Gamer Santai
  • Berita
  • Temuramah
  • Review
  • Sister Sites
    • Wanuxi
    • Gamer Braves
    • GamerWK
    • Gamer555
  • Borderlands 4
No Result
View All Result
  • Berita
  • Temuramah
  • Review
  • Sister Sites
    • Wanuxi
    • Gamer Braves
    • GamerWK
    • Gamer555
  • Borderlands 4
No Result
View All Result
Gamer Santai
No Result
View All Result

Game klasik Alone In The Dark dapat remake, game pertama yang cipta genre Survival Horror

Razin Syafiq by Razin Syafiq
August 13, 2022
in Artikel, Berita, PC, PS5, Seram, Xbox Series X|S
0 0
0
Game klasik Alone In The Dark dapat remake, game pertama yang cipta genre Survival Horror
Share on FacebookShare on Twitter

Hari ini, THQ Nordic telah mengumumkan remake bagi game survival horror klasik Alone In The Dark untuk konsol PS5, Xbox Series dan PC di acara Digital Showcase. Siri ini, terutamanya untuk game pertama, diakui secara meluas sebagai pelopor kepada genre “survival horror” dan sering dikreditkan sebagai pencipta genre itu. Kisah original adalah berdasarkan karya H. P. Lovecraft, di mana sebanyak 6 game telah dihasilkan untuk francais ini.

Menurut trailer yang ditunjukkan, game reboot akan berlangsung pada tahun 1920-an di selatan Amerika Syarikat dan memberi penghormatan kepada judul klasik yang berasal dari tahun 90-an. Di sini, kita akan melawan raksasa dan menyelesaikan teka-teki untuk membongkarkan kebenaran. Sama seperti Resident Evil 2, anda akan bermain sebagai dua watak, Edward Carnby dan Emily Hardwood, yang kedua-duanya mempunyai kempen yang saling berkait.

Sinopsis:

“Di selatan Amerika Syarikat pada tahun 1920-an, pakcik Emily Hartwood telah hilang. Diiringi oleh detektif Edward Carnby, mereka pergi mencarinya di rumah agam Derceto, sebuah rumah sakit jiwa di mana “sesuatu berkeliaran…

Anda akan bertemu dengan individu aneh, mimpi ngeri, raksasa berbahaya, dan membongkarkan kebenaran di sebalik sebuah konspirasi jahat. Pada pertemuan antara realiti, misteri dan kegilaan, pengembaraan yang menanti anda mungkin menjejaskan kewarasan. Siapa yang anda akan percaya, apa yang anda akan percaya dan apa yang akan anda lakukan seterusnya??”

Ciri-ciri utama:

  • Terokai rumah agam Derceto dalam remake Alone in the Dark ini, surat cinta kepada game klasik seram 90-an.
  • Kembali ke asas seram psikologi dan alami pengembaraan atmosfera yang sesuai dengan game yang mengasaskan genre itu.
  • Asyikkan diri anda dalam dunia yang dikelilingi oleh bunyi menakutkan dengan latar belakang jazz.
  • Rasakan adrenalin semasa anda bermati-matian mencuba untuk bertahan hidup dalam dunia di mana realiti mula runtuh, kejahatan mengintai daripada bayang-bayang, dan peluru adalah terhad.
  • Alami mimpi ngeri ini dari perspektif Emily Hartwood atau Edward Carnby dan terokai rahsia gelap rumah agam Gothic.
  • Lalui kisah psikologi kompleks yang ditulis oleh penulis skrip Mikael Hedberg, pengarang SOMA dan Amnesia.

Tarikh pelancaran rasmi bagi Alone In The Dark Remake tidak didedahkan tetapi sekurang-kurangnya kita tahu game ini akan dilancarkan di PS5, Xbox Series, dan PC. Untuk segala liputan kami tentang game terkini, sila tekan pautan ini.

Tags: Alone In The DarkRemakesurvival horror
Previous Post

[Review] Way of the Hunter – Rasai pengalaman memburu seperti dunia sebenar

Next Post

THQ Nordic Dedahkan Lebih Lanjut Tentang Outcast 2: A New Beginning! Akan Keluar di PS5, Xbox Series dan PC!

Razin Syafiq

Razin Syafiq

Dahulu, saya membesar seperti mana-mana kanak riang lain iaitu bersama komik, game, dan anime (Kreko, Utopia, Gempak, cd anime yang dijual kat kedai). Mula-mula, niat nak masuk bidang animasi sebab bersemangat, tapi terus tukar ke bidang game development sewaktu lanjut pelajaran. Entah bagaimana, saya kini berada dalam dunia journalism, dan memang jatuh cinta dengan industri ini. Banyak yang saya belajar, dan banyak yang saya ingin kongsi kepada awak semua di luar sana. Untuk hubungi saya, sila lawat mana-mana halaman media sosial yang diberi. Terima kasih kerana membaca penulisan, dan membenarkan saya berkembang maju. Sehingga kita berjumpa lagi!

Related Posts

Langrisser: Sea of Sword – Combat Dual-Hero Dengan Dunia Bebas Untuk Meneroka
Berita

Langrisser: Sea of Sword – Combat Dual-Hero Dengan Dunia Bebas Untuk Meneroka

July 22, 2026
Sankei Digital & Eliphant Bersatu Untuk Bawa Game Tempatan ke Pentas Dunia
Industri

Sankei Digital & Eliphant Bersatu Untuk Bawa Game Tempatan ke Pentas Dunia

July 22, 2026
Previu Persona 4 Revival – Kita Kembali Ke Midnight Channel, Rupa Paras & Gameplay Lagi Dinamik
Preview

Previu Persona 4 Revival – Kita Kembali Ke Midnight Channel, Rupa Paras & Gameplay Lagi Dinamik

July 22, 2026
Next Post
THQ Nordic Dedahkan Lebih Lanjut Tentang Outcast 2: A New Beginning! Akan Keluar di PS5, Xbox Series dan PC!

THQ Nordic Dedahkan Lebih Lanjut Tentang Outcast 2: A New Beginning! Akan Keluar di PS5, Xbox Series dan PC!

Discussion about this post

Discord Kami

Sertai Discord kami

Facebook Kami

YouTube Kami

Twitter/X Kami

Follow @GamerSantaiMY

Tweet to @GamerSantaiMY

Anime

TV Tokyo Rancang Beberapa Projek Game Naruto Sempena Ulang Tahun Ke-25, Paling Awal Keluar Tahun 2027!
Anime

TV Tokyo Rancang Beberapa Projek Game Naruto Sempena Ulang Tahun Ke-25, Paling Awal Keluar Tahun 2027!

June 2, 2026
Gintama the Movie: Yoshiwara in Flames Akan Datang Ke GSC, Bersama Fan Screening!
Anime

Gintama the Movie: Yoshiwara in Flames Akan Datang Ke GSC, Bersama Fan Screening!

June 1, 2026
Anime Tomb Raider King Akan Mula Tayangan 8 Julai Ini!
Anime

Anime Tomb Raider King Akan Mula Tayangan 8 Julai Ini!

May 29, 2026
Jam Tangan Ulang Tahun Ke-30 Initial D Dibuka untuk Pra-Tempah di Malaysia!
Anime

Jam Tangan Ulang Tahun Ke-30 Initial D Dibuka untuk Pra-Tempah di Malaysia!

May 28, 2026
  • Tentang Kami
  • Hubungi Kami
  • Privacy & Policy

© 2017 - 2025 Digital Braves Media Group Sdn Bhd

Welcome Back!

Login to your account below

Forgotten Password?

Retrieve your password

Please enter your username or email address to reset your password.

Log In
No Result
View All Result
  • Berita
  • Temuramah
  • Review
  • Sister Sites
    • Wanuxi
    • Gamer Braves
    • GamerWK
    • Gamer555
  • Borderlands 4

© 2017 - 2025 Digital Braves Media Group Sdn Bhd