Baru-baru ini, terdapat berita yang mengatakan game arcade popular dari zaman 80-an, Pac-Man akan mendapat filem live action yang akan dibangunkan oleh Wayfarer dan Bandai Namco.
Menurut The Hollywood Reporter, idea itu datang daripada penerbit filem Sonic the Hedgehog (2020) iaitu Chuck Williams. Bagi pihak Wayfarer, mereka menghantar Baldoni, Manu Gargi dan Andrew Calof sebagai penerbit daripada pihaknya. Manakala Chucks Williams bersama Tim Kwok akan menjadi penerbit daripada pihak Lightbeam Entertainment.

Kalau korang nak tahu, Pac-Man telah dikeluarkan buat kali pertama di Amerika Syarikat pada tahun 1980. Ia adalah game yang ringkas di mana anda akan bermain sebagai benda warna kuning bernama Pac-Man berjalan mengelilingi “maze”, memakan “pellet” dan mengelak daripada hantu.
Pada asalnya, ia adalah game arcade. Tetapi apabila dunia menjadi semakin moden dan mempunyai pelbagai platform, Pac-Man kini boleh dimainkan di mana-mana sahaja. Kalau anda pergi Google dan cari Pac-Man, Google sendiri akan keluarkan game tersebut.

Buat masa sekarang, masih banyak maklumat yang tidak didedahkan termasuk jalan cerita, barisan pelakon dan gambaran sebagai filem live-action. Dengan berita ini dikeluarkan, banyak sudah game yang telah menerima adaptasi menjadi filem termasuk filem Super Mario Bros yang akan datang.

Saya ingin mengingatkan anda sekali lagi bahawa filem Pac-Man live-action masih belum mula penggambaran dan baru sahaja mengeluarkan idea. Malah, jalan cerita pun masih tiada. Harapnya, semua berjalan dengan lancar. Anda rasa rupa Pac-Man nanti macam mana, adakah sama dengan yang muncul dalam filem Pixel? Jom kita sama-sama nantikan.
Ikuti Gamer Santai untuk mendapatkan lebih banyak berita menarik mengenai filem, game, anime dan banyak lagi daripada kami.
@gamersantaimy
Discussion about this post