Trailer terbaru untuk Hogwarts Legacy telahpun didedahkan semasa acara gamescom 2022 berlangsung. Ia telah menunjukkan apa yang menanti anda apabila cuba menjadi kawan dengan Sebastian Sallow. Bukan setakat itu sahaja, maklumat tentang pra-tempah Hogwarts Legacy juga telah didedahkan. Jom kami ceritakannya secara ringkas.
Gameplay yang didedahkan menunjukkan elemen dark magic yang akan dijumpai pemain dalam dunia game tersebut. Beberapa entiti jahat juga berkeliaran di sebalik bayang-bayang. Sekiranya anda memilih untuk berkawan dengan pelajar Slytherin, Sebastian Sallow, anda akan berdepan dengan keputusan untuk menerima atau menolak Ilmu Hitam semasa anda membongkar misteri keluarganya melalui barisan pencarian temannya.

Tentang pra-tempah Hogwarts Legacy
Bermula 25 Ogos ini, Hogwarts Legacy akan tersedia untuk pra-tempah di PS5, PS4, Xbox Series X|S, Xbox One dan PC melalui Steam dan Epic Games Store. Pemilik Switch perlu menunggu pengumuman baru yang untuk pra-tempah game tersebut.
Pemain yang pra-tempah game akan mendapat bonus khas seperti berikut:
- Dark Arts Pack
- Thestral Mount
- Set kosmetik Dark Arts
- Dark Arts Battle Arena
- Onyx Hippogriff Mount
- Dark Arts Garrison Hat
- Akses 72 jam lebih awal

Hogwarts Legacy akan tersedia pada 10 Februari 2023 di platform masing-masing. Kalau anda tidak sabar untuk bermainnya, bolehlah pra-tempahnya nanti. Boleh lawati laman web rasmi untuk mendapatkan maklumat lanjut tentang game Hogwarts Legacy. Untuk mendapatkan liputan lain game daripada acara gamescom 2022, boleh klik pautan ini.
@gamersantaimy
Discussion about this post