Gamer Santai
  • Berita
  • Temuramah
  • Review
  • Sister Sites
    • Wanuxi
    • Gamer Braves
    • GamerWK
    • Gamer555
  • Borderlands 4
No Result
View All Result
  • Berita
  • Temuramah
  • Review
  • Sister Sites
    • Wanuxi
    • Gamer Braves
    • GamerWK
    • Gamer555
  • Borderlands 4
No Result
View All Result
Gamer Santai
No Result
View All Result

Naruto Shippuden Musim 1-4 tiba di Netflix! Boleh tonton sekarang!

Razin Syafiq by Razin Syafiq
August 9, 2022
in Anime, Artikel, Berita, Manga, Movie/siri, Netflix
0 0
0
Naruto Shippuden Musim 1-4 tiba di Netflix! Boleh tonton sekarang!
Share on FacebookShare on Twitter

Siapa saja yang tidak kenal Naruto! Sebelum ini disiarkan di TV3 dan Animax di Malaysia, kini anime popular itu telah tiba di platform streaming Netflix. Secara lebih khusus lagi, Naruto Shippuden Musim 1 hingga 4 boleh ditonton sekarang di Netflix!

Anime itu boleh ditonton dalam dua pilihan audio: bahasa Jepun original atau bahasa Cina dengan sarikata bahasa Melayu atau Inggeris. Malangnya, kita tidak dapat versi Naruto yang diterjemahkan seperti zaman TV3 dahulu.

Jadi apa yang berlaku dalam Naruto Shippuden? Selepas menghabiskan masa dua setengah tahun melatihkan diri di bawah Jiraiya, Uzumaki Naruto akhirnya pulang ke kampung Konoha. Namun, organisasi Akatsuki kembali aktif dan mula menculik tuan badan bagi “Raksasa Berekor”. Kini, pasukan 7 dan ninja Konoha lain harus melawan mereka sambil meneruskan usaha untuk mencari Uchiha Sasuke.

Di bawah adalah sinopsis untuk setiap musim:

  • Naruto Shippuden: Season 1
    • Naruto dan pasukannya harus menentang cabaran baru, iaitu melawan organisasi Akatsuki yang jahat untuk menyelamatkan Gaara, kini Kazekage untuk Sunagakure.
  • Naruto Shippuden: Season 2
    • Ninja-ninja Konoha telah kembali, tetapi Naruto terpaksa mencari ahli pasukan baru apabila Kakashi dimasukkan ke hospital. Mereka berjalan ke Jambatan Tenchi untuk bertemu ejen rahsia Sasori, salah seorang daripada Akatsuki.
  • Naruto Shippuden: Season 3 
    • Kakashi mempunyai program latihan baru untuk Naruto, yang mengalami mimpi buruk tentang musang syaitan. Pasukan itu kemudian bertemu Sora, seorang sami dengan masa lalu yang membimbangkan.
  • Naruto Shippuden: Season 4
    • Akatsuki mulakan langkah sekali lagi untuk mencari tuan badan Raksasa Berekor. Naruto meneruskan latihannya untuk menghadapi pertarungan besar seterusnya.

Bagi mereka yang baru berjinak dengan siri ini, saya sarankan anda untuk menonton anime original Naruto (Part 1) dahulu sebelum bermula dengan Shippuden. Ini kerana penonton sekurang-kurangnya dapat membiasakan diri dengan latar belakang watak dan tahu serba sedikit tentang apa yang terjadi dalam jalan cerita. Yang paling best sekali adalah Part 1 pun boleh ditonton di Netflix dan merangkumi semua episod!

Saya hanya mampu beri satu amaran sahaja: Naruto (Part 1) ialah anime yang sangat panjang. Di Netflix sahaja, ia mempunyai 9 musim, jadi agak memakan masa melainkan jika korang ingin buat sesi “marathon”. Selain itu, peminat tegar boleh terusnya melihat Naruto Shippuden di akaun Netflix masing-masing!

Naruto merupakan siri manga/anime oleh Masashi Kishimoto yang mengisahkan tentang Naruto Uzumaki, seorang ninja muda yang mencari pengiktirafan daripada rakan sebayanya dan berimpian menjadi Hokage, ketua kampungnya. Kisah ini diceritakan dalam dua bahagian – set pertama dalam tahun-tahun pra-remaja Naruto, dan yang kedua dalam masa remajanya.

Manga telah diadaptasi ke dalam siri televisyen anime yang dihasilkan oleh Pierrot dan Aniplex, yang menyiarkan 220 episod di Jepun dari 2002 hingga 2007. Naruto: Shippuden, sekuel kepada siri asal, ditayangkan di Jepun pada 2007, dan berakhir pada 2017, selepas 500 episod.

Untuk baca segala liputan kami tentang Naruto termasuk fakta dan trivia menarik, sila tekan pautan ini.

Tags: animenarutonaruto shippudennetflix
Previous Post

Ousama Ranking Dapat Spin-Off, Akan Tunjukkan Adegan yang Tiada Dalam Siri Anime!

Next Post

One Piece FILM RED terlampau muzikal, peminat beri rating rendah

Razin Syafiq

Razin Syafiq

Dahulu, saya membesar seperti mana-mana kanak riang lain iaitu bersama komik, game, dan anime (Kreko, Utopia, Gempak, cd anime yang dijual kat kedai). Mula-mula, niat nak masuk bidang animasi sebab bersemangat, tapi terus tukar ke bidang game development sewaktu lanjut pelajaran. Entah bagaimana, saya kini berada dalam dunia journalism, dan memang jatuh cinta dengan industri ini. Banyak yang saya belajar, dan banyak yang saya ingin kongsi kepada awak semua di luar sana. Untuk hubungi saya, sila lawat mana-mana halaman media sosial yang diberi. Terima kasih kerana membaca penulisan, dan membenarkan saya berkembang maju. Sehingga kita berjumpa lagi!

Related Posts

Reviu Farming Simulator 26 (Nintendo Switch) – Pertanian Santai “On-The-Go,” Tapi Grafik Pula Kurang Menjadi
Review

Reviu Farming Simulator 26 (Nintendo Switch) – Pertanian Santai “On-The-Go,” Tapi Grafik Pula Kurang Menjadi

Pokémon Center Singapore Bakal Dibuka Semula 1 Julai 2026 – Wajah Baru, Merchandise Baru!
Jom Singgah!

Pokémon Center Singapore Bakal Dibuka Semula 1 Julai 2026 – Wajah Baru, Merchandise Baru!

June 5, 2026
RGG Studio Umum Jualan Hebat Di Steam, Harga Diskaun Untuk Like a Dragon, Yakuza & Banyak Lagi!
Promosi

RGG Studio Umum Jualan Hebat Di Steam, Harga Diskaun Untuk Like a Dragon, Yakuza & Banyak Lagi!

June 5, 2026
Next Post
One Piece FILM RED terlampau muzikal, peminat beri rating rendah

One Piece FILM RED terlampau muzikal, peminat beri rating rendah

Discussion about this post

Discord Kami

Sertai Discord kami

Facebook Kami

YouTube Kami

Twitter/X Kami

Follow @GamerSantaiMY

Tweet to @GamerSantaiMY

Anime

TV Tokyo Rancang Beberapa Projek Game Naruto Sempena Ulang Tahun Ke-25, Paling Awal Keluar Tahun 2027!
Anime

TV Tokyo Rancang Beberapa Projek Game Naruto Sempena Ulang Tahun Ke-25, Paling Awal Keluar Tahun 2027!

June 2, 2026
Gintama the Movie: Yoshiwara in Flames Akan Datang Ke GSC, Bersama Fan Screening!
Anime

Gintama the Movie: Yoshiwara in Flames Akan Datang Ke GSC, Bersama Fan Screening!

June 1, 2026
Anime Tomb Raider King Akan Mula Tayangan 8 Julai Ini!
Anime

Anime Tomb Raider King Akan Mula Tayangan 8 Julai Ini!

May 29, 2026
Jam Tangan Ulang Tahun Ke-30 Initial D Dibuka untuk Pra-Tempah di Malaysia!
Anime

Jam Tangan Ulang Tahun Ke-30 Initial D Dibuka untuk Pra-Tempah di Malaysia!

May 28, 2026
  • Tentang Kami
  • Hubungi Kami
  • Privacy & Policy

© 2017 - 2025 Digital Braves Media Group Sdn Bhd

Welcome Back!

Login to your account below

Forgotten Password?

Retrieve your password

Please enter your username or email address to reset your password.

Log In
No Result
View All Result
  • Berita
  • Temuramah
  • Review
  • Sister Sites
    • Wanuxi
    • Gamer Braves
    • GamerWK
    • Gamer555
  • Borderlands 4

© 2017 - 2025 Digital Braves Media Group Sdn Bhd