Diablo Immortal kembali dengan satu lagi Mini Update baru. Sebelum ini, kita melalui Adventurer’s Path, mengharungi Hero’s Journey, dan memulakan transformasi sebagai Aspect of Justice dengan Season Three Battle Pass.
Selepas “maintenance” selesai, semua content yang dinyatakan di bawah akan disiarkan secara langsung termasuk perjalanan ke Fractured Plane, game mode boleh ulang Echo of the Immortal, 36 item kelas Legendary baharu dan banyak lagi untuk Diablo Immortal.
Acara masa terhad Fractured Plane

Fractured Plane ialah acara masa terhad baharu di mana pemain memasuki gauntlet 15-tingkat yang didiami oleh raksasa ganas. Perjalanan anda dalam Fractured Plane bermula tanpa peralatan, gem dan skil biasa. Sebaliknya, anda akan diberikan set skil yang telah dipilih berdasarkan kelas.
Untuk maju, anda mesti bergantung semata-mata pada kecerdasan, peralatan tidak stabil yang anda temui, dan Chaos Coins yang diperoleh selepas menewaskan musuh. Yang paling penting, hanya gear jenis Legendary yang tidak stabil boleh ditemui dalam Fractured Plane. Apabila perjalanan anda dalam Fractured Plane selesai, semua peralatan tidak stabil yang anda kumpulkan akan lenyap.
Anda boleh menukar Chaos Coins untuk item baharu atau Shards of Fortune di Chaos Broker. Shard ini akan meningkatkan Fortune Rating anda, memberikan peluang yang lebih besar untuk menerima item Legendary berkualiti tinggi daripada peti di setiap tingkat.
Jika cukup bijak untuk sampai ke tingkat 15 tanpa mati lebih daripada lima kali, anda akan menerima ganjaran. Daripada semua item Legendary yang anda temui, pilih enam, dan daripada enam itu, anda akan diberi ganjaran satu secara rawak untuk bawa keluar dari Fractured Plane.
Echo of the Immortal

Mulai sekarang hingga 14 September, Echo of the Immortal— sebuah game mode boleh ulang masa terhad, akan tersedia untuk pemain yang sekurang-kurangnya Level 40 untuk mempamerkan kehebatan PvP mereka dalam perlawanan ala Challenge of the Immortal.
Dalam Echo of the Immortal, 15 pemain akan berhadapan dengan seorang pemain dengan kuasa Immortal yang dipilih secara rawak. Jika sekumpulan itu menang dan berjaya menewaskan Immortal, perlawanan itu menjadi free-for-all di mana hanya yang terbaik dari yang terbaik akan memperoleh ganjaran. Untuk cuba, anda boleh bercakap dengan Battleground Captain di Westmarch.
36 item Legendary baru

Sejumlah senjata dan perisai mengancam telah ditambah dalam content update hari ini. Banyak kuasa Legendary tertumpu pada efek crowd control. Setiap kelas telah menerima 6 item, menambahkan lebih banyak Legendary affix untuk build anda. Korang boleh baca lebih lanjut tentang item Legendary baru di sini.
Untuk senarai penuh bagi Diablo Immortal Mini Update, korang boleh baca di sini.
@gamersantaimy
Discussion about this post