Gamer Santai
  • Berita
  • Temuramah
  • Review
  • Sister Sites
    • Wanuxi
    • Gamer Braves
    • GamerWK
    • Gamer555
  • Borderlands 4
No Result
View All Result
  • Berita
  • Temuramah
  • Review
  • Sister Sites
    • Wanuxi
    • Gamer Braves
    • GamerWK
    • Gamer555
  • Borderlands 4
No Result
View All Result
Gamer Santai
No Result
View All Result

[Giveaway] Komen untuk menang bundle lengkap Darksiders 1-3 & Genesis (PC Steam)!

Razin Syafiq by Razin Syafiq
August 8, 2022 - Updated on August 9, 2022
in Action, Adventure, Artikel, Berita, Giveaway, PC, Steam
0 0
0
[Giveaway] Komen untuk menang bundle lengkap Darksiders 1-3 & Genesis (PC Steam)!
Share on FacebookShare on Twitter

Dengan kerjasama THQ Nordic, kali ini akan membuat giveaway besar-besaran yang memfokuskan pada siri Darksiders! Di sini, korang berpeluang untuk memenangi bundle lengkap Darksiders: Warmastered Edition, Darksiders II: The Deathinitive Edition, Darksiders III dan Darksiders Genesis versi PC Steam!

Mungkin ada yang baru pertama kali mendengar tentang game ini, jadi izinkan saya bagi rumusan pendek.

Pendek kata, Darksiders adalah francais game hack and slash action-adventure yang berlatarkan Bumi pasca-apokaliptik. Manusia hampir pupus dan “angel” kini bertarung “demon” untuk menentukan siapa yang boleh mengawal dunia. Antaranya ialah “Four Horsemen of the Apocalypse, warga terakhir dari “Nephilim” yang ditugaskan untuk membawa keseimbangan kepada alam semesta.

Darksiders: Warmastered Edition

  • Entri pertama dalam francais. War, salah seorang daripada Four Horsemen of the Apocalypse, mendapati dirinya berada di Bumi di tengah-tengah peperangan antara “Heaven” dan “Hell”. Selepas War dibunuh dalam pertempuran, Charred Council menyalahkannya kerana memusnahkan keseimbangan dan memulakan kiamat. War bersumpah untuk mencari orang yang bertanggungjawab, jadi dia dihantar kembali ke Bumi, di mana 100 tahun telah berlalu, untuk mencarinya.

Darksiders II: The Deathinitive Edition

  • Entri kedua dalam francais yang kisahnya berlaku “selari dengan game pertama”, kali ini dengan Death sebagai protagonis (ahli kedua Four Horsemen of the Apocalypse). Dia percaya adiknya War tidak bersalah dan bertekad untuk membersihkan namanya sambil cuba membangkitkan semula umat manusia.

Darksiders III

  • Entri ketiga dalam francais di mana Fury, ahli ketiga Four Horsemen of the Apocalypse menjadi protagonis. Kisah game ini juga berlaku sejajar dengan dua game di atas; Fury dihantar untuk menawan semula semua Seven Deadly Sins yang melarikan diri. Walau bagaimanapun, dia mendapat tahu bahawa ini hanya muslihat untuk menyingkirkannya bersama semua umat manusia.

Darksiders Genesis

  • Prekuel spin-off daripada siri utama, Darksiders Genesis ialah “top-down RPG” yang Horseman keempat dan terakhir, Strife, bersama abangnya War, dipanggil untuk menyelamatkan manusia daripada kemusnahan tertentu di tangan Lucifer.

Seperti saya kata tadi di atas, kami mencari beberapa pemenang dan setiap pemenang akan memenangi bundle lengkap Darksiders daripada 1-3 dan Genesis versi PC Steam. Kalau anda ingin bermainnya, jom sertai giveaway Darksiders ini! Syaratnya mudah sahaja, cuma perlu menjawab soalan dan ikuti langkah-langkah dibawah:

Langkah 1: Korang kena “LIKE” Facebook Page Gamer Santai dan THQ Nordic SEA

Langkah 2: Jawab soalan ini di bahagian komen:

  • Siapakah Horsemen kegemaran anda?

Langkah 3: Share artikel ini secara “public” dan tag 3 kawan

Syarat kemasukan dan tarikh pengumuman pemenang

  • Giveaway akan berakhir pada 12 Ogos 2022 jam 4PM;
  • Pemenang akan diumumkan pada hari yang sama pukul 6PM melalui halaman Facebook.
    • Sila mesej kepada kami dalam masa 24 jam atau kami perlu memilih pemenang baharu.

Jadi, jangan lepaskan peluang anda untuk memenangi bundle lengkap Darksiders dalam giveaway kami. Manalah tahu korang akan jadi pemenang bertuah kali ini!

Pada masa yang sama, THQ Nordic bakal menganjurkan acara pameran digital tahunan kedua pada 13 Ogos 2022 pukul 3AM yang mempamerkan beberapa game baru, visual pertama, dan kemas kini tentang game semasa.

Jangan lupa untuk ikuti Gamer Santai untuk mendapatkan liputan menarik mengenai game, anime, manga dan banyak lagi!

Tags: DarksidersGiveawayPCsteam
Previous Post

My Hero Academia 362: Seorang Lagi Hero “Mati”, Peminat Mula Resah!

Next Post

Black Clover: Asal usul antagonis sebenar, Wizard King Lucius

Razin Syafiq

Razin Syafiq

Dahulu, saya membesar seperti mana-mana kanak riang lain iaitu bersama komik, game, dan anime (Kreko, Utopia, Gempak, cd anime yang dijual kat kedai). Mula-mula, niat nak masuk bidang animasi sebab bersemangat, tapi terus tukar ke bidang game development sewaktu lanjut pelajaran. Entah bagaimana, saya kini berada dalam dunia journalism, dan memang jatuh cinta dengan industri ini. Banyak yang saya belajar, dan banyak yang saya ingin kongsi kepada awak semua di luar sana. Untuk hubungi saya, sila lawat mana-mana halaman media sosial yang diberi. Terima kasih kerana membaca penulisan, dan membenarkan saya berkembang maju. Sehingga kita berjumpa lagi!

Related Posts

Di Sebalik Tabir ACE COMBAT 8 – Pesawat Lebih Realistik, Awan Penentu Strategi & Fizik Letupan Baharu!
Temuramah

Di Sebalik Tabir ACE COMBAT 8 – Pesawat Lebih Realistik, Awan Penentu Strategi & Fizik Letupan Baharu!

June 4, 2026
Previu ACE COMBAT 8: WINGS OF THEVE – Perang Udara yang Jauh Lebih Realistik!
Preview

Previu ACE COMBAT 8: WINGS OF THEVE – Perang Udara yang Jauh Lebih Realistik!

June 4, 2026
The Lost Wild – Game Dinosaur Survival Yang Mengutamakan Stealh & Saspens!
Berita

The Lost Wild – Game Dinosaur Survival Yang Mengutamakan Stealh & Saspens!

June 4, 2026
Next Post
Black Clover: Asal usul antagonis sebenar, Wizard King Lucius

Black Clover: Asal usul antagonis sebenar, Wizard King Lucius

Discussion about this post

Discord Kami

Sertai Discord kami

Facebook Kami

YouTube Kami

Twitter/X Kami

Follow @GamerSantaiMY

Tweet to @GamerSantaiMY

Anime

TV Tokyo Rancang Beberapa Projek Game Naruto Sempena Ulang Tahun Ke-25, Paling Awal Keluar Tahun 2027!
Anime

TV Tokyo Rancang Beberapa Projek Game Naruto Sempena Ulang Tahun Ke-25, Paling Awal Keluar Tahun 2027!

June 2, 2026
Gintama the Movie: Yoshiwara in Flames Akan Datang Ke GSC, Bersama Fan Screening!
Anime

Gintama the Movie: Yoshiwara in Flames Akan Datang Ke GSC, Bersama Fan Screening!

June 1, 2026
Anime Tomb Raider King Akan Mula Tayangan 8 Julai Ini!
Anime

Anime Tomb Raider King Akan Mula Tayangan 8 Julai Ini!

May 29, 2026
Jam Tangan Ulang Tahun Ke-30 Initial D Dibuka untuk Pra-Tempah di Malaysia!
Anime

Jam Tangan Ulang Tahun Ke-30 Initial D Dibuka untuk Pra-Tempah di Malaysia!

May 28, 2026
  • Tentang Kami
  • Hubungi Kami
  • Privacy & Policy

© 2017 - 2025 Digital Braves Media Group Sdn Bhd

Welcome Back!

Login to your account below

Forgotten Password?

Retrieve your password

Please enter your username or email address to reset your password.

Log In
No Result
View All Result
  • Berita
  • Temuramah
  • Review
  • Sister Sites
    • Wanuxi
    • Gamer Braves
    • GamerWK
    • Gamer555
  • Borderlands 4

© 2017 - 2025 Digital Braves Media Group Sdn Bhd