Gamer Santai
  • Berita
  • Temuramah
  • Review
  • Sister Sites
    • Wanuxi
    • Gamer Braves
    • GamerWK
    • Gamer555
No Result
View All Result
  • Berita
  • Temuramah
  • Review
  • Sister Sites
    • Wanuxi
    • Gamer Braves
    • GamerWK
    • Gamer555
No Result
View All Result
Gamer Santai
No Result
View All Result

[gamescom 22] Gotham Knight kenalkan villain utama, kini tiba pada 21 Oktober 2022

safwan by safwan
August 24, 2022
in Action, Artikel, Berita, Game Baru, Open World, PC, PS4, PS5, RPG, Steam, Xbox One, Xbox Series X|S
0 0
0
[gamescom 22] Gotham Knight kenalkan villain utama, kini tiba pada 21 Oktober 2022
Share on FacebookShare on Twitter

Semasa Opening Night Live dalam acara gamescom 2022, WB Games Montreal telah melancarkan trailer baharu yang memperkenalkan semua villain utama dalam Gotham Knight bersama-sama tarikh pelancaran baru pada 21 Oktober 2022.

Semakin dekat dengan tarikh pelancaran, mereka tidak melepaskan peluang untuk mendedahkan lebih banyak berkenaan game ini. Sebelum ini, kita dah lihat gameplay bagi setiap watak yang boleh dimainkan seperti Batgirl, Red Hood, Robin dan Nightwing.

Kali ini, mereka mendedahkan lebih banyak lagi dengan mengeluarkan trailer yang menampilkan villain utama dalam Gotham Knight. Dalam trailer ini, mereka mendedahkan banyak villain utama seperti Harley Quinn, Clayface, Mr. Freeze, Court of Owls dan banyak lagi. Nampaknya Renee Montoya akan bekerjasama dengan bekas pasukan Batman untuk melawan mereka semua. Korang boleh layan video trailer Gotham Knight Villain di bawah:

Untuk pengetahuan korang, Gotham Knights adalah game open world action-RPG baru yang menampilkan keluarga Batman di mana pemain boleh mengawal Batgirl, Nightwing, Red Hood dan Robin sebagai pelindung baru bandar Gotham selepas kematian Batman. Dunia penjenayah tiba-tiba semakin telah melanda Gotham, dan kini terserah kepada keluarga Batman baharu ini untuk melindungi bandar itu.

Sebelum ini, mereka telah menjadualkan Gotham Knight akan dilancarkan pada 25 Oktober 2022, namun dengan pelancaran trailer baharu, WB Games Montreal kini menukar tarikh pelancaran dengan membawanya ke hadapan iaitu pada 21 Oktober 2022. Ia akan dilancarkan di PlayStation 4, PlayStation 5, Xbox One, Xbox Series X|S dan PC melalui Steam.

Dengan tarikh pelancaran yang diawalkan bersama trailer baru bagi Gotham Knight yang menampilkan villain utama seperti Harley Quinn, nampaknya mereka sendiri tidak sabar untuk melancarkan game ini. Harap semuanya berjalan lancar selepas dilepaskan nanti.

Untuk segala liputan kami tentang gamescom 2022, sila tekan pautan ini.

Jangan lupa untuk ikuti kami di TikTok!
@gamersantaimy
Tags: gamescom 2022Gotham Knightharley quinn
Previous Post

DLC Terbaru Dying Light 2 “Bloody Ties” Akan Hadir Oktober Ini! Pra-Tempah Sekarang!

Next Post

[Review] Vanaris Tactics – Game Indie Hebat Yang Diinspirasikan Daripada Final Fantasy Tactics!

safwan

safwan

Peminat game dari kecik, tapi ilmu tak cukup. Sekarang masih penuhkan ilmu game di dada dan cuba menulis tentang game kegemaran. Game yang selalu main adalah Valorant dan mana-mana game action adventure.

Related Posts

Upin & Ipin Universe Dedahkan Gameplay Baharu, Game Akan Keluar 2025!
Berita

Upin & Ipin Universe Dedahkan Gameplay Baharu, Game Akan Keluar 2025!

June 8, 2025
No Straight Roads 2 – Game Ikonik Buatan Malaysia Kembali Dengan Sekuel Pada 2026!
Berita

No Straight Roads 2 – Game Ikonik Buatan Malaysia Kembali Dengan Sekuel Pada 2026!

June 8, 2025
Previu Sonic Racing: CrossWorlds – Lumba Kart, Tapi Customization Luas!
Preview

Previu Sonic Racing: CrossWorlds – Lumba Kart, Tapi Customization Luas!

June 8, 2025
Next Post
[Review] Vanaris Tactics – Game Indie Hebat Yang Diinspirasikan Daripada Final Fantasy Tactics!

[Review] Vanaris Tactics - Game Indie Hebat Yang Diinspirasikan Daripada Final Fantasy Tactics!

Discussion about this post

Discord Kami

Sertai Discord kami

Facebook Kami

YouTube Kami

Twitter/X Kami

Follow @GamerSantaiMY

Tweet to @GamerSantaiMY

Anime

Game MOBA ‘Dragon Ball: Gekishin Squadra’ Umum Network Test & Platform Tambahan
Berita

Game MOBA ‘Dragon Ball: Gekishin Squadra’ Umum Network Test & Platform Tambahan

June 5, 2025
Ejen Ali The Movie 2 Catat Rekod Baharu Dengan Kutipan RM34.2 Juta, Hanya Dalam 11 Hari!
Animasi

Ejen Ali The Movie 2 Catat Rekod Baharu Dengan Kutipan RM34.2 Juta, Hanya Dalam 11 Hari!

June 4, 2025
Pra-Pendaftaran Dibuka untuk RPG Open-World ‘The Seven Deadly Sins: Origin’
Berita

Pra-Pendaftaran Dibuka untuk RPG Open-World ‘The Seven Deadly Sins: Origin’

June 3, 2025
Filem Live Action ‘Under 18’ Dijangka Tiba Pada 2026
Filem

Filem Live Action ‘Under 18’ Dijangka Tiba Pada 2026

June 2, 2025
  • Tentang Kami
  • Hubungi Kami
  • Privacy & Policy

© 2017 - 2025 Digital Braves Media Group Sdn Bhd

Welcome Back!

Login to your account below

Forgotten Password?

Retrieve your password

Please enter your username or email address to reset your password.

Log In
No Result
View All Result
  • Berita
  • Temuramah
  • Review
  • Sister Sites
    • Wanuxi
    • Gamer Braves
    • GamerWK
    • Gamer555

© 2017 - 2025 Digital Braves Media Group Sdn Bhd