental dual-microphone noise cancellation”. Apabila anda mempunyai panggilan, ia akan diaktifkan secara automatik dan suara anda akan didengar dengan sangat jelas. Hal ini kerana teknologi ini dapat membuangkan bunyi latar belakang persekitaran yang tidak diinginkan.
Ia adalah earbud wireless, tidak sah kalau kami tidak menyentuh tentang bateri. Sirius Pro dapat bertahan selama 4 jam dan mempunyai 3 caj tambahan dalam casingnya. Dengan bunyi yang dihasilkan adalah sangat berkualiti, saya rasa ia sangat munasabah dengan bateri yang disediakan.
Kesimpulan

Secara keseluruhan, ciri dan prestasi GravaStar Sirius Pro adalah sangat baik. Tidak kira sama ada anda hanya mendengar muzik, menonton filem ataupun bermain game, ia adalah pilihan yang bagus. Tambah pula dengan reka bentuknya yang menggunakan gabungan mecha dan sci-fi, ia jadi sangat cantik. Bagi sesiapa yang ingin mencari earbud dengan reka bentuk lain daripada lain dan kuali bunyi yang mengagumkan, saya rasa anda patut lihat earbud dari GravaStar ini.
Untuk mendapatkan lebih banyak review, sila klik pautan ini.
@gamersantaimy
Discussion about this post