Manga Black Clover diteruskan lagi dengan bab terbaru iaitu 333 yang bertajuk “The World’s Savior and Its Flaw“. Tidak banyak perkara yang berlaku dalam bab terbaru melainkan latar belakang antagonis utama yang didedahkan buat kali pertama. Jadi, kami ingin kongsikan kepada anda berkenaan latar belakang antagonis utama, Lucius Zogratis setakat bab terbaru manga Black Clover.
Dalam bab sebelum ini, antagonis utama, Lucius telah munculkan dirinya di depan Asta dan lain-lain dengan mengatakan ini adalah penghujungnya.
Amaran: Berikut mengandungi spoiler untuk Black Clover bab 333 “The World’s Savior and Its Flaw”

Pada pengawalan bab terbaru, Tabata membawa kita ke belakang masa sekejap dengan memperkenalkan latar belakang Lucius. Ia bermula dengan dua soalan yang sangat besar iaitu “Siapa kita? Apa yang kita hendak capai?”.
Lucius merupakan manusia yang sangat istimewa kerana dia dilahirkan dengan 2 jiwa dalam satu badan. Dengan keistimewaan yang dia ada, Lucius telah menjadi “devil-host” yang sangat berpotensi dalam sejarah keluarganya.

Dengan menjadi devil-host kepada Supreme Devil Astaroth yang mempunyai “time magic”, Lucius beranggapan yang dia akan dapat jawapan bagi soalan-soalan tersebut.
Walaupun hanya sedikit sahaja yang dikongsikan, kita boleh nampak bahawa rumah yang didiami oleh Lucius mempunyai tempat khas yang seakan sama seperti yang pernah kita lihat sebelum ini di rumah Nacht semasa dia mencuba untuk menjadi devil-host kepada Lucifugus.

Jika lihat pada bab sebelum-sebelum ini di mana keluarga Nacht telah meninggal dunia akibat membuat ritual devil Lucifugus, mungkin apa yang berlaku pada keluarga Lucius adalah sama. Hal ini kerana, mereka tidak pernah menunjukkan ibu bapa keluarga tersebut dan besar kemungkinan telah meninggal dunia juga akibat yang sama.
Bagi mencapai matlamatnya, dia menggunakan jiwanya yang satu lagi iaitu Julius sebagai tempat dia bersembunyi. Dan kini, dia telah munculkan dirinya dan bertukar daripada Julius kepada Lucius.

Kita juga melihat flashback bagaimana Lucius mengambil alih badan tersebut daripada Julius. Semasa berlakunya perkara itu, Lucius mengatakan yang dia telah melihat segalanya di mana dunia yang aman. Dia juga mengatakan yang orang yang paling rapat dengan dia iaitu Julius pun tidak dapat faham bagaimana perkara itu berlaku.
Apapun yang berlaku sekarang, banyak lagi soalan daripada para peminat yang masih tidak terjawab. Dengan pendedahan yang sangat sedikit, ramai peminat yang tidak sabar untuk menyaksikan bab terbaru Black Clover pada hujung minggu nanti.

Setakat ini sahaja perkongsian berkenaan latar belakang antagonis utama Lucius setakat yang didedahkan dalam Black Clover buat masa sekarang. Saya pasti banyak lagi yang akan didedahkan dalam bab seterusnya. Untuk mendapatkan lebih banyak berita mengenai Black Clover, sila klik pautan ini.
@gamersantaimy
Discussion about this post