Gamer Santai
  • Berita
  • Temuramah
  • Review
  • Sister Sites
    • Wanuxi
    • Gamer Braves
    • GamerWK
    • Gamer555
No Result
View All Result
  • Berita
  • Temuramah
  • Review
  • Sister Sites
    • Wanuxi
    • Gamer Braves
    • GamerWK
    • Gamer555
No Result
View All Result
Gamer Santai
No Result
View All Result

Preview R6 Siege: Operation Brutal Swarm — Operator baru dari Singapura, hebat dalam silat

Razin Syafiq by Razin Syafiq
September 1, 2022 - Updated on September 2, 2022
in Artikel, Berita, PC, Preview, PS4, PS5, Shooter, Steam, Ubisoft Connect, Xbox One, Xbox Series X|S
0 0
0
Preview R6 Siege: Operation Brutal Swarm — Operator baru dari Singapura, hebat dalam silat
Share on FacebookShare on Twitter

Game shooter kompetitif terkenal Rainbow Six (R6) Siege oleh Ubisoft akan memasuki Season 3 tidak lama lagi, yang diberi nama Operation Brutal Swarm! Bakal dilancarkan pada 6 September, musim R6 ini membawa banyak kandungan dan ciri baharu serta merupakan salah satu update paling saya nantikan kerana menampilkan Operator baru dari Asia Tenggara, khususnya Singapura.

Sempena itu, saya dapat menghadiri preview media bagi R6 Siege: Operation Brutal Swarm untuk melihat semua content, dan berikut adalah huraian padat tentang apa yang saya alami dan belajar:

Sesi “outdoor” bersama lebah betul

Memandangkan seluruh sejarah dan latar belakang Grim serta abiliti Kawan Hive launcher-nya berasaskan lebah, kami dibawa ke Bee Amazed Garden anjuran Ubisoft untuk merasai pengalaman sebenar bersama serangga terbang itu secara langsung.

Terletak di Kampung Kampus, pintu masuk sudah pun dipenuhi dengan standee dan poster serta visual lain bagi acara tersebut. Selepas pembentangan ringkas tentang Grim termasuk bio dan kebolehannya, kami mendapat sedikit pengenalan kepada Bee Amazed Garden oleh pemiliknya, John selaku lokasi pertama untuk preview.

Sejujurnya, saya tidak takut dengan lebah tetapi bayangkan lah ada “20 ribu” sedang terbang dekat di sekeliling kita. Selepas memakai sut pelindung yang diberikan, John membawa kami keluar untuk bertemu rakan-rakan kecilnya.

Ini adalah beberapa gambar bersama 20 ribu rakan lebah saya:

Tak perlu kata, memang seronok lah dapat bertemu dengan rakan-rakan baru saya dan terima kasih Bee Amazed kerana beri madu “R6” percuma!

Untuk sesi demo/play, kami diangkut ke lokasi seterusnya, khususnya kafe/arena siber besar bernama Reality Rift di Bugis+. Sama seperti Bee Amazed, ia penuh dengan standee dan poster untuk tahu kami tiba di destinasi dan inilah masanya kita dapat uji gameplay sebenar.

Sekali lagi ucapkan ribuan terima kasih kepada Ubisoft kerana membawa kami keluar bagi mengalami “Brutal Swarm” secara langsung termasuk bergaul dengan lebah sebenar! Pengalamannya memang best dan seronok!

Maka, di sini saya akan memulakan pengenalan rasmi tentang kemas kini tambahan dan gameplay Brutal Swarm!

Grim, Operator R6 terkini dari Singapura

Setiap Season baru R6 pasti akan mempunyai Operator baru – jadi untuk musim kali ini, kita akan memainkan “Grim”, yang berasal dari Singapura, dan menyertai organisasi Nighthaven sebagai Operator dengan statistik 3-speed, 1-armor (Attacker). Berikut adalah bio:

  • Charlie Tho Keng Boon
  • Codename: GRIM
  • Tarikh lahir: April 5th (Age 39)
  • Tempat lahir: Jurong, Singapore
  • Tinggi: 1.79m
  • Berat: 89 8kg
  • Latihan: Combat Diver Course (CDC), Clearance Diving Group (CDG), Combat Survival Training (CST), Pasir Laba Camp; Frogman School (FMS), Naval Diving Unit (NDU), Reconnaissance Commander Course (MINDEF), Singapore Armed Forces (SAF), Muay Thai, Silat

Seperti yang korang dapat lihat di atas, Grim amat serba boleh dalam medan perang terutamanya dalam misi jenis pengintipan. Bukan itu sahaja, dia juga mahir dalam Muay Thai dan Silat (yang jarang ditunjukkan atau diaplikasikan di dalam game, jadi saya memang suka rujukan ini).

Secara ringkas, Grim sesuai untuk ke arah objektif untuk melakukan peninjauan bagi pasukan ‘attacker’, di mana dia menggunakan assault rifle 552 Commando, pump-action shotgun SG-CQB, serta P229 sebagai senjata sampingan. Dia juga boleh dilengkapi dengan ‘breach charge’ atau ‘claymore’ sebagai alat generic.

Operator ini akan memastikan pemain ‘defender sentiasa berjaga-jaga dengan abiliti ‘Kawan Hive launcher’. Apabila menembak senapang ini, ia akan melepaskan segerombolan nanobot lebah yang boleh menjejaki lokasi mana-mana pihak lawan yang melaluinya. Begini cara ia berfungsi:

Launcher ini akan menembak peluru yang melekat pada apa-apa permukaan. Sebaik sahaja peluru mendarat, ia akan buka dan menjatuhkan kanister ke atas lantai. Kemudian kanister itu akan terbuka dan mengeluarkan segerombolan robot mikro di udara (aka robotik lebah) yang berlegar di kawasan itu untuk tempoh masa yang ditetapkan.

‘Lebah’ ini akan terus menjejak setiap langkah yang dibuat oleh pemain lawan yang berada di dalam radius. Jika musuh bergerak keluar dari kumpulan lebah, lokasi mereka akan di-ping beberapa kali sehingga lebah itu hilang. Satu perkara yang perlu diberi perhatian adalah lebah ini boleh menjejaki semua orang, termasuk Caveira dan Vigil, jadi pemain defender perlu bertindak pantas untuk mengelakkan diri daripada dikerumuni oleh musuh.

Namun, abiliti ini masih mempunyai kelemahan sendiri, jika tidak, nanti ramai akan mengadu terlalu OP. Nanobot lebah tidak akan diaktifkan jika mendarat di sebelah ‘Mute jammer’ (melainkan jika jammer dimusnahkan). Pada masa yang sama, berlari ke jammer selepas meninggalkan kumpulan lebih akan menghentikan ping sepenuhnya.

Kumpulan nanobot lebah juga boleh dimusnahkan oleh:

  • Pintu laser milik Aruni jika pemain cuba menembak melaluinya,
  • ADS milik Jäger jika ia terlalu dekat
  • jika digunakan terlalu dekat dengan mana-mana permukaan di bawah kesan shockwire CED-1 milik Bandit

Mendedahkan kedudukan/lokasi korang di dalam Siege boleh memberi kesan negatif dalam game, dan ini membuatkan Grim sebagai Operator yang bagus untuk mengganggu pelan Defender. Pertama, dia boleh memainkan peranan penting semasa membantu rakan sepasukan dalam mengosongkan bilik/kawasan ketika maju ke arah objektif.

Kedua, dia boleh menjaga pasukan dengan menempatkan kumpulan lebah di laluan sayap yang berpotensi menjadi tempat serang hendap. Walaupun lebah hanya akan bertahan dalam tempoh masa yang pendek, durasi itu boleh menjadi kunci kemenangan untuk pasukan Attacker.

Saya sendiri agak berminat untuk melihat bagaimana Grim akan digunakan dan apa taktik berbeza yang boleh dilakukan oleh pihak attacker dan defender. Dia mungkin akan menerima ban banyak kali tetapi kita lihat nanti apabila dia dilancarkan secara rasmi.

Grim akan tersedia papabila Operation Brutal Swarm dilancarkan pada 6 September sebagai sebahagian daripada Brutal Swarm Battle Pass, serta boleh dibuka dengan Renown atau R6 Credits.

Peta Stadium Bravo

Bersama Operation Brutal Swarm adalah kemunculan Stadium Bravo ke dalam senarai peta kompetitif termasuk mode Deathmach! Bagi mereka yang tidak tahu, peta ini sebenarnya sudah diperkenalkan pada tahun 2021 tetapi hanya tersedia semasa acara Road to SI, yang menandakan pembentukan pertandingan esport terbesar Six Invitational.

Memandangkan ini adalah peta lengkap yang ramai orang suka, majoriti pemain merasakan ia seperti membazir untuk meletakkan peta Stadium buat tempoh masa yang singkat. Maka, jawapan Ubisoft adalah untuk menambahkannya secara kekal ke senarai peta kompetitif.

Stadium Bravo, yang menggabungkan ciri-ciri terbaik daripada peta Border dan Coastline, menawarkan gabungan perspektif dan adegan pertempuran jarak dekat yang sangat sengit. Dengan bilik yang dibahagikan secara warna, ini memudahkan komunikasi antara pasukan dan bantu meningkatkan kefahaman objektif.

Peta ini mungkin terasa pelik jika anda baru bermain tetapi buat korang yang pernah mencuba semasa acara, reka bentuk keseluruhan masih adalah sama.

Update daripada segi gameplay

Untuk season baru ini, beberapa aspek tentang sistem gameplay juga menerima update/perubahan.

Untuk konsol dan PC, ‘recoil’ senjata telah diubah untuk menjadikannya lebih berkesan dan realistik. Ia akan jadi lebih sukar untuk mengekalkan ketepatan dengan tembakan ‘burst’ yang berpanjangan kerana ‘vertical recoil’ telah dilaraskan agar sesuai dengan tahap kuasa milik senjata. Semakin lama anda menekan picu, semakin susah untuk mengawal recoil.

Bagi mereka yang suka menembak bertubi-tubi dengan LMG atau senjata lain dengan ammo berkapasiti besar, sekatan ke atas senjata jenis ini kebanyakannya adalah sama. Walau bagaimanapun, kumpulan senjata itu kini mempunyai tahap recoil baru yang lebih sukar dikawal. Supaya dapat bertarung dengan berkesan, pemain perlu menyesuaikan diri dengan menembak dalam das-das yang lebih pendek.

Pada masa yang sama, recoil tembakan untuk konsol juga boleh dilaraskan secara bebas. Sebelum ini, ia diubahsuai untuk gameplay konsol berdasarkan nilai di PC, tetapi kini keperluan untuk konsol akan diuruskan secara berasingan, yang membawa kepada modifikasi yang lebih tepat untuk pengalaman konsol.

Seterusnya, penalti baru akan ditambah bagi mereka yang menjadi terlalu toksik dan tidak menghormati pemain lain dalam text chat. Sesiapa sahaja yang didapati melanggar sistem ini akan kena ‘mute’ dalam text chat selama 30 perlawanan, langsung membuatkan mesej mereka tidak dapat dilihat oleh pemain lain melainkan jika pemain tersebut memilih untuk ‘unmute’ pemain itu.


Seperti yang saya korang nampak di atas, banyak content baru akan ditambah season ini. Walaupun ada perubahan yang membuatkan saya sedih (lebih sukar untuk kawal recoil), ada banyak lagi yang saya teruja untuk cuba — lagi-lagi Grim, wakil Operator R6 Siege dari Singapura!

R6 Siege: Operation Brutal Swarm boleh dimainkan sekarang pada PC Test Server sejak 22 Ogos, manakala pelancaran rasmi dijadualkan pada 6 September. Buat sesiapa yang berminat, Rainbow Six Siege kini tersedia di PC melalui Ubisoft Connect; PS5, PS4, Xbox Series X|S, dan Xbox One.

Jangan lupa untuk ikuti kami di TikTok!
@gamersantaimy
Tags: Operation Brutal SwarmPreviewR6 Siege
Previous Post

Wild Arena Survivor – game battle royale dari Ubisoft kini tersedia di iOS & Android!

Next Post

Ubisoft rasmi umum Assassin’s Creed Mirage, inspirasi dari Timur Tengah

Razin Syafiq

Razin Syafiq

Dahulu, saya membesar seperti mana-mana kanak riang lain iaitu bersama komik, game, dan anime (Kreko, Utopia, Gempak, cd anime yang dijual kat kedai). Mula-mula, niat nak masuk bidang animasi sebab bersemangat, tapi terus tukar ke bidang game development sewaktu lanjut pelajaran. Entah bagaimana, saya kini berada dalam dunia journalism, dan memang jatuh cinta dengan industri ini. Banyak yang saya belajar, dan banyak yang saya ingin kongsi kepada awak semua di luar sana. Untuk hubungi saya, sila lawat mana-mana halaman media sosial yang diberi. Terima kasih kerana membaca penulisan, dan membenarkan saya berkembang maju. Sehingga kita berjumpa lagi!

Related Posts

RGG Studio Memperkenalkan Semula Stranger Than Heaven, Dahulu Dikenali Sebagai Project Century
Berita

RGG Studio Memperkenalkan Semula Stranger Than Heaven, Dahulu Dikenali Sebagai Project Century

June 7, 2025
Onimusha: Way of the Sword Tampilkan Musuh Dalam Game & Aksi Combat Epik
Berita

Onimusha: Way of the Sword Tampilkan Musuh Dalam Game & Aksi Combat Epik

June 7, 2025
Mundfish Umum Atomic Heart II – Bakal Lancar Pada 2026 Untuk Konsol & PC
Berita

Mundfish Umum Atomic Heart II – Bakal Lancar Pada 2026 Untuk Konsol & PC

June 7, 2025
Next Post
Ubisoft rasmi umum Assassin’s Creed Mirage, inspirasi dari Timur Tengah

Ubisoft rasmi umum Assassin's Creed Mirage, inspirasi dari Timur Tengah

Discussion about this post

Discord Kami

Sertai Discord kami

Facebook Kami

YouTube Kami

Twitter/X Kami

Follow @GamerSantaiMY

Tweet to @GamerSantaiMY

Anime

Game MOBA ‘Dragon Ball: Gekishin Squadra’ Umum Network Test & Platform Tambahan
Berita

Game MOBA ‘Dragon Ball: Gekishin Squadra’ Umum Network Test & Platform Tambahan

June 5, 2025
Ejen Ali The Movie 2 Catat Rekod Baharu Dengan Kutipan RM34.2 Juta, Hanya Dalam 11 Hari!
Animasi

Ejen Ali The Movie 2 Catat Rekod Baharu Dengan Kutipan RM34.2 Juta, Hanya Dalam 11 Hari!

June 4, 2025
Pra-Pendaftaran Dibuka untuk RPG Open-World ‘The Seven Deadly Sins: Origin’
Berita

Pra-Pendaftaran Dibuka untuk RPG Open-World ‘The Seven Deadly Sins: Origin’

June 3, 2025
Filem Live Action ‘Under 18’ Dijangka Tiba Pada 2026
Filem

Filem Live Action ‘Under 18’ Dijangka Tiba Pada 2026

June 2, 2025
  • Tentang Kami
  • Hubungi Kami
  • Privacy & Policy

© 2017 - 2025 Digital Braves Media Group Sdn Bhd

Welcome Back!

Login to your account below

Forgotten Password?

Retrieve your password

Please enter your username or email address to reset your password.

Log In
No Result
View All Result
  • Berita
  • Temuramah
  • Review
  • Sister Sites
    • Wanuxi
    • Gamer Braves
    • GamerWK
    • Gamer555

© 2017 - 2025 Digital Braves Media Group Sdn Bhd