Comic Fiesta merupakan acara yang paling dinanti-nantikan oleh ramai peminat anime, komik dan games. Tetapi ia telah dibatalkan semasa pandemik COVID-19 yang berlaku pada 2020. Nampaknya acara tersebut akan kembali pada tahun ini! Seperti biasa Comic Fiesta 2022 akan berlangsung di Kuala Lumpur Convention Centre (KLCC) pada 17 dan 18 Disember 2022!
Melalui pengumuman rasmi di Facebook, maklumat lanjut akan diumumkan kemudian. Mesti ramai antara anda yang tidak sabar untuk sertainya nanti. Mesti pihak Comic Fiesta akan umumkan harga tiket serta tempat-tempat untuk membelinya nanti. Dengan pelbagai aktiviti serta jemputan khas, mesti banyak perkara menarik akan berlaku semasa acara. Selalunya banyak juga cosplayer hebat yang dijemput ke acara Comic Fiesta malah beberapa artis terkenal Jepun juga turut memeriahkan acara tersebut dahulu.

Pelbagai booth juga pasti dibuka dengan jualan barangan seperti figura, patung plushy, doujin, barang tokusatsu, gundam dan banyak lagi merch lain. Bukan setakat itu sahaja, anda juga boleh mendapatkan merch dan barangan eksklusif lain di Comic Fiesta 2022 nanti. Rindu juga untuk pergi ke KLCC dan bergambar dengan cosplayer nanti. Sementara menunggu info lanjut daripada penganjur, bolehlah ajak-ajak kawan lain untuk ikut serta memeriahkan acara ini nanti. Manalah tahu kalau terlepas acara ACG lain, bolehlah kumpul duit jumpa di KLCC pula.
Untuk mendapatkan liputan lain mengenai acara daripada kami, sila klik pautan ini.
@gamersantaimy
Discussion about this post