Gamer Santai
  • Berita
  • Temuramah
  • Review
  • Sister Sites
    • Wanuxi
    • Gamer Braves
    • GamerWK
    • Gamer555
  • Borderlands 4
No Result
View All Result
  • Berita
  • Temuramah
  • Review
  • Sister Sites
    • Wanuxi
    • Gamer Braves
    • GamerWK
    • Gamer555
  • Borderlands 4
No Result
View All Result
Gamer Santai
No Result
View All Result

RPG Gothic 1 Remake pamerkan visual baru, musuh Minecrawler dapat reka bentuk moden

Razin Syafiq by Razin Syafiq
August 13, 2022
in Artikel, Berita, PC, PS5, RPG, Xbox Series X|S
0 0
0
RPG Gothic 1 Remake pamerkan visual baru, musuh Minecrawler dapat reka bentuk moden
Share on FacebookShare on Twitter

Untuk memberi peluang kepada mereka yang tidak sempat mencuba, THQ Nordic sedang sibuk menghasilkan Gothic 1 Remake, sebuah remake kepada RPG klasik yang dikeluarkan pada tahun 2001. Walaupun sudah lama kita tidak mendengar berita tentang projek itu, akhirnya berita baru termasuk update tentang musuh Minecrawler telah sampai melalui acara Digital Showcase istimewa hari ini.

Mereka yang pernah bermain game Gothic original pasti tidak sabar untuk melihatnya dalam perspektif yang moden tetapi bagi mereka yang tidak pernah mencuba, anda tidak akan ketinggalan kerana remake ini menerima pelbagai upgrade dan perubahan besar. Berikut adalah sinopsis supaya pemain faham kisah keseluruhan:

Untuk memperoleh mineral ajaib bagi membuat senjata lagi kuat, King Rhobar II telah menyuruh semua banduan untuk mengumpul bijih ajaib itu di lombong Khorinis. Bagi mengelakkan banduan daripada melarikan diri, si Raja menyuruh ahli sihirnya untuk membuat pelindung ajaib di sekeliling pulau itu.

Sesuatu yang pelik telah terjadi kepada pelindung itu lalu mengubah lombong menjadi kawasan yang dikawal oleh individu-individu ganas dan raksasa berbahaya. Maka, Raja itu terpaksa berunding dengan banduan ketika mereka berpecah kepada puak masing-masing di dalam lombong. Tanpa disedari oleh sesiapa, anda adalah salah seorang daripada banduan tersebut.

Di sini kita akan bermain sebagai “the Nameless Hero, seorang banduan yang kedatangannya di pulau itu bakal mengubah segala-galanya.

Walaupun mempunyai matlamat untuk kekal setia kepada game original, sistem pertempuran telah direka semula secara keseluruhan untuk dibawa ke zaman moden. Bukan itu sahaja, seluruh persekitaran pulau termasuk penghuninya seperti banduan, musuh manusia, dan raksasa menerima upgrade supaya sesuai pada generasi ini.

Malangnya, tarikh keluaran rasmi Gothic 1 Remake tidak diumumkan tetapi kita tahu ia akan dilancarkan di PS5, Xbox Series dan PC. Walau apapun, anda boleh melihat trailer baru di bawah yang menampilkan raksasa ikonik “Minecrawler”, sejenis labah-labah gergasi yang menghuni perlombongan di bawah tanah!

Untuk segala liputan kami tentang game terkini, sila tekan pautan ini.

Tags: GothicRemakeTHQ Nordic
Previous Post

Wreckreation – Game Ala-Ala Hot Wheels, Anda Boleh Bina Litar Tambahan sendiri!

Next Post

THQ Nordic buka playtest Stuntfest – World Tour pada 13-14 Ogos 2022

Razin Syafiq

Razin Syafiq

Dahulu, saya membesar seperti mana-mana kanak riang lain iaitu bersama komik, game, dan anime (Kreko, Utopia, Gempak, cd anime yang dijual kat kedai). Mula-mula, niat nak masuk bidang animasi sebab bersemangat, tapi terus tukar ke bidang game development sewaktu lanjut pelajaran. Entah bagaimana, saya kini berada dalam dunia journalism, dan memang jatuh cinta dengan industri ini. Banyak yang saya belajar, dan banyak yang saya ingin kongsi kepada awak semua di luar sana. Untuk hubungi saya, sila lawat mana-mana halaman media sosial yang diberi. Terima kasih kerana membaca penulisan, dan membenarkan saya berkembang maju. Sehingga kita berjumpa lagi!

Related Posts

Di Sebalik Tabir ACE COMBAT 8 – Pesawat Lebih Realistik, Awan Penentu Strategi & Fizik Letupan Baharu!
Temuramah

Di Sebalik Tabir ACE COMBAT 8 – Pesawat Lebih Realistik, Awan Penentu Strategi & Fizik Letupan Baharu!

June 4, 2026
Previu ACE COMBAT 8: WINGS OF THEVE – Perang Udara yang Jauh Lebih Realistik!
Preview

Previu ACE COMBAT 8: WINGS OF THEVE – Perang Udara yang Jauh Lebih Realistik!

June 4, 2026
The Lost Wild – Game Dinosaur Survival Yang Mengutamakan Stealh & Saspens!
Berita

The Lost Wild – Game Dinosaur Survival Yang Mengutamakan Stealh & Saspens!

June 4, 2026
Next Post
THQ Nordic buka playtest Stuntfest – World Tour pada 13-14 Ogos 2022

THQ Nordic buka playtest Stuntfest - World Tour pada 13-14 Ogos 2022

Discussion about this post

Discord Kami

Sertai Discord kami

Facebook Kami

YouTube Kami

Twitter/X Kami

Follow @GamerSantaiMY

Tweet to @GamerSantaiMY

Anime

TV Tokyo Rancang Beberapa Projek Game Naruto Sempena Ulang Tahun Ke-25, Paling Awal Keluar Tahun 2027!
Anime

TV Tokyo Rancang Beberapa Projek Game Naruto Sempena Ulang Tahun Ke-25, Paling Awal Keluar Tahun 2027!

June 2, 2026
Gintama the Movie: Yoshiwara in Flames Akan Datang Ke GSC, Bersama Fan Screening!
Anime

Gintama the Movie: Yoshiwara in Flames Akan Datang Ke GSC, Bersama Fan Screening!

June 1, 2026
Anime Tomb Raider King Akan Mula Tayangan 8 Julai Ini!
Anime

Anime Tomb Raider King Akan Mula Tayangan 8 Julai Ini!

May 29, 2026
Jam Tangan Ulang Tahun Ke-30 Initial D Dibuka untuk Pra-Tempah di Malaysia!
Anime

Jam Tangan Ulang Tahun Ke-30 Initial D Dibuka untuk Pra-Tempah di Malaysia!

May 28, 2026
  • Tentang Kami
  • Hubungi Kami
  • Privacy & Policy

© 2017 - 2025 Digital Braves Media Group Sdn Bhd

Welcome Back!

Login to your account below

Forgotten Password?

Retrieve your password

Please enter your username or email address to reset your password.

Log In
No Result
View All Result
  • Berita
  • Temuramah
  • Review
  • Sister Sites
    • Wanuxi
    • Gamer Braves
    • GamerWK
    • Gamer555
  • Borderlands 4

© 2017 - 2025 Digital Braves Media Group Sdn Bhd