Gamer Santai
  • Berita
  • Temuramah
  • Review
  • Sister Sites
    • Wanuxi
    • Gamer Braves
    • GamerWK
    • Gamer555
No Result
View All Result
  • Berita
  • Temuramah
  • Review
  • Sister Sites
    • Wanuxi
    • Gamer Braves
    • GamerWK
    • Gamer555
No Result
View All Result
Gamer Santai
No Result
View All Result

Jojo’s Bizarre Adventure: All-Star Battle R kini tersedia di PS, Xbox & Switch!

safwan by safwan
September 1, 2022
in Artikel, Berita, Fighting, Game Baru, Nintendo Switch, PS4, PS5, Steam, Xbox One, Xbox Series X|S
0 0
0
Jojo’s Bizarre Adventure: All-Star Battle R kini tersedia di PS, Xbox & Switch!
Share on FacebookShare on Twitter

Diumumkan oleh Bandai Namco Entertainment Asia, Jojo’s Bizarre Adventure: All-Star Battle R kini telah dilancarkan di PlayStation 4, PlayStation 5, Xbox One, Xbox Series X|S dan Nintendo Switch. Manakala versi PC melalui Steam bakal tiba pada 2 September 2022.

Jojo’s Bizarre Adventure: All-Star Battle R adalah game yang diadaptasi dari siri anime popular. Game ini mengekalkan art style yang dicipta oleh Hirohiko Araki dengan ekspresi watak yang direka semula, cut-scene gerakan spesial dan pertempuran sengit yang hebat.

Bukan art style sahaja mereka kekalkan, pelakon suara juga sama seperti dalam anime. Tambah pula, mereka gunakan slogan dan dialog yang tidak boleh dilupakan dalam siri, memang bergaya nanti semasa pertempuran.

Ia juga mempunyai 50 watak daripada setiap arc dalam siri anime Jojo’s Bizarre Adventure. Memandangkan ianya adalah game remake, sudah pasti sistem pertempuran game ini telah dimodenkan sepenuhnya termasuk dari segi peningkatan tempo, lompatan demi lompatan, kombo baharu dan sistem pertempuran “assist” baru.

Senarai mode

  • Mode Pertempuran All-Star – Anda boleh melengkapkan pertempuran dengan pelbagai persediaan, termasuk menghidupkan semula pertarungan JoJo klasik dan bermain melalui pertarungan “What-If” antara watak yang berbeza, dan memperoleh ganjaran sepanjang perjalanan.
  • Mode Arcade – Lawan musuh yang dikawal oleh AI dalam lapan pertempuran berturut-turut dalam Challenge Battle atau lawan sehingga HP anda habis dalam Endless Battle.
  • Mode Versus – Lawan rakan anda atau AI dalam “Single Battle”, “Team Battle” (3v3), atau lawan lapan musuh dalam “Tournament Battle”.
  • Mode Online – Bertempur melawan rakan atau musuh dari seluruh dunia dalam perlawanan online.
  • Mode Latihan – Tajamkan skill anda dalam Mode Latihan.
  • Mode ubah suai – Gunakan “Customise Medal” yang diperoleh dalam game untuk mengubah suai watak Victory Poses dan “Taunt”.

Sebelum membeli game ini, korang sebenarnya boleh download versi demo terlebih dahulu untuk mencuba segala yang ditawarkan pada versi tersebut. Demo kini tersedia di PlayStation 4, PlayStation 5, Xbox One, Xbox Series X|S dan Nintendo Switch. Manakala versi PC melalui Steam bakal tiba pada 2 September 2022. Sama tarikh dengan hari pelancaran game itu sendiri.

Ikuti Gamer Santai untuk dapatkan lebih banyak berita menarik mengenai game, anime, teknologi dan banyak lagi daripada kami.

Jangan lupa untuk ikuti kami di TikTok!
@gamersantaimy
Previous Post

Quantic Dream Sah Diperoleh NetEase Games, Studio Pertama NetEase di Eropah!

Next Post

PS Plus September 2022 Membawa NFS Heat dan Granblue Fantasy: Versus Secara Percuma!

safwan

safwan

Peminat game dari kecik, tapi ilmu tak cukup. Sekarang masih penuhkan ilmu game di dada dan cuba menulis tentang game kegemaran. Game yang selalu main adalah Valorant dan mana-mana game action adventure.

Related Posts

Upin & Ipin Universe Dedahkan Gameplay Baharu, Game Akan Keluar 2025!
Berita

Upin & Ipin Universe Dedahkan Gameplay Baharu, Game Akan Keluar 2025!

June 8, 2025
No Straight Roads 2 – Game Ikonik Buatan Malaysia Kembali Dengan Sekuel Pada 2026!
Berita

No Straight Roads 2 – Game Ikonik Buatan Malaysia Kembali Dengan Sekuel Pada 2026!

June 8, 2025
Previu Sonic Racing: CrossWorlds – Lumba Kart, Tapi Customization Luas!
Preview

Previu Sonic Racing: CrossWorlds – Lumba Kart, Tapi Customization Luas!

June 8, 2025
Next Post
PS Plus September 2022 Membawa NFS Heat dan Granblue Fantasy: Versus Secara Percuma!

PS Plus September 2022 Membawa NFS Heat dan Granblue Fantasy: Versus Secara Percuma!

Discussion about this post

Discord Kami

Sertai Discord kami

Facebook Kami

YouTube Kami

Twitter/X Kami

Follow @GamerSantaiMY

Tweet to @GamerSantaiMY

Anime

Game MOBA ‘Dragon Ball: Gekishin Squadra’ Umum Network Test & Platform Tambahan
Berita

Game MOBA ‘Dragon Ball: Gekishin Squadra’ Umum Network Test & Platform Tambahan

June 5, 2025
Ejen Ali The Movie 2 Catat Rekod Baharu Dengan Kutipan RM34.2 Juta, Hanya Dalam 11 Hari!
Animasi

Ejen Ali The Movie 2 Catat Rekod Baharu Dengan Kutipan RM34.2 Juta, Hanya Dalam 11 Hari!

June 4, 2025
Pra-Pendaftaran Dibuka untuk RPG Open-World ‘The Seven Deadly Sins: Origin’
Berita

Pra-Pendaftaran Dibuka untuk RPG Open-World ‘The Seven Deadly Sins: Origin’

June 3, 2025
Filem Live Action ‘Under 18’ Dijangka Tiba Pada 2026
Filem

Filem Live Action ‘Under 18’ Dijangka Tiba Pada 2026

June 2, 2025
  • Tentang Kami
  • Hubungi Kami
  • Privacy & Policy

© 2017 - 2025 Digital Braves Media Group Sdn Bhd

Welcome Back!

Login to your account below

Forgotten Password?

Retrieve your password

Please enter your username or email address to reset your password.

Log In
No Result
View All Result
  • Berita
  • Temuramah
  • Review
  • Sister Sites
    • Wanuxi
    • Gamer Braves
    • GamerWK
    • Gamer555

© 2017 - 2025 Digital Braves Media Group Sdn Bhd